Memang mudah nak buat kuih bulan mengguna bahan sedia ada dari Bake With Yen (BWY) ini!
Bermula dengan tepung pracampuran, aneka isian, acuan sehinggalah kepada rangkaian pembungkusan istimewa dan menarikÂ
Alexandre Rosso, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BWY berkata:
“Di Bake With Yen, kami percaya kerja-kerja menghasilkan kuih seharusnya mudah, murah dan seronok dilakukan. Tepung pracampuran untuk kuih bulan kami iaitu Tradisional, Shanghai dan Snowskin adalah bukti bahawa BWY menawarkan cara yang mudah dan cepat untuk menghasilkan kuih bulan yang sedap. Tepung pracampuran untuk kuih bulan dan isian yang sedia ada memudahkan mereka yang baru berjinak-jinak dalam menghasilkan kuih bulan dan juga memudahkan mereka yang sudahpun mahir dalam menghasilkan kuih bulan yang lebih berinovasi dan lebih menarik. Kami juga mengetahui yang keadaan sekarang memaksa semua orang untuk memikirkan terlebih dahulu sebelum berbelanja untuk membeli barang. Sebab itu kami menawarkan harga yang berpatutan untuk tepung pracampuran kami memandangkan fokus Bake With Yen adalah untuk membantu rakyat Malaysia menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti tinggi untuk pelanggan, keluarga dan rakan-rakan.
Berikut adalah harga untuk Tepung Pracampuran kuih bulan:
- Shanghai (15 kuih bulan) -RM7.90
- Tradisional (16 kuih bulan)-RM8.90
- Snowskin (18 kuih bulan)-RM9.90
Antara ketiga-ketiga pracampuran ini, Snowskin adalah yang popular kerana ia tidak perlu dibakar..hanya masukkan inti dan letakkan dalam acuan, maka terhasillah kuih bulan Snowskin. Masukkannya dalam peti sejuk kerana ia enak dimakan dalam keadaan sejuk.
Sempena dengan sambutan festival Pertengahan Musim Luruh ini, BWY turut menawarkan bengkel mini yang memberi tunjuk ajar pada pelanggan supaya perayaan tahun ini sesuatu yang sangat istimewa.
Malah wakil media serta penulis blog turut menyertai bengkel ini dan mempelajari cara-cara menghasilkan kuih bulan. bersama Cef Adam Shafiq dari Adam Pastry. Pada bengkel itu juga , ia turut dihadiri oleh Dr Florence Kuek dari Jabatan Pengajian China, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya dan Ketua Persatuan Penulis Bahasa Cina Malaysia yang berkongsi cerita mengenai asal-usul Festival Pertengahan Musim Luruh , tradisi pembuatan kuih bulan, etika pemberian kuih bulan dan mitos, lagenda mengenai festival ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pracampuran dan promosi yang ditawarkan, layari FB dan IG BWY serta laman sesawang http://www.bakewithyen.my.
Leave a Reply