AVEENO Dengan Kebaikan Oat Untuk Kulit Sihat

Aveeno® dan Aveeno Baby®  beri”4-dalam-1″ kelegaan berkesan untuk kulit  bermasalah

Aveeno 2

Aveeno® adalah jenama yang menawarkan rangkaian lengkap penyelesaian penjagaan kulit komprehensif yang menampilkan Active Naturals Colloidal Oatmeal.

Jenama ini telah menemui kuasa bahan semula jadi – oat – menerusi kemajuan saintifik, dan menemui cara untuk memupuk dan mengubah kesihatan dan kecantikan kulit menjadi lebih baik.

Mengapa oat?

Oat koloid – yang bermaksud oatmeal kisar yang terampai di dalam medium cecair untuk aplikasi dan penyerapan yang lebih baik ke dalam kulit – telah menjadi ramuan penting dalam penjagaan kulit sejak zaman dahulu lagi. Ini disokong oleh bukti klinikal selama lebih 60 tahun yang menunjukkan bahawa formula oat koloid berkesan untuk melegakan kulit yang kering dan rengsa.

Aveeno 1

Setiap produk Aveeno® Active Naturals dirumuskan secara unik dan terbukti secara saintifik untuk memanfaatkan kelebihan oat bagi memberikan faedah penjagaan kulit yang sebenar bagi kulit supaya kuat dan tampak lebih sihat.

“Perjalanan Aveeno® untuk menjadikan kehidupan indah dengan bahan-bahan semula jadi bermula sejak tahun 1945. Percaya bahawa alam semula jadi mengandungi rahsia kepada kesihatan manusia, dua orang adik beradik dari Amerika, Sidney dan Albert Musher, mula mempelajari tentang manfaat oat,” kata Prashant Mahalingam, Pengarah Negara bahagian Konsumer, Johnson & Johnson Malaysia, dalam ucapannya sewaktu pelancaran jenama baru-baru ini.

Melalui penyelidikan mereka, adik beradik Musher menemui kuasa oatmeal koloid yang dikisar halus untuk membantu melegakan kulit yang kering dan rengsa. Usaha perintis mereka telah diiktiraf oleh ahli dermatologi dari Klinik Mayo yang terkenal. Maka lahirlah Aveeno®!

Selama 70 tahun yang lalu, komitmen Aveeno® untuk memanfaatkan kuasa semula jadi oat bagi kesejahteraan kulit telah menjadikannya jenama paling dipercayai di Amerika Syarikat1. Aveeno Baby® juga merupakan produk nombor satu serta menjadi antara jenama yang dipercayai dalam kalangan pakar kanak-kanak Amerika Syarikat2.

“Kami telah memberi kelegaan dan perlindungan untuk kulit wanita dan bayi selama bertahun-tahun. Jenama ini telah memenangi pelbagai anugerah di negara ini – dan menambahkan kepada jumlah anugerah yang kami terima pelbagai pengiktirafan di seluruh dunia!” kata Prashant.

Melalui penyelidikan saintifik dan rumusan yang ketat, Aveeno® terus merungkai lebih banyak rahsia tentang keupayaan alam semula jadi untuk melegakan, menenangkan dan mengubah kulit. Salah satu penemuannya baru-baru ini adalah sifat prebiotik oat untuk menggalakkan mikrobiom kulit yang seimbang, yang penting untuk kulit yang sihat dan kuat. Ini membuatkan jenama telah menamakan semula bahan utamanya – oat koloid – sebagai ‘oat prebiotik’ dalam beberapa produk yang baharu.

Apakah microbiome kulit?

Ia merupakan habitat pelbagai mikroorganisma, termasuk bakteria yang bermanfaat dan berbahaya, yang wujud bersama pada permukaan kulit. Satu sentimeter persegi kulit biasanya mempunyai kira-kira satu bilion bakteria, dan ketidakseimbangan bakteria ini boleh memberi kesan kepada fungsi penghalang kulit.

Prebiotik, yang ditemui oleh saintis Aveeno®, meningkatkan keseimbangan mikrobial kulit. Ini bermakna fungsi penghalang kulit menjadi lebih kuat dan tiada lagi kulit kering dan gatal. Oleh itu, semua produk Aveeno® dan Aveeno Baby® kini mengandungi oat prebiotik.

Bagi yang mempunyai kulit yang kering & gatal, Dr Leong Kin Fon, ahli perunding pakar kulit pediatrik, menyatakan bahawa oat prebiotik berkesan dalam memberi kelegaan. Dr. Leong menjelaskan bahawa oat mempunyai empat fungsi penting sebagai bahan pelembap: untuk memerangkap air di dalam kulit, mengurangkan kegatalan dan kemerahan, dan meningkatkan keseimbangan microbial kulit.

Selaras dengan identiti jenama yang mengimbangi penemuan sains dengan hasil terbaik alam semula jadi, produk Aveeno® diformulasikan dengan komitmen dari ladang hingga ke botol. Ini bermakna penyelesaian penjagaan kulit dihasilkan melalui proses artisanal yang mengekalkan kesegaran dan kebaikan oat terpilih dengan teliti dari tempat asalnya – ladang – sehinggalah ia sampai kepada wanita dan bayi, di dalam botol.

Oat koloid prebiotik Aveeno ® dibuat daripada oat gred makanan, protein tinggi, bijirin bukan GMO yang diperoleh dari Kanada, Amerika Utara, United Kingdom dan Perancis. Tanaman ini kemudian diproses tanpa menggunakan pelarut kimia, dan akhirnya dirumuskan melalui proses yang ketat yang direka untuk mengekalkan integriti dan ketulenan komponen aktif oat Aveeno®.

Mulakan tahun anda dengan menjadi cantik dan berikan kulit anda dan bayi anda kehidupan baru dengan kelebihan oat prebiotik!

Dapatkan rangkaian penyelesaian penjagaan kulit Aveeno® yang menampilkan Active Naturals Colloidal Oatmeal di farmasi-farmasi utama terpilih seperti Watsons, Guardian, Caring, dan AEON Wellness.

Atau, tambahkannya pada ‘bakul’ anda tanpa perlu keluar dari rumah melalui kedai dalam talian rasmi Aveeno® di Lazada (http://bit.ly/AveenoLazadaMY) dan Shopee (http://bit.ly/AveenoShopee)!

Untuk mendapatkan tawaran terkini Aveeno® atau maklumat lanjut tentang jenama ini, ikuti Facebook Aveeno® Malaysia (www.facebook.com/myaveeno) dan Instagram (www.instagram.com/aveenomy).

Rujukan:
1 Berdasarkan Kajian Rekomendasi Dermatologi AS 2018.
2 Berdasarkan soal selidik dengan 302 orang ahli pediatrik di AS, Jun 2016.

 

GUARDIAN Botaneco Garden Trio Oil Bantu Kurangkan Masalah Kelelumur

Memang stress kalau ada kelelumur sebab rambut jadi gatal-gatal dan tidak selesa. Nasib baik ade penyelesaian daripada Botaneco Garden Trio Oil. 

 

IMG_20180329_131610

Diilhamkan dari alam semula jadi,  syampu dan perapi anti-kelemumur rangkaian Trio Oil Organik Botaneco Garden ini dikonseptualisasikan, dimajukan, dihasilkan dan boleh didapati secara eksklusif di Guardian .

Rangkaian anti-kelemumur ini adalah pilihan pengguna yang mempunyai kesedaran mengenai eko yang menggemari syampu dan perapi harian yang lembut namun berkesan untuk menangani kelemumur .

BotanecoGardenTrioOil-Anti-dandruff_02

Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Alfonso Roderos (kanan) menjelaskan bahawa syarikat mengalami perkembangan pesat yang seiring dengan segmen penjagaan rambut dan kulit melalui jenama-jenama seperti Botaneco Garden.

“Keperluan, nilai dan jangkaan pengguna produk kecantikan akan semakin cenderung dan prihatin terhadap kesihatan dengan mencari formula yang bebas dari bahan kimia berbahaya serta lebih menekankan kepada pilihan yang mesra alam, bebas daripada kekejaman, menawarkan pengalaman yang baik dan memberi tumpuan kepada keperluan untuk pengalaman jenama yang lebih tulen dalam kehidupan sebenar, dan melalui platform digital. “

Roderos juga menambah jenama Botaneco Garden berkembang pesat selaras dengan peningkatan minat pengguna terhadap bahan mesra alam. Jenama ini kini mempunyai 43 produk sejak diperkenalkan pada tahun 2013.

“Trend global yang semakin meningkat bergerak ke arah produk yang lebih lembut dan mesra alam sekitar . Produk-produk ini sering menggunakan bahan mesra alam, berasaskan organik, dan mampan. Sudah menjadi satu kebimbangan global untuk mengurangkan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar serta memberi keyakinan terhadap kualiti proses yang dibawa . Dengan Botaneco Garden, Guardian dapat memberikan apa yang diingini oleh pengguna pada harga yang berpatutan dengan jaminan produk yang diuji secara dermatologi dan terbukti dengan kualiti, bahan-bahan yang terjamin eko.”

Terdapat EMPAT kategori produk di bawah jenama Botaneco Garden:

  1. Inca Inchi yang menggunakan Inca Inchi dan Aloe Vera sebagai bahan utama
  2. rangkaian premium Minyak Argan dan Minyak Zaitun Organik
  3. rangkaian Botaneco Garden Baby yang menggunakan Chamomile dan Koloid Oatmeal yang terjamin eko untuk rangkaian bayi yang lembut dan berkesan
  4. rangkaian Trio Oil Organik yang menggunakan Trifecta 100% minyak yang dijamin eko – Babassu, Baobab dan Chufa.

Kebanyakan produk Botaneco Garden mempunyai formula bebas dari Parabens, silikon, sabun, pewarna, lanolin & DEA untuk rumusan yang unik dan prihatin bagi kulit, rambut, dan juga alam sekitar.

Setiap produk dalam rangkaian Trio Oil Botaneco Garden mempunyai LIMA pelembap – TIGA minyak utama, dan dua lagi yang dipilih kerana fungsi khusus mereka untuk rambut dan kulit.

Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Oil Organik Botaneco Garden diperkaya dengan Jojoba dan minyak kelapa. Manfaat pelembab dari rangkaian ini menjadikannya lembut dan berkesan dalam mengurangkan pembentukan kelemumur yang biasanya disebabkan oleh pengeringan kulit yang berlebihan dan aktiviti kelenjar minyak yang berlebihan .

Kajian penyelidikan menekankan manfaat minyak jojoba sebagai bahan pelembab. Secara tradisional minyak jojoba telah digunakan untuk rambut di Amerika Latin dan rawatan kecantikan sebagai perapi kulit dan rambut . Ia terkenal dengan penyerapan yang cepat .

Minyak kelapa mempunyai keupayaan untuk mengekalkan kelembapan rambut dengan baik . Ia telah digunakan secara tradisional untuk kulit dan perapian rambut, dan untuk mengurangkan tanda-tanda kelemumur dengan mengurangkan keadaan kulit kering.

Kadar tinggi pengunaan syampu menjadi pasaran terbesar bagi kategori pejagaan peribadi, mewakili 37% daripada jumlah pasaran penjagaan rambut antarabangsa . Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, penggunaan syampu mungkin lebih tinggi daripada purata global kerana kebanyakan rakyat Malaysia cenderung untuk mencuci rambut setiap hari.

“Dengan Botaneco Garden, kami telah mencipta keseimbangan antara alam semula jadi dan sains yang menyediakan rutin penjagaan rambut yang lembut dan prihatin, walaupun untuk kulit kepala dan rambut yang cenderung untuk menghidapi kelemumur. Lima pelembab dalam produk Botaneco Garden menangani kulit kepala kering, iaitu penyebab kelemumur yang paling kerap. Penggunaan minyak pati seperti pudina, mentol dan minyak pokok teh yang secara tradisinya digunakan untuk mengurangkan kepingan kelemumur selari dengan faedah-faedah pelembab dalam rangkaian Anti-Kelemumur Trio Minyak Organik Botaneco Garden.”

– Michelle Yeap, Pengurus Produk, Kesihatan & Kecantikan Kumpulan

Ciri-ciri Minyak Pokok Teh telah dikaji dan diuji dalam ujian makmal untuk keberkesanannya dalam mengurangkan pembentukan kelemumur, dan memperbaiki keadaan kulit kepala dan rambut. Pudina mengandungi mentol, selenium dan zink yang dibuktikan sebagai bahan anti empingan .

“Bagi mereka yang mempunyai kelemumur, ambil perhatian bahawa ianya tidak boleh sembuh tetapi dapat dikurangkan. Penggunaan harian dari rangkaian penjagaan rambut anti-kelemumur yang lembut dan diilhamkan daripada alam semulajadi seperti Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Minyak Organik Botaneco Garden boleh membantu mengurangkan pembentukan kepingan kelemumur, sambil menjadikan rambut halus dan lebih mudah diurus. Apabila rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang lebih baik, pengguna boleh bertukar kepada syampu dan perapi yang lembut untuk penggunaan harian, dengan rangkaian anti-kelemumur yang sedia ada jika keadaan itu kembali.”-Yeap.

Syampu dan Perapi Anti-Kelemumur Botaneco Garden Organic Trio Oil berharga RM19.90 setiap satu, dan boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara, dan melalui e-store Guardian www.guardian.com.my.