CILI KAMPUNG HARTAMAS RAI ULANG TAHUN DENGAN ‘SET DULANG’

IMG20221025165310 (2)

Sempena meraikan ulang tahun PERTAMA ini, restoran Cili Kampung yang bertempat di pusat beli-belah Hartamas telah mengadakan satu majlis sambutan dan tetamu-tetamu yang hadir terdiri daripada jemputan khas, barisan media perdana dan media elektronik sera rakan-rakan selebriti dan ikon-ikon tempatan dapat merasai buat pertama kalinya set minum petang baharu  ‘Dulang’.

Set Dulang ini sesuai dinikmati oleh sekurang-kurangnya 2 orang kerana mix portion yang agak banyak. Tersedia untuk pesanan pada setiap hari bekerja dari jam 3:30 petang sehingga jam 6 petang, set Dulang ini menghidangkan goreng-gorengan seperti Udang Goreng Tepung, Pisang Goreng dan Cendawan Goreng yang dihidangkan bersama sos cicah kicap pedas serta sambal cili merah.

Selain goreng-gorengan, juga disediakan kuih-muih tradisional seperti onde-onde puding bakar, karipap pandan, cucur udang dan cucur badak.

Setiap hidangan set Dulang turut didatangkan dengan pilihan minuman Teh Tarik, Kopi Kampung atau Teh Panas.

Lontong juga termasuk dalam hidangan set Dulang ini. Sekali rasa, pasti tidak cukup satu mangkuk! Ini kerana kuahnya yang pekat menambah kelazatan dan sambal sotong yang digandingkan bersama menjadikan ia satu hidangan yang sangat enak!

Menurut Pengarah Eksekutif Cili Kampung Hartamas, Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC:

Kesavan-Purusotman.3-e1550718234666-1263x560 (2)

“Sebelum membuka cawangan di Kuala Lumpur pada tahun 2021, restoran tersebut sudah bertapak di Langkawi. Sambutan memberangsangkan yang diterima telah mendorong untuk melebarkan sayap dengan membuka cawangan seterusnya di Kuala Lumpur. Menghidangkan pelbagai hidangan istimewa resepi turun temurun daripada Negeri Sembilan, Cili Kampung Hartamas telah menarik perhatian ramai sejak awal pembukaannya”

Tambah KC lagi, pihak Cili Kampung bercadang untuk membuka TIGA buah cawangan lagi dalam masa yang terdekat. Selain itu, mereka juga akan membuka beberapa cawangan ‘Cili Kampung Ekspres’ yang berkonsepkan kiosk bagi membolehkan mereka untuk mendekati lebih ramai pelanggan dan menawarkan produk-produk berbentuk sedia untuk dimakan.

“Alhamdulillah, kami berasa amat bersyukur kerana sejak Cili Kampung mula dibuka pada tahun lalu, kami telah menerima sambutan yang sungguh menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan. Ini adalah diluar jangkaan kerana dalam keadaan ekonomi yang kembali pulih selepas negara mula memasuki fasa endemik, kami menjangkakan orang ramai akan lebih prihatin terhadap restoran yang mereka pilih untuk menjamu selera,” kata Khairil Izwan, yang juga merupakan Pengarah Cili Kampung Hartamas.

IMG20221025170553 (2)

Dengan sokongan 30 kakitangan sepenuh masa, Cili Kampung dibuka setiap hari dengan menu makan tengah hari yang bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 3:30 petang, manakala menu minum petang mula dihidangkan pada jam 3:30 petang sehingga 6 petang, sebelum disambung dengan menu makan malam pada jam 6 petang sehingga 10 malam.

Orang ramai yang berminat untuk mengunjungi restoran Cili Kampung Hartamas boleh mmebuat pencarian mengguna kata kunci “Cili Kampung Hartamas” di aplikasi Waze atau ikuti akaun media sosial @cilikampunghartamas di Facebook dan Instagram untuk mengetahui promosi terkini daripada mereka.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: