AIR TEH DILMAH KINI DALAM BENTUK BOTOL

Tak perlu bancuh lagi dengan air panas, kemudian diletakkan ais sebelum menikmati secawan teh ais Dilmah.

Photo 9 (2)

Kini, anda  boleh menikmati secawan teh ais Dilmah dalam bentuk botol yang SEDIA DI MINUM.

Photo 13 (2)

Terdapat EMPAT perisa yang anda boleh pilih iaitu:

  1. Teh Hijau Rose & French Vanilla
  2. Teh Hijau Arabian Jasmine
  3. Teh Hitam Royal English
  4. Teh Hitam White Peach

Kesemuanya rendah kandungan gula, mengandungi madu asli dan tanpa pengawet.

Photo 2 (2)

“Sudah menjadi warisan Dilmah menghasilkan teh berkualiti di dunia dan dengan menawarkan minuman teh ais dalam bentuk botol yang sedia diminum, menjanjikan komitmen Dilmah yang berterusan dalam mengembangkan kategori minuman dalam perniagaan kumpulan kami. Kami tahu yang pelanggan mencari-cari minuman yang mempunyai banyak fungsi kelebihan, dan rangkaian Minuman Sedia Diminum Dilmah adalah jawapan yang mereka cari-minuman teh yang sedap dan menyegarkan yang menjalani proses minima dalam memastikan ia kekal sedap semula jadi  “-Dato’ Sydney Quays, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad.

Untuk menghasilkan teh berkualiti, Dilmah memulakannya dengan memetik daun teh terbaik dari Sri Lanka yang ditanam di tanah yang kaya dengan mineral, menerima cahaya matahari serta hujan yang cukup  di Taman Teh Rilhena yang terletak di atas bukit di tengah Sri Lanka. Daun-daun yang sudah dipetik akan diperam, dikeringkan dan teh akan diekstrak oleh pekerja mahir. Air lebihan dalam teh akan disejat pada suhu rendah dibawah vakuum untuk menghasilkan teh yang kaya konsentrasi, secara tak langsung mengekalkan kebaikan teh secara semula jadi dengan menghasilkan rasa yang enak. Hasilnya produk tinggi antioksidam kurang kandungan gula dan dihasilkan mengguna madu asli tanpa pengawet.

“Rakyat Malaysia memang dikenali kerana kesukaan mereka pada makanan sedap dan teh yang sedap, jadi kami sangat gembira memperkenalkan teh ais asli pada mereka. Bertahun lamanya, keluarga kami sangat menghormati komitmen bapa kami dalam menghasilkan teh berkualiti, beretika dan mampan. Kami sangat gembira dapat berkongsi minat kami dalam format baru yang bukan sahaja menyegarkan, memberi kepuasan dan kepakaran kami dalam setiap hirupan tetapi turut menawarkan kebaikan teh yang dihasilkan dengan etika”-Dilhan, Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea.

Teh Hijau Rose & French Vanila

-aromatik dengan bauan bunga, berperisa ros dengan sedikit Vanila French serta bergabung dengan Teh Hijau Ceylon, Elegan dan sofistikasi, sangat sesuai diminum pada waktu petang dan malam.

Teh Hijau Arabian Jasmine

-gabungan bauan aromatik bersama Jasmine. Bau bunga Jasmine yang lembut dan manis memberi hasil yang menyegarkan. Memang sesuai diminum terus dari botol!

Teh Hitam Royal English

-Keenakan Teh Hitam Ceylon diserlahkan pada setiap hirupan teh yang sesuai dimminum pada waktu pagi. Setiap hirusan membawa rasa klasik yang mendapat anggukan dari mereka yang menikmatinya.

Teh Hitam White Peach

-kaya dengan rasa buah pic, menjadikannya teh yang sedap untuk diminum sambil menghayati kemanisan rasa teh yang kaya dengan perisa buah pic

Setiap botol ini mewakili kesetiaan Perintis Dilmah tea iaitu Merrill J.Fernando selama 72 tahun kepada teh. Segar daripada taman, teh ini menjadi hallmark kepada Dilmah yang menawarkan rasa asli dan keunikan teh yang kaya dengan rasa dan kebaikan alam semula jadi. Sejak ia bermula, Dilmah memastikan mereka menawarkan peoduk yang terbaik daripada tanaman hingga kepada minuman teh dan juga selari dengan inovasi supaya dunia yang didiami menjadi dunia yang sihat, gembira dan terbaik. Syarikat juga memastikan akan terus komited dalam perdagangan dengan memastikan syarikat adalah perkhidmatan manusia. Ini menjadikan Dilmah tea adalah syarikat pertama sempamanya yang menghasilkan produk tea secara berhemah.

Produk baru ini boleh didapati di pasar raya permium dan kedai serbaneka di seluruh negara. Dilmah juga sudah merangka untuk menambah lagi peruncitan mereka tahun depan melalui pengedar tempatan iaitu Berjaya Food Trading, subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Berjaya Food Berhad (KLSE:BJFOOD)

Maklumat lanjut mengenai Minuman Yang Sedia Diminum ini layari: wwwdilmahtea.com

 http://www.dilmahtea.com/
https://www.mjffoundation.org/
https://www.dilmahconservation.org/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s