HYPE GLOBAL VENTURES ANJUR DUA KONSERT SEMPENA HARI MERDEKA

Bukan satu ya, tetapi DUA konsert sempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

IMG20220819150239 (4)

HYPE GLOBAL VENTURES yang sememangnya terkenal sebagai penganjur bagi acara dan pengurusan jualan secara uptown, tahun 2022 menjadi langkah permulaan untuk mereka mengembangkan empayar perniagaan menerusi projek bersifat hiburan antaranya mengadakan persembahan konsert.

Maka, buat julung kalinya, dengan berbekalkan semangat nasionalisme yang tinggi, HYPE GLOBAL VENTURES bakal menganjurkan DUA acara hiburan konsert di:

  • Kompleks Sukan Tawau, Sabah
  • Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan, Selangor

DIberi nama Malam Merdeka Bah Kita 2022, konsert di Tawau akan diadakan pada 30 Ogos 2022 bermula pada pukul 6 petang manakala karnival yang melibatkan jualan makanan, pelbagai barangan dan pakaian, pertandingan karaoke, battle of the band pula akan berlangsung dari 28 sehingga 30 Ogos.

Tiket untuk konsert ini boleh didapati pada harga RM65, RM80 dan RM120.

Barisan penghibur yang disediakan oleh pihak penganjur sudah mempunyai pengikut sendiri dan satu BONUS apabila HYPE GLOBAL VENTURES turut membawa penyanyi khas dari Indonesia bagi menyemarakkan malam kemerdekaan negara sebagai lambang serumpun.

IMG20220819162516 (2)

Antara penyanyi yang akan menghiburkan adalah Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrelaa, Zidan, Angga Chandra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk.

IMG20220819152735 (2)

“Semua barisan penyanyi yang kami bawa pada Malam Merdeka Bah Kita 2022 mempunyai pengikut dan digemari kemompok peminat pada masa kini, Malah ada antara kalangan artis Indonesia ini mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di You Tube. Sengaja kami gandingkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagi lambang serumpun pada malam bersejarah itu nanti. Kami sangat mengalu-alukan kedatang pengunjung bukan sahaja dari Tawau atau Sabah, malah juga Indonesia memandangkan lokasi konsert mempunyai kapasiti yang luas selain berdekatan dengan Kalimantan”-Pengarah Pengurusan HYPE GLOBAL VENTURES, Johari Mohd Yusof.

Pengunjung yang bertuah pula bakal membawa pulang hadiah Lucky Draw berupa sebuah motorsikal 250cc selepas detik malam 30 Ogos nanti.

Sebagai sambungan semarak nasionalisme, HYPE GLOBAL VENTURES akan mengadakan konsert kedua iaitu Malam Santai Musical di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan pada 2 September. Persembahan daripada Zidan, Anga Chandra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk akan bermula pada pukul 8.30 malam dengan harga tiket RM65 dan RM165.

“Pemilihan lokasi Uptown The Mines adalah kerana disini merupakan tapak permulaan HYPE. Kami mempunyai lebih daripada 400 kedai dan secara tak langsung penganjuran persembahan ini akan menambah nilai promosi kepada tempat ini.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi +6012-6748347 (Farizal) dan +6019-5607948 (Tado).

XPDC dan MAY Bakal Bergabung Dalam Konsert Metal Return 1.0

Mereka yang membesar dalam era 80 an dan 90 an, pasti kenal dengan DUA kumpulan rock lagenda ini.

mde

Jom!

Nantikan kehebatan legenda rock XPDC dan May yang bakal bergabung dan beraksi di pentas tidak lama lagi dan menggegarkan Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 15 Disember 2018!!

dav

Ini kerana Ladyboss Studio yang berpengkalan di Ipoh dan satu nama yang cukup besar di situ telah mengambil inisiatif menggabungkan DUA kumpulan rock ini dalam Konsert Metal Return 1.0 Live@Stadium Perak, Ipoh.

Kolaborasi kedua-dua kumpulan ini adalah suatu yang hebat kerana XPDC dan May layak diiktiraf sebagai antara kumpulan legenda rock di Malaysia selain Search serta Wings dan beberapa kumpulan rock yang lain.

Kehadiran kedua-dua kumpulan ini masih relevan dalam industri muzik rock sejak dulu hinggalah di era kini. Lagu nyanyian mereka masih mmenjadi pilihan untuk dimainkan di radio serta dinyanyikan oleh peminat dari semua kategori generasi di pusat karaoke.

Persembahan kedua-dua kumpulan ini pasti ditunggu oleh peminat rock di negeri Perak yang dahagakan konsert berskala besar sepertimana yang pernah diadakan dahulu.

XPDC yang dianggotai oleh Ali (vokal), Izo (gitar), Eddie (bass), Lola (drum) dan Arif (gitar) bakal memberi persembahan hebat dan memukau semua peminat yang datang. Mereka juga akan tampil dengan album baharu berjuduk Doa (Dakwah Only Allah) yang menampilkan lagu-lagu popular XPDC dan lagu-lagu terbaharu yang mempunyai mesej dakwah kepada peminat.

“Kita saling berkongsi. Apa yang kami tahu, kami kongsikan dengan peminat. Kami bercerita benda yang baik dan orang akan dengar benda yang baik. Sama ada untuk menerimanya atau tidak, itu kerja Allah. Kami sudah puas hati dapat menyampaikan apa yang baik. Usia kami pun dah meningkat, takkan masih nak menyanyikan lagu berunsurkan cinta. Peminat pun dah sama usia dengan kami, pasti mereka dapat terima lagu sebegini.”-Izo

May pula ibarat balik kampung kerana Mus (penyanyi), Abu (gitar), Yus (bass) dan Man (dram) berasal dari Manjoi, Perak menjadi kebanggaan warga Perak.

“Agak lama juga kami tidak beraksi di negeri sendiri. Pasti May akan mengguna peluang ini untuk memberikan persembahan terbaik yang memukau peminat.”

Tiket untuk menonton Konsert Metal Return 1.0 Live @Stadium Perak, Ipoh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

  • VIP ZONE RM150-peminat berpeluang hadir dalam sesi Meet & Greet XPDC dan May di majlis Hi-Tea. mendapat T-shir logo VIP dan menghadiri sesi soundcheck
  • METAL ZONE RM95-peminat akan mendapat T-shirt
  • METAL ZONE RM60

Selain XPDC dan May, peminat juga boleh menyaksikan persembahan dari band-band undangan seperti Farasu, Sparrow, Gfoss, Rockvival, Chronoly, Ur’s, Portzero, Granite, Sniperz, Septiktone, Hakikat, Trivia, Ubs Band, Metalluka dan Holysnake.

Acara sampingan lain adalah Pertandingan Kap-chai Supreme Hero 1.0. Pertandingan ini akan diadakan pada pukul 10 pagi, hari yang sama.

Dengan bayaran masuk sebanyak RM80, peserta akan mendapat tiket Konsert Metal Return 1.0 Live serta T-shirt Evebt+Sticker + 1 peluang Lucky Draw.

Untuk mendapatkan tiket, hubungi talian berikut:

017-5787728 (Nan)

019-5578855 (Arm)

013-2364057 (Mie)

017-5550072 (Hafiz)

019-2407994 (Mentari Merah)