JONGGA & NONGSHIM FARMER’S HEART IKTIRAF DATUK DR. CEF WAN SEBAGAI DUTA DAN PAKAR KIMCHI

Tahniah Datuk Dr. Cef Wan atas pengiktirafan sebagai Duta dan Pakar pembuat Kimchi!

Image 4 (2)

Pengiktirafan itu diumumkan sewaktu Festival Kimchi Malaysia yang pertama kali seumpamanya diadakan di Malaysia. Festival itu dianjurkan oleh K PLUS Food Market, The Curve, Mutiara Damansara.

IMG20221126130145 (2)

Datuk Dr. Chef Wan dianugerahkan sijil dari Seoul Kimchi Academy setelah menjalani Kursus Pakar Pembuat Kimchi di Seoul, Korea Selatan. Beliau dilantik sebagai Duta Jenama selama 1 tahun bagi mempromosi jenama-jenama ini untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia sambil mengukuhkan peranan Kimchi sebagai makanan sampingan, baik untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Sejak menjadi pakar Kimchi, beliau pulang ke tanah air dan memperkenalkan hidangan ‘fusion’ seperti Mee Goreng Kimchi kepada rakyat Malaysia. Tugas pertama beliau sebagai Duta untuk Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart adalah mengadakan demonstrasi kemahiran pembuatan Kimchi dengan menyediakan Kimchi tradisi, penkek Kimchi dan Mee Goreng Kimchi.

Datuk Dr. Chef Wan berkata,

IMG20221126145616 (2)

“Saya berasa gembira kerana diberi peluang untuk mewakili Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart sebagai Duta Jenama. Ramai orang tidak tahu, Kimchi boleh diintegrasi dengan pelbagai juadah-juadah tempatan dan antarabangsa. Selepas belajar cara pembuatan Kimchi secara profesional, ianya mula mengubah persepsi saya dan saya mula menghargai makanan tradisi Korea secara mendalam. Saya turut bereksperimen dan menggabungkan Kimchi dengan pelbagai juadah. Dengan itu, saya ingin berkongsi minat saya terhadap Kimchi dengan rakyat Malaysia, supaya mereka boleh mengalami Kimchi seperti saya.”

Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart merupakan dua jenama terkenal dari Korea Selatan dan diperkenalkan di Malaysia oleh KMT Jaya Sdn. Bhd., pengedar ekslusif jenama-jenama Korea.

Festival Kimchi ini berlangsung di bahagian luar premis K PLUS Food Market dan dibuka kepada orang ramai dengan menampilkan pelbagai jenis Kimchi, termasuk bahan-bahan pembuatan yang diimport dari Korea. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti permainan tradisional Korea, pertandingan makan makanan Korea dan sebagainya bagi menyambut semangat tradisi pembuatan Kimchi. Turut dianjurkan kelas-kelas masakan oleh chef dari Korea untuk mendidik orang ramai tentang penyediaan Kimchi yang terhad kepada 40 orang peserta, berlangsung pada hari pertama dan terakhir Festival Kimchi.

Pengerusi dan Pengasas KMT Jaya Sdn. Bhd., Datuk Matthew Lee berkata,

IMG20221126143723 (2)

“Ini merupakan waktu yang tepat kepada rakyat Malaysia untuk memanfaatkan Kimchi dalam diet seharian. Kimchi merupakan makanan yang kaya dengan khasiat, mengandungi probiotik dan mampu menguatkan sistem imunisasi seseorang. Jadi, saya syorkan semua orang untuk mencubanya. Tiada yang lebih sesuai dari Datuk Dr. Chef Wan untuk menjadi Duta kepada jenama Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart, yang memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam industri makanan. Kami percaya seluruh rakyat Malaysia boleh menghargai dan menikmati kimchi dengan juadah tempatan melalui duta jenama kami.”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: