Bukan satu ya, tetapi DUA konsert sempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
HYPE GLOBAL VENTURES yang sememangnya terkenal sebagai penganjur bagi acara dan pengurusan jualan secara uptown, tahun 2022 menjadi langkah permulaan untuk mereka mengembangkan empayar perniagaan menerusi projek bersifat hiburan antaranya mengadakan persembahan konsert.
Maka, buat julung kalinya, dengan berbekalkan semangat nasionalisme yang tinggi, HYPE GLOBAL VENTURES bakal menganjurkan DUA acara hiburan konsert di:
- Kompleks Sukan Tawau, Sabah
- Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan, Selangor
DIberi nama Malam Merdeka Bah Kita 2022, konsert di Tawau akan diadakan pada 30 Ogos 2022 bermula pada pukul 6 petang manakala karnival yang melibatkan jualan makanan, pelbagai barangan dan pakaian, pertandingan karaoke, battle of the band pula akan berlangsung dari 28 sehingga 30 Ogos.
Tiket untuk konsert ini boleh didapati pada harga RM65, RM80 dan RM120.
Barisan penghibur yang disediakan oleh pihak penganjur sudah mempunyai pengikut sendiri dan satu BONUS apabila HYPE GLOBAL VENTURES turut membawa penyanyi khas dari Indonesia bagi menyemarakkan malam kemerdekaan negara sebagai lambang serumpun.
Antara penyanyi yang akan menghiburkan adalah Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrelaa, Zidan, Angga Chandra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk.
“Semua barisan penyanyi yang kami bawa pada Malam Merdeka Bah Kita 2022 mempunyai pengikut dan digemari kemompok peminat pada masa kini, Malah ada antara kalangan artis Indonesia ini mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di You Tube. Sengaja kami gandingkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagi lambang serumpun pada malam bersejarah itu nanti. Kami sangat mengalu-alukan kedatang pengunjung bukan sahaja dari Tawau atau Sabah, malah juga Indonesia memandangkan lokasi konsert mempunyai kapasiti yang luas selain berdekatan dengan Kalimantan”-Pengarah Pengurusan HYPE GLOBAL VENTURES, Johari Mohd Yusof.
Pengunjung yang bertuah pula bakal membawa pulang hadiah Lucky Draw berupa sebuah motorsikal 250cc selepas detik malam 30 Ogos nanti.
Sebagai sambungan semarak nasionalisme, HYPE GLOBAL VENTURES akan mengadakan konsert kedua iaitu Malam Santai Musical di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan pada 2 September. Persembahan daripada Zidan, Anga Chandra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk akan bermula pada pukul 8.30 malam dengan harga tiket RM65 dan RM165.
“Pemilihan lokasi Uptown The Mines adalah kerana disini merupakan tapak permulaan HYPE. Kami mempunyai lebih daripada 400 kedai dan secara tak langsung penganjuran persembahan ini akan menambah nilai promosi kepada tempat ini.
Sebarang maklumat lanjut, hubungi +6012-6748347 (Farizal) dan +6019-5607948 (Tado).
Leave a Reply