KLINIK AESTHETIC NUR RAISHA BUKA CAWANGAN KE-2 DI PUBLIKA

Tahniah Tahniah Dr Wan Hidayu Wan Ahmad atas pembukaan klinik beliau yang ke-dua ini!

IMG20220904152921 (2)

Klinik ini menawarkan perkhidmatan rawatan berkaitan aesthetic dan juga kesihatan am pada harga berpatutan.

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

  • Rawatan Parut
  • Rawatan Jerawat
  • Rawatan Pigmentasi
  • Penurunan Berat Badan
  • Rawatan Muka OxyGeneo 3 dalam 1
  • Laser Keratosis & Ketuat
  • Laser Tahi Lalat
  • Laser Xanthelasma
  • Threadlift

Mengapa perlu mencuba perkhidmatan aesthetic di Klinik Nur Raisha ini?

Klinik yang dinamakan sempena anak kedua beliau ini sememangnya sudah dikenali sejak ia dibuka buat pertama kalinya di Puncak Alam Selangor kerana menawarkan perkhidmatan premium, eksklusif dan rawatan yang berkualiti tinggi untuk pelanggan-pelanggannya.

Malah rata-rata pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan di Klinik Nur Raisha bukan sahaja dari penduduk setempat serta berdekatan sehingga ada yang datang dari luar Lembah Klang.

Mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan am lebih dari lima tahun, Dr Wan Hidayu kemudiannya menceburi bidang aesthetic dek kerana minat beliau dalam bidang kecantikan. Beliau memperolehi sijil Diploma Aesthetic Medicine dari America Academy of Aesthetic Medicine. Dengan berbekalkan pendidikan dan pengalaman dalam bidang perubatan, maka Dr Wan Hidayu membuka Klinik Nur Raisha.

IMG20220904152823 (2)

Bukan beliau sahaja mempunyai pengalaman klinikal yang luas, malah kakitangan klinik turut mempunyai latar belakang profesional dalam bidang yang sama.

IMG20220904153556

Penggunaan mesin laser berteknologi tinggi hasil pembuatan Korea dan Amerika Syarikat digunapakai dalam membuat rawatan ke atas pelanggan. Mesin-mesin ini terbukti dapat menyelesaikan masalah kulit yang dialami oleh pelanggan.

Meskipun menawarkan perkhidmatan premium kepada pelanggan, Klinik Nur Raisha tidak mengenakan bayaran yang tinggi. Misalnya bagi rawatan laser Keratosis, satu biji hitam atau ketumbuhan yang ada pada kulit dikenakan caj RM20 untuk dibuang.

IMG20220904153933 (2)

Dr Wan Hidayu menggalakkan penggunaan produk beliau sendiri dalam membuat rawatan di Klinik Nur Raisha. Penggunaan produk ini bersama mesin laser memberi kesan efektif pada rawatan yang dilakukan.

Jika anda yang masih ragu-ragu sebelum membuat rawatan yang bersesuaian, boleh membuat konsultasi terlebih dahulu di Klinik Nur Raisha.

Anda boleh walk-in atau membuat temujanji untuk mendapatkan konsultasi.

  1. Klinik Nur Raisha Puncak Alam
    -No 20 Jalan Niaga Bestari 8
    Puncak Bestari, Bandar Puncak Alam
    42300 Selangor
    011-69310462
  2. Klinik Nur Raisha Publika
    -No A2-1-2 Solaris Dutamas
    No 1 Jalan Dutamas 1
    50480 Kuala Lumpur
    011-11586958
  3. IG:@kliniknurraisha @kliniknurraishapublika

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: