Tahniah TMG Ventures (TMGV) atas pemerolehan 100% untuk pegangan DUA jenama berinspirasikan Amerika Syarikat yang terkenal.
Pemerolehan TMGV pada Mikey’s Original New York Pizza, atau dikenali sebagai ‘The Home of the 18” Pizzas’ yang menyediakan kepingan piza berkualiti ala New York; dan NY Burger Co, satu jenama yang menawarkan burger New York tulen, enak dan menyelerakan dijangka akan memacu industri makanan dan minuman (F&B) negara menerusi penawaran peluang perniagaan francais pada kadar berpatutan.
Pemerolehan pegangan oleh TMGV, sebuah syarikat penyatuan dan pengambilalihan F&B perintis di Asia Pasifik, adalah susulan jalinan usaha sama strategik dengan Perbadanan Nasional Bhd (Pernas), sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan yang berperanan untuk merangsang pertumbuhan industri F&B dan francais Malaysia serta membantu jenama-jenama tempatan menerokai industri makanan luar Asia Pasifik.
Usaha sama bersama Pernas telah dimeterai melalui syarikat FBE Ventures iaitu syarikat pemegangan TMGV.
Dato’ Sri Subahan Kamal, Pengerusi Eksekutif TMGV berkata,
“Pemerolehan Mikey’s Original New York Pizza dan NY Burger Co adalah antara kejayaan usaha sama kami dengan Pernas yang bertujuan untuk memacu jenama-jenama francais tempatan yang berkeupayaan dengan potensi pertumbuhan yang baik serta mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Dengan mewujudkan francais Malaysia bertaraf global, kami bermatlamat untuk meningkatkan jenama-jenama ini sehingga ke pasaran serantau dan antarabangsa.”
Sebelum ini, TMGV telah berjaya memperoleh jenama-jenama terkenal dan antara bangsa seperti:
- The Majapahit, sebuah restoran mewah-kasual terkemuka yang menyajikan masakan Asia Tenggara;
- Tail & Fin, sebuah restoran makanan segera-kasual Jepun berasal dari Las Vegas;
- Wings of the World, yang menyediakan hidangan kepak ayam dengan pelbagai perasa dari seluruh dunia.
Selain menjadikan jenama-jenama yang diperoleh kepada francais, TMGV juga turut bekerjasama dengan ZING, sebuah syarikat makanan dan teknologi yang pesat memperkembangkan konsep inovatif medan selera digital di pasaran Asia Tenggara. Kerjasama kukuh ini menyediakan rancangan perluasan perniagaan segera yang lancar bagi mana-mana jenama di bawah TMGV.
Untuk makluman, Mikey’s Original New York Pizza dan NY Burger Co adalah hasil anak watan New York, Michael Helfman, yang pada 2013 telah mendapat ilham untuk membawa piza ala ‘kepingan New York’ ke Kuala Lumpur dengan bantuan Cef Piza terkemuka dari New York, Andrew Bellucci, yang secara kebetulan membina ketuhar piza beliau sendiri di negara ini dan beroperasi dengan hasrat untuk menyediakan piza New York terhebat menggunakan ramuan terbaik.
Bersama pengenalan jenama kedua mereka, NY Burger Co, kedua-dua individu ini telah memperluaskan warisan makanan New York ini ke restoran-restoran berskala penuh di 1 Mont Kiara, Plaza Batai dan Citta Mall di Lembah Klang. Setiap satu jenama tersebut mempunyai 10 cawangan yang diperluaskan menerusi platform ZING.
Berbicara mengenai kedua-dua jenama, Michael Helfman berkata,
“Pemerolehan oleh TMGV membolehkan jenama kami mempunyai kelebihan tersendiri memandangkan kami kini sebahagian daripada kumpulan F&B terbesar. Kami amat teruja untuk melihat bagaimana model perniagaan TMGV yang dinamik mampu memacu kejayaan jenama-jenama kami.”
Memandangkan perjanjian tersebut dimeterai dengan gabungan tunai dan saham, Michael Helfman akan kekal sebagai pemegang saham dan penasihat kepada kumpulan berkenaan.
Manichel Subra, Pengarah Eksekutif TMGV, menambah bahawa syarikat itu amat mengalu-alukan francaisi yang berminat untuk meneroka peluang unik dan yang telah terbukti ini.
“Kami telah meletakkan pelan pelaburan francais yang berpatutan untuk menangani persekitaran perniagaan semasa. Penglibatan berkos rendah dengan peluang perniagaan yang menguntungkan serta menangani isu-isu perluasan dan pertumbuhan perniagaan yang biasanya dihadapi jenama. Model perniagaan kami juga seiring dengan dasar pro-francais yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia yang berhasrat untuk menjadikan negara ini sebagai hab francais ASEAN.”1
Menurut Laporan Tahunan Perniagaan Francais, nilai jualan syarikat-syarikat francais meningkat sebanyak 9.7% kepada RM14.4 bilion pada tahun 2020 daripada RM13.3 bilion pada 2019.2 Pada tahun 2018, jumlah jualan mencatatkan RM11.16 billion.1
Rujukan:
⦁ https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2021/10/FIM2021-OPENING-SPEECH-YAB-PM.pdf
⦁ https://www.mfa.org.my/newmfa/a-total-of-1110-franchises-registered-under-kpdnhep/
Pilihan Foto Tambahan
Dari kiri ke kanan: Michael Helfman, pengasas Mikey’s Pizza & NY Burger Co; bersama Dato Sri Subahan Kamal, Pengerusi Eksekutif, dan Manichel Subra, Pengarah Eksekutif, TMGV
Michael Helfman, pengasas Mikey’s Pizza & NY Burger Co (tengah); bersama Manichel Subra (kiri), Pengarah Eksekutif, dan Dato Sri Subahan Kamal (kanan), Pengerusi Eksekutif, TMGV
Leave a Reply