Maka tidak hairanlah LEGOLAND® Malaysia Resort dipenuhi dengan ramai pengunjung sepanjang sambutan ulang tahun ke-10 memandangkan terdapat banyak aktiviti dan tawaran yang disediakan untuk mereka.
Dan, di bahagian tengah ruang utama Taman Tema pula, diletakkan Kek Ulang Tahun LEGO® setinggi 12 kaki yang dibina dengan lebih daripada 90,000 LEGO DUPLO® bricks. Kek ini mengambil masa kira-kira 320 jam untuk menyiapkannya dan mempunyai sentuhan tempatan dalam rekaannya di mana ia memaparkan bentuk burung enggang, wau dan bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya. Ia akan diletakkan di ruang tersebut selama sebulan.
“Satu dekad adalah penanda aras yang penting bagi kami di LEGOLAND Malaysia Resort dengan mengambil kira sejauh mana kami berkembang dan mencipta memori bersama. Kami telah banyak mencipta kenangan-kenangan yang indah dan unik bersama LEGOLAND selama 10 tahun ini dan kami akan terus mencipta lebih banyak kenangan pada masa-masa akan datang. Sebagai tanda penghargaan kami atas sokongan yang berterusan pada LEGOLAND, maka kami telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik selama sebulan kepada pengunjung yang datang pada tempoh tersebut”-CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort.
Antara aktiviti dan program yang disediakan adalah:
- Kek Gergasi Ulang Tahun Ke-10:
-Bersiap sedia dengan kamera anda. Abadikan kenangan di kek gergasi setinggi 12 kaki yang dibina mengguna LEGO DUPLO® bricks. - Cabutan Bertuah
-Anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM50,000. Untuk mendapat peluang memusingkan Lucky Wheel, anda perlu berbelanja minima sebanyak RM99 di mana-mana kedai dalam LEGOLAND Malaysia Resort. Bagi yang bertuah, anda bakal memenangi penginapan di LEGOLAND Hotel, tiket satu hari LEGOLAND, Pas Tahunan LEGOLAND, set LEGO dan barangan eksklusif LEGOLAND. Cabutan bertuah akan dilakukan setiap hari Jumaat hingga Ahad dan cuti umum manakala pada 15 September nanti, akan diadakan cabutan bertuah istimewa. - Bina sendiri LEGO DOTS Mosaic:
-Anda boleh serlahkan kreativiti anda mencipta mozek berwarna-warni mengguna kemahiran dan kreativiti anda. Hasil rekaan anda akan dipaparkan di booth LEGO DOTS untuk tatapan pengunjung. - Persembahan Hari Jadi Yang Terbaik
-Fikirkan persembahan apa yang anda inginkan sewaktu sambutan hari jadi anda nanti misalnya Persembahan Buih, Silap Mata, Pertunjukan Rekaan Belon Profesional, Persembahan Tarian dan banyak lagi, kesemuanya akan direalisasikan di LEGOLAND Malaysia. - Berjumpa dengan karakter LEGO kegemaran anda
-Di sinilah anda boleh berjumpa karakter-karakter LEGO yang anda sukai seperti Emmet, Ollie The Dragon, Bricky dan juga karakter LEGO terbaharu. - Berjumpa Selebriti-Selebriti Terkenal pada 15 hingga 18 September
-Pengunjung boleh berjumpa dengan selebriti-selebriti selama satu jam seperti Jack & Emily, menonton silap mata, menari bersama dan memenangi cabutan bertuah serta banyak lagi
Banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh LEGOLAND. Nak tau lagi?
Berkunjunglah ke LEGOLAND Malaysia Resort sepanjang sambutan ulang tahun ke-10 ini dan rasai sendiri keseronokannya.
Untuk maklumat lanjut, layari:
https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/10th-anniversary/
– LEGOLAND sosial media di Facebook dan Instagram.
Leave a Reply