“WHAT TO COOK LAAA…” TERBITAN SULUNG CEF ANNETTE

Pertama sekali, TAHNIAH Cef untuk terbitan buku masakan PERTAMA anda!

IMG20220707141150 (2)

TAHNIAH sekali lagi “What To Cook Laaa..” telah dilancarkan oleh tetamu diraja, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

CHEF ANNETTE BERSAMA DYMM RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN TUANKU ZARA SALIM (3)

Telah diketahui bahawa memang sejak dari bangku sekolah lagi Cef Annette atau lebih senang dipanggil Cef Nette lebih suka memasak makanannya sendiri. Ketika berusia dalam linkungan 20-an Cef Nette akan menjadi tukang masak tetap bagi setiap pengembaraan bersama rakan-rakannya.Cef Nette yang sudah arif dalam selok- belok masakan, sentiasa memastikan citarasa rakan-rakannya dipenuhi. Gaya masakan Cef Nette yang mudah dan ringkas, serta terbit dari lubuk hatinya, dapat dirasai dalam masakannya bagi keluarga dan rakan-rakannya.

Apa yang membezakan buku masakan Cef Nette daripada yang lain ialah resipinya yang ringkas lagi lazat. Citarasa makanan ini terbit dari kegemaran Cef Nette untuk memasak, selera makanan yang dibentuk dari pengembaraanya yang digabungkan dengan bakatnya sebagai perumus resipi baharu dan penggaya makanan. Tetamu dan media yang hadir pada majlis pelancaran buku sememangnya bertuah kerana berpeluang memasak bersama-sama Cef Nette dan menikmati hidangan istimewa yang direka khas oleh Cef Nette sendiri iaituTelor Keropok Zaleha, Telur Kukus Celia, Nina’s Beef Bolognese, Ayam Serai and Almond Crumble.

RESIPI MUDAH NAMUN UNIK

CHEF ANNETTE FOOD DEMONSTRATION (2)

Ketika ditemuramah mengenai buku masakannya “What To Cook Laaa..”, Cef Nette berkata bahawa beliau berhasrat supaya setiap hari, lebih ramai orang dapat mengembangkan minat mereka untuk memasak serta mampu menyediakan dapur Asia Tenggara yang ringkas. Hasratnya ini berasaskan kepercayaan dan falsafah dirinya bahawa setiap orang mempunyai keupayaan semula jadi untuk memasak.

“Memasak adalah mudah dan saya ingin membina perasaan cinta bagi memasak hidangan yang enak, sihat dan ringkas kepada orang ramai” 

Cef Nette juga percaya bahawa sebahagian besar daripada warisan turun temurun rakyat Malaysia ditanam dan diwarisi dari generasi ke generasi melalui masakan. Beliau berhasrat untuk memelihara dan memupuk warisan masakan Malaysia yang unik dan pelbagai, melalui bukunya.

Selain itu, Cef Nette juga berharap resipinya yang ringkas dan mudah dapat membantu menyelesaikan dilema mereka yang sibuk mengenai apa untuk dihidangkan kepada keluarga dan kenalan mereka. Tajuk bukunya “What To Cook Laaa..” sangat tepat dengan keadaaan di Malaysia kerana kebanyakannya akan selalu bertanya ‘Apa Nak Makan Laaa” dan “Di mana Nak Makan Laaa’” .

Buku “What To Cook Laaa..” diterbitkan oleh MPH Group Publishing dan sudah berada di pasaran di semua Kedai Buku MPH dan secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut tentang Cef Nette atau tempat membeli bukunya, sila lawati:

https://mphonline.com/products/what-to-cook-laaa

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: