Jom kekalkan amalan membaca meskipun era dan teknologi Internet serta digital semakin berkembang moden!
Meskipun terdapat peralihan ke arah penggunaan kandungan digital di era moden, kita tidak seharusnya mengabaikan minat membaca buku yang telah membina pelbagai tamadun dan budaya sejak berabad yang lalu dan akan terus kekal relevan di masa yang akan datang.
Tahukah anda?
Membaca buku telah terbukti memberi manfaat kepada manusia untuk kesihatan fizikal dan mental, meningkatkan kefasihan bahasa dan menambahkan pengetahuan.
Justeru itu, bagi membudayakan pembacaan buku di Malaysia, terutamanya di peringkat akar umbi iaitu peringkat sekolah prasekolah, rendah dan menengah, Yayasan KRU dan Big Bad Wolf Books (BBW) mengumumkan kerjasama bagi menjalankan beberapa siri aktiviti di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat BBW iaitu ‘Red Readerhood’ pada tahun 2023.
Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden Yayasan KRU:
“Pihak kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan BBW dan terlibat sama dalam program Red Readerhood kerana ia sejajar dengan misi kami untuk mempromosikan kreativiti melalui platform digital. Pihak kami juga merancang untuk menganjurkan pertandingan membaca buku secara maya sebagai acara tahunan di peringkat negeri menuju ke acara kemuncak majlis anugerah peringkat kebangsaan yang akan dianjurkan secara fizikal pada bulan Disember 2023.”
Manakala menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Big Bad Wolf Books, Jacqueline Ng:
“Misi kami sentiasa konsisten sejak hari pertama kami memulakan perniagaan – ‘Change the World, One Book at a Time’ dengan menjadikan buku mudah untuk diakses dan mampu dimiliki orang ramai sambil menyokong kepentingan memupuk tabiat membaca, meningkatkan kefasihan dalam Bahasa Inggeris dan berusaha ke arah membina generasi pembaca baharu. Pihak kami amat percaya bahawa buku boleh mengubah kehidupan – ia boleh memberi inspirasi kepada kita untuk bercita-cita tinggi dan memperkasakan diri dengan pengetahuan untuk merealisasikannya. Pihak kami amat berbesar hati kerana Yayasan KRU telah bersetuju untuk bergabung dengan pihak kami untuk menjadikan program “Red Readership” lebih berkesan mulai tahun 2023″
Program Red Readerhood 2023 merangkumi pelbagai inisitiaf termasuk pertandingan membaca buku anjuran Yayasan KRU, penyertaan ikon media dan pempengaruh untuk mempromosikan program tersebut, serta sumbangan buku oleh BBW kepada sekolah-sekolah terpilih.
Yayasan KRU dan BBW sangat mengalu-alukan penyertaan organisasi dan individu-individu untuk menyertai program Red Readerhood.
Sila e-mel redreaderhood@yayasankru.org untuk maklumat lanjut.
Tentang Red Readerhood
Red Readerhood ialah sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Big Bad Wolf Books yang ditubuhkan untuk menyumbang kepada komuniti tempatan melalui sumbangan buku.
BBW berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa setiap insan di dunia ini berhak untuk membaca dan belajar, tanpa mengira status mereka. Dengan membaca kita dapat meningkatkan kefasihan dalam Bahasa Inggeris dan menimba ilmu mengenai dunia kerana buku adalah untuk semua.
Tentang Yayasan KRU
Yayasan KRU telah ditubuhkan pada 27hb September 2017 untuk menyokong belia daripada keluarga B40 menyertai program
pendidikan tinggi berasaskan kemahiran yang berkaitan dengan Industri Kreatif dan Keusahawanan Digital. Pada 28 Disember 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah meluluskan permohonan Yayasan KRU untuk memberikan potongan cukai kepada penderma di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Sub-Seksyen 44(6).
Sejak penubuhannya, Yayasan KRU telah berjaya bekerjasama dengan lebih 10 universiti awam dan swasta, menaja beberapa ratus pelajar, dan mendapat penglibatan ribuan peserta melalui program yang diberi nama “Kita Jaga Kita”, “Contentpreneur” dan “Kreatif X-Press”.
Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan KRU, sila layari www.yayasankru.org atau hubungi : Hafeez bin Hashim
Pengurus Besar di: hafeez.hashim@yayasankru.org | Telefon: 012 355 7675
Untuk maklumat lanjut tentang Buku Big Bad Wolf, sila layari www.bigbadwolfbooks.com
Leave a Reply