Tahniah diucapkan pada Wesley Methodist KL yang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM81,000, piala yang dibina dari LEGO Bricks dan tiket masuk percuma ke LEGOLAND Malaysia Resort.
Tahniah juga pada 11 sekolah yang turut berentap dalam pertandingan Planet LEGOLAND School Challenge. Anda semua adalah PEMENANG kerana terpilih daripada 200 penyertaan yang menghantar rekaan binaan LEGO untuk pertandingan ini.
Bertemakan “Pride of Your State”, Planet LEGOLAND School Challenge ini diadakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kreativiti serta imaginasi mereka dalam menghasilkan rekaan binaan impian mereka mengguna LEGO®.
Dengan adanya sokongan daripada Kementerian Pendidikan, pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan dapat menjadikan pertandingan ini sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum.
“Kerjasama kami dengan LEGOLAND Malaysia Resort berterusan menghasilkan inisiatif inovatif yang membuahkan kejayaan antaranya Planet LEGOLAND School Challenge ini. LEGOLAND Malaysia Resort adalah antara permata yang unik di negeri Johor, yang menawarkan pengunjung-pengunjungnya destinasi edutainment yang tidak boleh didapati di tempat-tempat lain. Memasuki tahun 2023, kami merancang untuk meningkatkan lagi jalinan kerjasama seperti yang kami lakukan bersama LEGOLAND Malaysia dalam meningkatkan lagi Edu tourism di Johor dan ini dapat menarik lagi pelancong-pelancong untuk datang mengunjungi Johor”-YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor.
“Kami sangat terkejut dengan sambutan positif yang diterima daripada sekolah-sekolah di seluruh negeri untuk Planet LEGOLAND School Challenge ini. Penyertaan yang menggalakkan ini menunjukkan betapa kreatif dan berbakat pelajar-pelajar ini dalam menghasilkan ciptaan yang berdaya kreatif di luar bilik darjah mereka. Ini menunjukkan bahawa pelajar dan cikgu menyukai pembelajaran di luar bilik darjah, Kami merancang untuk terus berkerjasama dengan rakan-rakan o yang kuat seperti LEGOLAND Malaysia dalam memberi pendidikan yang dapat memberikan pengalaman yang bagus untuk generasi akan datang”-YB Cik Norlizah Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor.
Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Omar Salleh, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Dr Mohd Azlan Abdul Jalil, Timbalan Pengarah Pelancongan Johor.
Dalam majlis penghargaan itu juga, LEGOLAND Malaysia telah berkongsi akan rangka plan mereka untuk menjadikan Planet LEGOLAND School Challenge ini sebagai usaha inisiatif tahunan yang mana juga akan dibuka untuk penyertaan sekolah antarabangsa bermula tahun 2023 dan seterusnya. Hasil binaan Juara pertandingan akan diletakkan di LEGOLAND Malaysia Resort sehingga bulan Mac 2023 untuk tatapan orang ramai.
“Sambutan yang kami terima sangat menggembirakan kami. Pelajar-pelajar ini menghasilkan ciptaan LEGO Builds yang sangat kreatif sehingga kami sendiri tidak menyangka akan kebolehan mereka. Melihat kejayaan pelajar-pelajar Malaysia ini mencipta rekaan mengguna LEGO Bricks ini meningkatkan keyakinan kami untuk memasukkan LEGO DNA di mana kami akan menyemai pemikiran kreatif dan sifat positif untuk memberi pembelajaran kepada semua. Kami sangat menghargai sokongan yang diterima daripada kerajaan Malaysia dalam menjadikan Planet LEGOLAND School Challenge ini satu kejayan yang sangat bermakna. Kami harap dapat berkerjasama dengan kerajaan untuk meningkatkan lagi indutri pelancongan dan menaikkan Malaysia dalam pendidikan akan datang” CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort.
Senarai pemenang-pemenang Planet LEGOLAND School Challenge:
5 Pemenang Terbaik
Juara
⦁ Nama kumpulan: Above And Beyond
⦁ Sekolah: Wesley Methodist School, Kuala Lumpur
Rekaan stesen kereta api yang diinspirasikan dari hasil evolusi dan pekembangannya
Kedua
⦁ Nama kumpulan: Legostaz 1
⦁ Sekolah: SK Tunku Azizah, Pahang
Rekaan diinspirasikan dari bangunan ikonik terbaharu di Kuantan setinggi 188 meter iaitu Kuantan 188
Ketiga
⦁ Nama kumpulan: Super Lego Group
⦁ Sekolah: SJKC Li Hwa, Penang
Rekaan diinspirasikan dari bangunan-bangunan ikonik di Pulau pinang seperti Jambatan Pulau Pinang, Bukit Bendera, Komtar, jeti, feri dan kawasan warisan.
Keempat
⦁ Nama kumpulan: Teamwork
⦁ Sekolah: SK Kubang Kerian 3, Kelantan
Muzik tradisional Dikir Barat dibawa masuk dalam rekaan sekolah
Kelima
⦁ Nama kumpulan: Builders Of Chs
⦁ Sekolah: SMJK Katholik, Selangor
Mengambil inspirasi dari mercu-mercu tanda yang terkenal di Selangor termasuk KLIA, pusat beli-belah One Utama, Port Klang dan Batu Caves disamping hutan simpan Selangor.
Anugerah Pencapaian Khas
⦁ Nama kumpulan: MK Blockteenz
⦁ Sekolah: SMK Mohd Khalid, Johor
Rekaan diinspirasikan daripada Stadium Sultan Ibrahim yang merupakan stadium tuan rumah bagi pasukan bola sepak JDT. Inspired by The Sultan Ibrahim Stadium.
⦁ Nama kumpulan: Young Innovators
⦁ Sekolah: Seri Perling, SMK Seri Perling, Johor
Diinspirasikan daripada hotel tema pertama di Asia iaitu LEGOLAND Hotel.
⦁ Nama kumpulan: Ibrahim’s Boy
⦁ Sekolah: SK Ibrahim Kedah
Rekaan binaan mengambil idea Kedah moden dengan menjadikan Kedah dan Langkawi sebagai asas inspirasi.
Sagu hati
⦁ Nama kumpulan: Cullinan Diamonds
⦁ Sekolah: SMK Sri Kukup, Johor
⦁ Nama kumpulan: World
⦁ Sekolah: Sekolah Agama Menengah Jeram, Selangor
⦁Nama kumpulan: Lego Student Staz,
⦁ Sekolah: SK Tunku Azizah, Pahang
⦁ Nama kumpulan: Chung Ling Butterworth 05’s
⦁ Sekolah: SMJK Chung Ling Butterworth, Penang
⦁ Nama kumpulan: Ibrahim’s Boy
⦁ Sekolah: SK Ibrahim Kedah
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang, FB dan IG LEGOLAND Malaysia
@legolandmalaysia #LEGOLANDMALAYSIA #PlanetLEGOLAND
Leave a Reply