TOURISM MALAYSIA RAI BUDAYA, PELANCONGAN & MAKANAN DI MIDCF 2022

YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan, Domestik & Acara, Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) merasmikan majlis pelancaran Malaysia International Durian & Culture Fest 2022 (MIDCF) di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Image 1 (2)

Kehadiran beliau menunjukkan sokongan pada Dking agar meneruskan kejayaan mereka dalam membangkitkan pelancongan Malaysia. 

Image 4 (2)

MIDCF 2022 adalah festival kebudayaan yang berlangsung selama DUA hari iaitu 16 hingga 17 Julai di Pavilion Bukit Jalil sempena meraikan budaya dan pelancongan Malaysia melalui salah satu faktor popular yang paling menonjol iaitu makanan.

Image 3 (2)

Kenapa makanan yang paling menonjol?

Ini adalah kerana makanan memainkan peranan penting dalam kehidupan harian setiap orang dan juga berkait rapat dengan budaya Malaysia.

Misi Dking dari awal sentiasa adalah untuk “membuat semua orang menyukai durian,” dan dengan semangat mereka terhadap durian, mereka telah melalui pelbagai perjalanan untuk mendidik, mempromosi dan mempamerkan betapa berharganya raja buah Malaysia sebagai komponen yang membuat Malaysia salah satu destinasi popular untuk dikunjungi.

Festival ini bukan sahaja diadakan untuk mempamerkan durian Malaysia, tetapi sebagai satu langkah yang monumental dalam rancangan untuk mencadangkan hari rasmi untuk durian di Malaysia yang dipanggil Hari Durian. Malaysia sudah pun terkenal dengan duriannya dan dengan negara lain mempunyai hari istimewa mereka sendiri untuk meraikan makanan mereka, ini menggesa Malaysia mempunyai hari istimewanya sendiri dalam kalender untuk rakyat Malaysia meraikan buah ruji ini.

Dengan Malaysia menyambut sambutan Hari Durian sendiri, ia akan bertindak sebagai komponen mempromosikan durian di seluruh dunia. Ia akan menaikkan patriotisma rakyat Malaysia, berfungsi sebagai peluang untuk Malaysia diiktiraf dan diwakili oleh buah-buahan di seluruh dunia, dan beri potensi untuk ditambah dalam kalendar pelancongan pada masa hadapan.

Malaysia’s International Durian & Culture Fest 2022 adalah contoh utama tarikan pelancong yang hebat untuk penduduk tempatan dan warga asing untuk melawat ibu negara Malaysia dan menikmati pelbagai jenis durian, buah-buahan tropika dan makanan tempatan yang ditawarkan oleh Malaysia.” kata YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof.

Terdapat pelbagai jenis durian yang menjadi perhatian di MIDCF 2022 seperti Durian XO dan Durian D24 yang mengujakan peserta-peserta yang hadir. Selain itu, pelbagai jenis buah-buahan tropika dari Malaysia juga tersedia untuk dinikmati.

Antara aktiviti-aktiviti yang disertakan di MIDCF 2022 termasuk peragaan fesyen budaya oleh Miss Malaysia Kebaya yang dianjurkan oleh Nicole Fe Lynne dan persembahan violin dinamik oleh Pemain Violin, Jessica Loo.

Dking dapat memberi peserta-peserta gambaran sekilas tentang budaya Malaysia dengan jenis durian yang lazat, buah-buahan tropika dari Nature Farm dan kuih-muih tempatan serta nyonya yang berharga yang disediakan oleh Aroma Nyonya. Di samping aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di festival itu, Pavilion Bukit Jalil sebagai tempat lokasi festival itu merupakan faktor penting dalam menjadikan pusat beli-belah mereka sebagai destinasi pelancongan.

“Kami percaya festival ini berfungsi sebagai representasi kepelbagaian Malaysia yang disatukan oleh makanan kami yang unik dan lazat sambil kami berusaha untuk menyumbang untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga makanan Asia Tenggara. Kami bukan sahaja berharap dapat memainkan peranan penting dalam memamerkan budaya dan tarikan pelancong kami, tetapi kami juga berharap pengunjung akan digalakkan untuk merasai pengalaman Malaysia apabila mencuba makanan kami” kata Encik Leron Yee, Pengasas Dking.

Dengan Malaysia melalui masa sukar dalam pandemik sejak dua tahun lalu, Pesta Durian & Kebudayaan Antarabangsa Malaysia 2022 merupakan satu acara oleh Dking untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dan negara untuk masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://dking.com.my/our-story/

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s