KOPETRO PERKENAL PRODUK MESRA ALAM SEKITAR: KVCLEAN

Produk berkenaan diperkenalkan oleh anak syarikat Koperasi Kakitangan Petronas, KOPETRO Ventures Sdn. Bhd. sewaktu penganjuran majlis Hari Terbuka KVClean yang diadakan di ruang legar Megan Avenue 11, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

IMG20220922123525 (2)

Selain memperkenalkan jenama baharu itu, majlis Hari Terbuka KVClean turut dimeriahkan lagi dengan jualan promosi pakej produk-produk KOPETRO.

IMG20220922112559

Antaranya:

  • penyelenggaraan Penyaman Udara ‘Wall mounted dan Ceiling Cassete sahaja pada harga Standard RM50 sebulan serta Premium pada harga RM70 sebulan
  • Pembersihan Pejabat untuk 8 kali sesi pada harga RM399 sebulan

IMG20220922113605

Majlis gilang-gemilang ini dihadiri oleh wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga, wartawan media cetak dan media elektronik serta jemputan yang berada di sekitar kawasan Megan Avenue II. Turut sama memberi sokongan terhadap program ini adalah wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Mula beroperasi sejak April 2019, KVClean menawarkan servis penjagaan dan pembersihan lengkap termasuk servis penyelenggaraan penyaman udara, pembersihan kediaman, pejabat dan bangunan komersial serta servis disinfeksi. Kesemua perkhidmatan KVClean dikendalikan oleh mereka-mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang kemahiran bagi memastikan pelanggan mendapat servis yang terbaik.

Pengerusi Bahagian Perdagangan & Servis Peruncitan, Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Abdul Rahman memberitahu dalam ucapan pembukaannya bahawa Hari Terbuka KVClean diadakan bagi memperkenalkan jenama dan produk KVClean secara rasmi kepada masyarakat.

IMG20220922120643 (2)

“Masyarakat menjadi lebih prihatin tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat kediaman sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Persekitaran yang selamat dan bersih amat dititikberatkan orang ramai demi menyambung kelangsungan hidup dan meneruskan produktiviti perniagaan dalam mengharungi kehidupan pasca Covid-19” 

Bertemakan ‘Green & Clean’, KVClean beraspirasi untuk menjadi sebuah jenama yang melindungi alam sekitar dan menjadi pemangkin dalam merencanakan kesejahteraan alam sekitar.

Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan kebersihan di dalam kediaman dan ruang pejabat, KVClean juga menawarkan pakej pemasangan Panel Tenaga Solar bagi pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar. Penggunaan panel tenaga solar dapat memberi kesan positif kepada Rumah Hijau serta menjimatkan kos elektrik kediaman.

Istimewanya, sempena majlis pelancaran ini, KVClean menawarkan ‘Promosi Hari Terbuka KVClean’ yang merupakan pakej penyelenggaraan penyaman udara serendah RM50 satu unit sebulan, manakala bagi pembersihan pejabat, harga serendah RM399 sebulan ditawarkan bagi 8 sesi pembersihan selama 2 jam setiap sesi. Kedua-dua promosi ini sah bagi tempoh kontrak selama setahun khas buat pelanggan yang mendaftar pakej yang ditawarkan sepanjang majlis berlangsung.

IMG20220922103419 (2)

Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh KVClean boleh berbuat demikian menerusi:

  • aplikasi Whatsapp di talian 013-399 6788

Anda juga boleh mendapat butiran lanjut mengenai promosi dan senarai perkhidmatan oleh KVClean dengan mengikuti akaun media sosial :

#kvclean #greenandclean #HouseCleaning

#Disinfection #aircondservices @kvclean

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s