Memandangkan kuih-kuih bulan masa kini tidak lagi pada rasa tradisional inti biji teratai dan kacang merah sahaja, maka Bake With Yen menawarkan tepung pracampuran varian Tradisional, Shanghai dan Snowskin.
Selain tepung pracampuran, Bake With Yen, rangkaian pembekal barangan membuat kek dan roti terbesar di Malaysia, memperkenalkan tawaran istimewa Perayaan Kuih Bulan dengan pelbagai barangan dan ramuan kuih bulan bagi menggalakkan dan memberikan kegembiraan kepada semua meraikan perayaan ini. Rangkaian barangan keperluan kuih bulan termasuk inti yang tersedia untuk digunakan serta pek pembungkusan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BWY, Alexandre Rosso berkata,
“Di Bake With Yen, kami percaya bahawa baking seharusnya mudah, pada kadar yang berpatutan dan menggembirakan. Tiga tepung pracampuran, yang merangkumi varian Tradisional, Shanghai dan Snowskin, adalah bukti kepada kepercayaan ini. Tepung pracampuran ini menyediakan solusi pantas tetapi enak untuk menyediakan sajian tradisi kegemaran ramai ini. Rangkaian tepung pracampuran dan inti sedia memudahkan bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia pembuatan kuih bulan serta bagi baker yang sedang mencari cara untuk menginovasikan resipi asas dan mempertingkatkan rasa sajian dengan memberikan kelainan tersendiri.
Kami juga menawarkan keperluan-keperluan ini pada harga berpatutan. Contohnya tepung pracampuran kuih bulan dijual dari hanya RM8.20 setiap pek, sekali gus menawarkan nilai terbaik bagi mereka yang berhemat dalam perbelanjaan. Inilah Bake With Yen – matlamat kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia menghasilkan air tangan pada harga berpatutan kepada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan mereka tanpa berkompromi terhadap kualiti” tambah Rosso.
Untuk maklumat lanjut berkenaan tepung pracampuran BWY serta promosi dan tawaran-tawaran terkini, ikuti:
- laman Instagram
- Facebook Bake With Yen
- http://www.bakewithyen.my
Leave a Reply