DON PANI PURI BUKA TRAK MAKANAN

Trak makanan yang menjual Pani Puri ini adalah pertama seumpamanya di Malaysia.

 

IMG20221014151546 (3)

Ia boleh didapati di tapak Pesta Deepavali Brickfields yang terletak di sebelah bangunan Nu Sentral.

Kewujudan trak makanan di Pesta Deepavali Brickfields ini adalah hasil kerjasama antara Don Pani Puri, salah seorang perintis penjual Pani Puri di Malaysia dan Don Smart Truckers, pembekal trak makanan.

Dengan adanya trak makanan ini, ia memudahkan orang ramai membeli dan mencuba sendiri makanan tradisional India yang  enak serta unik ini memandangkan ia semakin dikenali di Malaysia.

Trak makanan ini menjual Pani Puri dalam set 6 biji dalam TIGA rasa iaitu:

  • Asli (Original)-RM15
  • Tat Coklat Hazelnut-RM18
  • Tat Biscoff-RM18

IMG20221014161715 (2)

Selain itu, buat PERTAMA kali juga dalam sejarah, Don Pani Puri mencipta Kotak Parti Deepavali yang menjual 20 biji Pani Puri perisa asli, 10 Pani Puri Coklat Hazelnut dan 10 biji Pani Puri Biscoff.

IMG20221014162252 (2)

Dalam kotak itu juga terdapat baucar tunai bernilai RM1,960 yang mana pelanggan boleh menggunakannya untuk membeli Pani Puri dan pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan oleh QVC Vacation.

Sebanyak 1,000 kotak pertama disediakan dan boleh didapati pada harga RM99.99 manakala kotak yang ke 1,000 ke atas akan dijual pada harga RM130. Memandangkan kotak ini hanya dijual sempena perayaan Deepavali sahaja, maka ia adalah dalam kuantiti TERHAD.

Memandangkan terdapat banyak permintaan untuk Pani Puri ini, maka Don Smart Truckers, jenama yang dicipta oleh Chemplex Consulting Sdn Bhd bersama-sama dengan QVC Vacation Sdn Bhd mengadakan satu pertandingan sempena perayaan Deepavali. 

IMG20221014155035 (4)

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang ringgit bernilai lebih daripada RM299,000!

Anda perlu menyertai TIGA pertandingan untuk memenangi hadiah-hadiah ini iaitu:

  1. Berkongsi pos di media sosial dan menang:
    -Hadiah Utama berupa trip untuk 2 orang ke Eropah selama 14 hari melalui 7 negara bernilai RM21,000 seorang
    -Hadiah Kedua berupa trip untuk 2 orang ke Bali selama 5 hari bernilai RM7,000
    -Hadiah Ketiga berupa trip ke Sabah untuk 2 orang bernilai RM4,000

  2. Sertai Pertandingan makan
    -Pertandingan ini akan diadakan setiap hari bermula pada pukul 8 malam. Peserta perlu makan sebanyak mungkin Pani Puri dalam masa 30 saat dan mereka yang makan paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
    -Pemenang harian ini kemudiannya akan berentap di Pertandingan Akhir, iaitu pada hari terakhir Pesta Deepavali Brickfields di mana mereka perlu makan Pani Puri sepantas mungkin.
    -Juara pertandingan bakal membawa pulang Hadiah Utama berupa trip ke Eropah selama 14 hari melalui 7 negara bernilai RM21,000 
    -Hadiah Kedua berupa trip untuk 2 orang ke Bali selama 5 hari bernilai RM7,000
    -Hadiah Ketiga berupa trip ke Sabah untuk 2 orang bernilai RM4,000

  3. Pelanggan yang membeli Pani Puri ke 1 juta biji
    -satu kira detik telah diadakan dalam usaha memecahkan Malaysia Book of Record bagi penjualan Pani Puri yang terbanyak. Bagi pelanggan yang membeli Pani Puri ke 1 juta dan memecahkan rekod penjualan, bakal membawa pulang hadiah berupa kereta baharu Proton X50.

Trak makanan Pani Puri ini akan berada di lokasi bersebelahan Nu Sentral bermula 14 Oktober hingga 23 Oktober. Jadi anda bolehlah berkunjung ke sini untuk merasa dan membeli Pani Puri ini.

Layari media sosial DonPaniPuriHQ di FB, IG dan Twitter untuk maklumat lanjut.

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: