LFC BRAND STORE TAWAR KOLEKSI PREMIUM LIVERPOOL FC

Wow ini memang berita baik bagi penyokong kelab bola sepak Liverpool!

IMG20220930153428 (2)

Kedai pertama seumpamanya di Malaysia ini dibuka di pusat beli-belah Sunway Pyramid. Ia dirasmikan oleh Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. yang melangkah setapak lagi dengan pembukaan kedai merchandise premium Liverpool FC (LFC Brand Store) pada 30 September lalu.

IMG20220930152944 (2)

Menurut En. Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports,

“Sebagai peneraju barangan sukan terunggul di Malaysia yang kompetitif, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan kami. Kami menjangkakan LFC Brand Store ini bakal menjadi hub utama untuk semua penyokong kelab tersebut di mana mereka boleh mendapatkan kesemua koleksi premium LFC di sini. Sunway Pyramid dipilih sebagai lokasi pertama kerana kedudukannya yang strategik dan boleh diakses dengan mudah oleh warga Lembah Kelang.”

IMG20220930153512 (5)

Selain daripada barangan rasmi LFC, Al-Ikhsan sebagai “Brand Licensee” LFC turut menyediakan koleksi mampu milik yang direka khas untuk para penyokong kelab tersebut.

IMG20220930153538 (3)

Koleksi itu merangkumi:

  • jersi
  • baju polo T
  • jaket
  • baju T
  • payung
  • beg silang
  • replica bola sepak

Kesemua barangan dalam LFC Brand Store ini dijual pada julat harga serendah RM9.00 sehingga RM1,399 bagi jersi yang ditandatangan khas oleh pemain-pemain kelab itu.

Pembukaan LFC Brand Store ini turut mendapat sokongan yang positif dan sangat dialu-alukan oleh TIGA kelab penyokong utama iaitu KL Kopites, All Reds Malaysia dan Kinabalu Reds.

Perasmian LFC Brand Store ini turut dihadiri oleh pemain legenda kelab popular itu iaitu Sami Hyppia yang kemudiannya mengadakan sesi beramah mesra bersama penyoking LFC yang hadir seawal pagi. Terdahulu, Sami telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan USJ 12 di Subang Jaya bagi berkongsi pengalaman beliau serta ilmu sukan bola sepak bersama pelajar-pelajar di sekolah berkenaan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: