MI GORENG RENDANG LEGENDA ILHAM DARI DATO’ SHEILA MAJID

Hidangan rendang kini dipelbagaikan dan Mamee Chef telah BERJAYA membuat kelainan ini!

01 Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda KV_Horizontol (1)(2)

Mamee Chef menjemput anda untuk menikmati rasa asli dan legenda rendang pada bila-bila masa yang anda inginkan dalam pek serba baharu Mi Goreng Rendang Legenda yang dibungkus untuk kemudahan anda!

Pic 01 (2)

Diinspirasikan oleh lagu ikonik Dato’ Sheila “Legenda”, Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda memiliki rasa asli dan autentik.

Sebagai hidangan “mi goreng” PERTAMA jenama tempatan, Mi Goreng Rendang dilengkapi dengan Kruk Kruk (bawang goreng) dan hirisan cili dalam setiap pek.

Bagaimana cara utuk menikmatinya?

  1. Masukkan mi segera ke dalam 400ml air yang mendidih
  2. Masak selama 3 minit
  3. Toskan air
  4. Letakkan mi segera di dalam mangkuk
  5. Akhir sekali, masukkan serbuk perencah, pes dan ramuan tambahan
  6. Gaulkan dengan rata
  7. Dan slurppp nikmatinya

“Ratu Jazz Malaysia” dan duta jenama Mamee Chef Dato’ Sheila Majid telah membuat persembahan di seluruh dunia, tetapi baginya, rumah adalah tempat dimana beliau boleh menikmati makanan kegemarannya bersama yang tersayang.

Pic 02 (2)

“Rendang semestinya hidangan kegemaran keluarga saya – ibu saya sering membuat hidangan istimewa ini semasa musim perayaan, dan kami akan berkumpul bersama ketika kenduri! Di Malaysia, makanan adalah sesuatu yang dekat di hati kita; rasa legenda rendang memang digemari oleh semua orang daripada semua lapisan masyarakat. Dengan Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, saya dan keluarga boleh menikmati rendang asli yang kaya dengan aroma, tanpa perlu menunggu musim perayaan atau majlis istimewa!” kongsi Dato’ Sheila.

Pic 03 (2)

How Yuan Yi, Ketua Pegawai Pemasaran Mamee Double-Decker Sdn. Bhd., menyatakan rasa teruja terhadap perisa unik Rendang Legenda:

“Kebanyakan mi goreng segera yang ditawarkan dipasaran hari ini terhad kepada perisa berasaskan kicap atau perisa yang amat pedas. Dengan adanya keupayaan R&D kami di Mamee, digabungkan dengan pemahaman tentang cita rasa rakyat Malaysia, kami bertekad menghasilkan cita rasa tempatan dan rasa asli yang dikenali dan disukai oleh semua warga Malaysia. Dengan adunan rempah ratus dan kuah berkrim, rasa Rendang Legenda kami sangat sesuai sebagai ‘mi goreng’. Sebagai jenama Malaysia yang dibuat untuk warga Malaysia, kami berbangga untuk menyatukan orang ramai melalui pembangunan produk makanan yang menarik secara berterusan!”

Untuk meraikan pelancaran legenda Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, Dato’ Sheila Majid dan anak perempuannya, penyanyi hip-hop Kayda Aziz, telah menerbitkan sebuah lagu baharu! Anda boleh tonton video muzik rasmi untuk “Kenikmatan Legenda” di YouTube,

Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda (RM6.90/4 pek) kini boleh didapati di pasar raya di seluruh negara, serta dalam talian melalui Kedai Rasmi Mamee di Lazada dan Shopee.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang informasi terkini Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, sila ikuti Mamee Noodles Malaysia di Facebook dan Instagram.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: