Kali ini, festival gaya yang berkonsepkan satu konsert secara terbuka akan diadakan di Bandar Malaysia, Sungai Besi. Dianjur bersama antara Syarikat Absolut Events & Management Sdn Bhd dengan jenama ELFBAR, konsert PERCUMA ini akan diadakan pada awal November nanti selama TIGA hari bermula Jumaat 4 November sehingga Ahad 6 November 2022..
Selain konsert, turut diadakan festival makanan Absolut Food Festival di bawah satu acara,
Konsert ini bakal membawa seramai 18 penyanyi terkenal tanah air dan beberapa artis baharu tempatan digandingkan di atas satu pentas yang sama.
Barisan penyanyi utama yang bakal membuat persembahan adalah:
- kumpulan SEARCH
- Alleycats
- Joe Flizzow
- Andi Bernadee
- Akim & The Majistret
- Aman Ra
- Floor 88
- Faizal Tahir
- Bunkface
- Elizabeth Tan
- DOLLA
- Janna Nick
- Ayda Jebat
- Kugiran Masdo
- Kidd Santhe
- Projector Band
- ForceParkBois
- Insomniacks
Dan juga bakal memperkenalkan dua kumpulan wanita terbaharu iaitu The Gadys dan The Sara Sisters.
Tidak lupa juga dengan kehadiran lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.
Bertemakan festival terbuka ataupun “outdoor concept” , festival ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi industri acara di Malaysia yang tampak suram sejak 2 tahun kebelakangan ini.
Kelainan yang bakal dibawakan dalam festival ini adalah dengan menyatukan kepelbagaian di dalam satu acara. Dengan tidak hanya menumpukan pada festival musik sahaja, acara kali ini juga bakal membawa sebanyak lebih 110 peniaga kecil dan sederhana yang terdiri daripada peniaga makanan, minuman, pakaian, kosmetik dan sebagainya.
Acara ini tidak mungkin dapat disajikan secara PERCUMA kepada anda semua tanpa kerjasama bersama pihak ELFBAR selaku penaja rasmi Absolut Music Festival 2022. Tidak lupa juga, sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan lagi festival yang bakal berlangsung selama 3 hari ini. Sambil makan dan minum bersama yang tersayang, anda juga boleh menikmati dendangan lagu yang bakal dipersembahkan kepada anda semua.
Semua dijemput hadir! Jumpa anda di Absolut Music Festival by ELFBAR !
Leave a Reply