Koleksi kuih bulan “Mid-Autumn Moonrise” ini dicipta sempena sambutan pertengahan musim luruh.
Yang menarik mengenai koleksi kuih bulan “Mid-Autumn Moonrise” ini adalah ia bukan sahaja premium tetapi juga mesra alam sesuai dengan pendirian HIlton Kuala Lumpur yang mengamalkan prinsip menjaga kelestarian alam.
Dihasilkan daripada buluh mampan, ia adalah simbol kepada keakraban hubungan keluarga yang dipertingkatkan sewaktu berkumpul beramai-ramai meraikan sambutan pertengahan musim luruh. Reka bentuknya yang seperti kotak hadiah mewah menjadi kenangan sepanjang masa apabila berakhirnya musim luruh.
Bentuk koleksi kuih bulan “Mid-Autumn Moonrise” ini mengambil inspirasi daripada rekaan pagar berbentuk bulan yang ditempatkan di taman-taman teh di China. Sinar cahaya daripada bulan pula mendekatkan keluarga yang jauh.
“Tahun ini, kotak letak kuih bulan ini dihasilkan daripada bahan-bahan mampan mesra alam, sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah dan menjadi simbol kepada hubungan yang berpanjangan sama ada dengan kawan-kawan mahupun keluarga. Apabila semakin rapat sesebuah keluarga itu, kami berharap koleksi kuih bulan “Mid-Autumn Moonrise” ini menjadi koleksi premium yang memenuhi ruang kediaman mereka yang anda sayangi“-Carmen Teo, Pengarah Komersil Hilton Kuala Lumpur
Menawarkan DUA set mewah daripada porselin dengan pilihan kuih bulan mengikut cita rasa anda iaitu dibakar secara semulajadi ataupun kuih bulan dengan snow skin, kotak buluh ini menjadi simbol perayaan dengan citarasa moden. Ia lengkap dengan logo Hilton di atas pring manakala penutupnya pula dihiasi dengan panel baldu. Di dalam kotak pula, kain baldu dijadikan sebagai lapik untuk meletakkan barang premium.
Koleksi Kuih Bulan ‘Snow Skin’
- Celestial Star-RM38 bersih
-Produk signature bagi Hilton KL. Namanya diinspirasikan dariapda bulan biru yang bersinar di langit malam. Isian dalamnya adalah gabungan pes teratai putih bersama kacang macadamia truffle yang sangat enak apabila dimakan. - Heavenly Gold-RM60 bersih
-Mengguna sepenuhnya isi Durian Musang King dengan Snow Skin - Royal Jade-RM38 bersih
-Snow Skin Pes Teratai Putih dengan Mung Bean Masin dan Kacang Gajus bersama Gula Hitam - Blue Moon-RM38 bersih
-Snow Skin Pes Teratai Amaretto dengan Keju Biru Feuillantine (Mengandungi Alkohol) - Flower Drum-RM38 bersih
-Snow Skin Pes Teratai dengan Kuning Telur Kastard
Koleksi Kuih Bulan Yang Dimasak Secara Tradisional
-Kesemua koleksi ini adalah HALAL dan enak digandingkan bersama teh Cina panas.
Harga RM35 Bersih:
- Baked White Lotus Paste
- Baked Lotus Paste dengan Satu Biji Kuning Telur
- Baked Pandan Paste dengan Satu Biji Kuning Telur
- Baked Red Bean Paste dengan Kepingan Almond
- Baked Green tea Lotus
Harga RM38 Bersih:
- Baked White Lotus Paste dengan Satu Biji Kuning Telur
- Baked Black Sesame Lotus dengan Satu Biji Kuning Telur
- Traditional Style Baked With Five Nuts
National Mooncake Box Lunar Reunion boleh dibeli pada harga RM158. Ia mengandungi 4 kotak dengan setiap satu kotak mengandungi kuih bulan yang disarankan oleh Cef.
Ia boleh dibeli di lobi hotel atau secara online di http://www.takeus-home.com/hilton-kl dari 1 Juali hingga 10 September 2022.
Cepat dapatkan kerana ia adalah Edisi Terhad. Untuk dapatkannya:
- Hubungi +603-22642264
- emel KULHI_FB@hilton.com
#MooncakesatHilton
Leave a Reply