Yang menariknya, aktiviti-aktiviti hebat ini bakal diadakan selama SEBULAN!
Jadi anda boleh membawa anak-anak, teman-teman ahli keluarga lain menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan di LEGOLAND® Malaysia Resort sepanjang tempoh itu.
“Memandangkan LEGOLAND® Malaysia Resort adalah resort pertama seumpamanya di Asia, maka kami tidak pernah berhenti menawarkan pelbagai pengalaman baharu yang menarik dan aktiviti yang dapat menambah ilmu pengetahuan sepanjang 10 tahun ini. Kami akan terus memberi pengalaman yang terbaik serta unik untuk pelanggan kami yang hanya boleh didapati di LEGOLAND sahaja. Dengan sambutan ulang tahun ke-10 ini, kami mengambil peluang untuk mengucapkan penghargaan kepada pengunjung, rakan-rakan kongsi dan juga pihak kerajaan yang tidak putus-putus dalam memberi sokongan kepada kami. Kami akan terus menawarkan pelbagai aktiviti dan promosi yang menarik pada semua pengunjung yang datang ke LEGOLAND”-CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND® Malaysia Resort .
LEGOLAND® Malaysia Resort akan terus memberi yang terbaik menjadi destinasi pilihan sehenti untuk mendekatkan lagi perhubungan antara seisi keluarga dan rakan-rakan dengan memberi pengalaman berbeza di setiap kali kunjungan mereka ke LEGOLAND ini.
Dengan kehadiran tahun 2023 tidak lama lagi,LEGOLAND® Malaysia Resort telahpun menyediakan pelbagai aktiviti serta pengalaman baharu yang menarik antaranya:
⦁ Shaded MINILAND – Pengunjung boleh berjalan dari satu tempat ke satu tempat sekitar LEGOLAND dengan selesa di bawah teduhan yang disediakan khas untuk mereka. Ia juga dilengkapi dengan kipas yang dapat membantu menyejukkan badan. Kemudahan ini bakal disediakan bermula bulan Januari 2023.
⦁ Bilik hotel yang ditambahbaikan dengan Tema Baharu – Pelbagai tema baharu yang menarik menanti anda di bilik penginapan. Tema baharu ini boleh dinimmati pada suku pertama 2023.
⦁ Karnival Splash- Ini adalah karnival air pertama yang diadakan di LEGOLAND. Pelbagai aktiviti disediakan sempena karnival ini antaranya persembahan istimewa, pertandingan dan banyak lagi. Karnival ini bakal diadakan pada petengahan 2023 di LEGOLAND Water Park.
⦁ Wayang 4D di LEGO Studio – Bagi pengunjung yang juga kaki wayang, boleh menikmati menonton wayang dengan kesan khas 4D pada suku ketiga 2023.
LEGOLAND Malaysia Resort juga akan menyambut perayaan secara besar-besaran antaranya sewaktu perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan Tahun Baru Cina.
Tahun 2023 juga bakal menyaksikan acara tema Fest LEGOLAND Build the Thrills dan Friendship Fest dijalankan di LEGOLAND® Malaysia Resort .
Manakala di sepanjang tahun ini, pengunjung boleh menikmati pengalaman dengan makhluk mistik dengan menonton wayang 4D LEGO MYTHICA, menyertai parti BRICK-or-Treat LEGOLAND® Malaysia Resort yang menyeramkan yang turut menampilkan wayang 4D yang baharu dan program Brick-Tacular Holidays.
“Kesemua pelaburan dan pengalaman baharu ini adalah selari dengan keutamaan strategik kami untuk menarik pengunjung baharu dan pengunjung yang biasa datang ke LEGOLAND® Malaysia Resort sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun atarabangsa. Kami sangat optimistik yang industri pelanconganseperti ini akan bangun semula dan mendapat sokongan penuh daripada pelan pembangunan pelancongan yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan pelbagai promosi dan aktiviti yang disediakan”
Sempena meraikan ulang tahun itu, LEGOLAND® Malaysia Resort telah menyediakan kek setinggi 12 kaki yang dihasilkan mengguna lebih daripada 90,000 LEGO® DUPLO® bricks. Ia juga direka dengan mengambil sentuhan semangat Malaysia seperti Wau, Bunga Raya dan Burung Enggang, ia akan dipaparkan kepada pengunjung bermula 26 Ogos lalu.
Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di LEGOLAND® Malaysia Resort sempena meraikan ulang tahun ke-10:
- Build Your Very Own LEGO DOTS Mosaic: Anda boleh berkreativiti mengguna LEGO DOTS.
- Best Birthday Shows Ever:Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Bubble Shows, Magician’s extravaganza, Professional Balloon Sculptors, dan Tarian
- Meet and Greet:Bertemu dengan idola anda seperti Emmet, Olli The Dragon, Bricky dan LEGO Character Friends.
- Cabutan bertuah-peluang memenangi pelbagai hadiah sehingga RM50,000. Juga berpeluang memusingkan Lucky Wheel dan memenangi penginapan di LEGOLAND Hotel, Tiket Seharian LEGOLAND, Pas Tahunan LEGOLAND, LEGO Sets, dan barangan eksklusif LEGOLAND, pengunjung perlu membuat belian minima RM99 di mana-mana kedai dalam LEGOLAND Malaysia Resort.Cabutan akan dilakukan pada setiap hari Jumaat sehingga Ahad dan cuti umum. 15 September juga akan dijalankan cabutan bertuah sepanjang hari.
- Aktiviti Bertemakan Hari Jadi⦁ Terlibat dalam bengkel membuat belon ⦁ Memasuki pertandingan Slam Dunk Fun⦁ Mencari cupcake tersembunyi
Nikmati LEGOLAND di pusat beli-belah AEON
LEGOLAND Malaysia juga berkongsi kemeriahan sambutan ulang tahun ke-10 di seluruh pusat beli-belah AEON bermula 30 Ogos sehingga 2 October. Pengunjung boleh mengunjungi roadshow yang disediakan di bebeberapa lokasi AEON.
Di roadshow ini, pengunjung boleh melihat sendiri replika kek setinggi 12 kaki dan melibatkan diri dalam pertandingan dan aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan.
Pengunjung juga boleh memenangi baucar dan diskaun terutamanta sewaktu hujung minggu apabila bas ekspres EDUPLAY datang mengunjungi anda.
Promosi Ekslusif AEON
- Kids Go For Free to LEGOLAND-dengan pembelian di AEON*. Baucar diterima dengan pembelian 1 tiket untuk dewasa.
- *Boleh dibeli di 28 pusat beli-belah AEON Malls seluruh negara
- terima diskaun di Snap Share mengenai EDUPLAY Express bus di AEON berdekatan (Jumaat– Ahad) di Instagram / Facebook dengan hashtag #LEGOLANDMY10. Pos anda membolehkan anda menerima diskaun sepanjang ulang tahun ke-10. Anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan LEGO &LEGOLAND.
Jadual AEON Mall Roadshow:
- 30 August – 4 September AEON Tebrau City JB
- 6th – 11th September AEON Shah Alam
- 13th – 18th September AEON Nilai
- 20th – 25th September AEON Cheras Selatan
- 30 September – 2 October AEON Kinta City
Maklumat lanjut:
- https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/10th-anniversary/
- Facebook and Instagram LEGOLAND® Malaysia Resort
Promosi menarik untuk mereka yang menyambut Hari Jadi
Birthday Kids Go Free untuk kanak-kanak berumur 11 dan ke bawah boleh masuk secara percuma ke LEGOLAND Malaysia sepanjang minggu Hari Jadi dengan membeli tiket 1-Day Double Park atau 1-Day Triple Park (Dewasa).
Birthday Guests untuk mereka berumur 11 tahun akan menerima kejutan, lencana butang dan baucer bernilai RM20 *.
Birthday Guests dibawah umur 11 tahun bakal menerima kejuta, lencana butang dan baucer bernilai RM20.
10% diskaun untuk F&B bagi pemegang Pas Tahunan dan Pemegang Tahunan menerima tambahan 10% untuk F&B,yang tamat pada 30 September 2022.
*sementara stok masih ada
Nota: Semua promosi boleh didapati secara ekslusif di lama rasmi LEGOLAND Malaysia Resort. Promosi runcit boleh didapati di Resort dan kedai talian.
Leave a Reply