Menu baharu yang dipanggil Oishii Japan adalah susulan pengembaraan Around the World bersama Marrybrown yang mana tahun ini singgah ke negara matahari terbit!
Kelazatan hangat Teriyaki Wasabi Marrybrown yang manis dan memikat pula memang sangat sesuai digandingkan bersama menu baharu ini.
,Kempen Around the World adalah inisiatif Marrybrown untuk menyediakan dan membawa variasi menu dari serata dunia kepada pelanggan antaranya Korea, Thailand dan Itali.
Tahun ini, sekali lagi menu diperhebatkan dengan menghidangkan menu baharu Oishii Japan yang menyelerakan. Selama lebih 40 tahun, Marrybrown telah berusaha untuk menghidangkan “something different”.
“Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap, dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Penggemar boleh menikmati kepuasan menu Marrybrown Oishii Japan dengan gabungan sos Teriyaki yang manis memikat dengan rasa kepedasan wasabi. Namun, keseronokan tidak berakhir di situ kerana menu Marrybrown Oishii Japan membawa kejutan unik dalam hidangan Oishii mereka.
Roti burger Oishii disertakan Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan pokok bunga sakura. Hidangan istimewa ini disediakan sebegitu untuk membawa penggemar mengembara ke Jepun lalu membayangkan diri mereka sedang berjalan-jalan di kota Tokyo sambil menjamu selera.
Penggemar kini boleh mencuba kombo 2 ketul Ayam Oishii yang diiringi potato wedges dan Sakura Fizz, yang boleh didapati secara eksklusif di Marrybrown, harga bermula dari RM 20.50.
Mereka yang ingin mencuba citarasa Kombo Oishii Rice Bowl, dimana ayam rangup Marrybrown diselaputi sos Teriyaki Wasabi, dengan hidangan nasi dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 12.90.
Sebagai alternatif, penggemar juga boleh mendapatkan Kombo Burger Marrybrown Oishii yang didatangkan dengan Burger Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 15.30.
Anda tidak pasti hidangan yang mana satu?
Jangan risau, anda boleh mencuba kesemuanya dengan Marrybrown’s Oishii Box Meal yang didatangkan dengan Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 23.90.
“Kami yakin bahawa menu Oishii Japan akan menarik minat semua penggemar kerana gabungan kualiti ramuan yang istimewa dan R&D untuk menu ini memang adalah something different yang akan menyelerakan untuk semua. Kami tidak sabar untuk meminta rakyat Malaysia mencuba menu Jepun kami dan merasai OISHII sebenar,” kata Dato’ Joshua.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:
- Laman web: https://marrybrown.com/
- Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/
- Facebook: MarrybrownMalaysia
- Instagram: Marrybrownmy
- YouTube: MarrybrownTV
Leave a Reply