Promosi “What The Fish!” ini menawarkan letupan pilihan khas makanan laut yang cukup enak sehingga hujung tahun 2022!
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley, Daniel Chan berkata pada majlis pelancaran kempen di Sunway Pyramid:
“Kempen ini menampilkan kekukuhan The Manhattan FISH MARKET: iaitu kejutan hebat dan makanan laut segar . Dua elemen penting ketika kami mara ke hadapan daripada pencapaian di Malaysia selama 20 tahun lepas dengan tujuan mencipta mercu tanda baru. Sementara menikmati menu kegemaran seperti biasa, kami mengingatkan semua bahawa terdapat banyak lagi yang perlu dinikmati selain Fish & Chips klasik. Juadah The Manhattan FISH MARKET juga adalah tentang merasai pelbagai jenis makanan yang menakjubkan dan mengejutkan”
Kempen “What The Fish!” yang berlangsung selama DUA bulan mulai 1 November hingga 31 Disember 2022, merangkumi pendekatan menyeronokkan, berani dan terbaru oleh The Manhattan FISH MARKET.
Turut hadir dalam majlis pelancaran kempen “What The Fish!” adalah Cef Selebriti terkenal, Cef Fazley Yaakob.
Pelanggan dimanjakan dengan LIMA item menu baharu lazat yang akan membuatkan mereka terpikat serta-merta pada makanan laut The Manhattan FISH MARKET.
5 item menu tersebut adalah:
- Boston Lobster Poached Nam Jim Seafood: RM269.90
- Chilean Snow Crab Poached Lemongrass Seafood: RM269.90
- Flaming Bavarian Prawns: RM69.90
- Herb Fromage Prawn Pasta RM33.90
- Ajillo Poached Seafood Bucket RM115.90
Leave a Reply