Bakal diadakan pada 13 hingga 15 Januari 2023 di Pusat Pameran Midvalley Kuala Lumpur dan akan menampilkan lebih daripada 300 vendor makanan serta minuman. Konvensyen F&B tahun depan juga dijangka akan menarik minat lebih daripada 120,000 pengunjung.
Sempena meraikan penyertaan julung kali sebagai rakan kongsi utama Tastefully, Signature Market akan menawarkan produk, barangan dan hadiah eksklusif edisi terhad. Perkongsian ini adalah sebahagian daripada usaha jenama itu untuk meningkatkan lagi kehadirannya di pasaran dan dalam talian di Malaysia, berhubung dengan pelanggan setianya dan mempromosi kelazatan snek berkhasiat dan produk kesihatan holistik kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
Sempena ekspo itu juga, Signature Market telah melancarkan Signature Market x Tastefully Blooming Prosperity Gift Box yang merangkumi produk bernilai RM60, tetapi akan dijual pada orang ramai pada harga RM9.88 sahaja.
Set eksklusif itu hanya boleh dibeli melalui laman sesawang jenama itu dengan pengambilan sendiri di kaunter penebusan sewaktu di ekspo tersebut. Signature Market akan menyediakan TIGA gerai di Tastefully Expo, gerai utama di dewan utama dan dua gerai lagi di dewan bersebelahan. Para pengunjung akan berpeluang untuk melihat dan membeli produk Signature Market di setiap gerainya.
Selain set eksklusif itu, pengunjung juga akan mendapat beg cenderahati Signature Market apabila mendaftar kehadiran mereka di kaunter penebusan ekspo. Mereka juga berpeluang mengambil bahagian dalam dua cabutan bertuah dan aktiviti pentas lain yang dianjurkan oleh Tastefully, bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang, manakala aktiviti pentas Signature Market akan bermula dari 1.30 petang hingga 2 petang dan 7.30 malam hingga 8 malam. Dengan perbelanjaan minimum RM100, pengunjung berpeluang untuk menyertai peraduan Teka dan Menang Signature Market yang dijalankan setiap hari dengan jumlah tawaran hadiah sehingga RM 388,000 yang akan diberikan kepada 20 pemenang setiap hari. (Lampiran 1).
Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube atau laman sesawang.
Produk-produk di dalam Signature Market x Tastefully Blooming Prosperity Gift Box-(RM9.88)-Harga asal RM60
- Low Carb Mix (140g)
- Premium Caramel Popcorn (150g)
- Dark Chocolate Chip Butter Cookies (Gluten Free) (180g)
- Tastefully Tote Bag
- T&Cs:
- Hanya boleh dibeli melalui laman sesawang Signature Market
- Pelanggan perlu mengambil kotak pembelian di kaunter penebusan sewaktu ekspo berlangsung
- Terhad untuk seorang sahaja
Pertandingan Teka & Menang
- Tempoh pertandingan: Sepanjang hari
- (20 pemenang/hari)Time: All Day
- Perlu meneka berapa banyak produk Signature Market dalam kotak
- Imbas kod QR untuk menjawab soalan
- Pemenang yang meneka dengan betuk akan menerima:
- Leaping Luck CNY Gift Box (worth RM75)
- Classic Nut Mix Mini Pack (50g)
- Dried Cranberries Mini Pack (50g)
- Low Carb Mix Mini Pack (50g)
- Omega-3 Trail Mix Mini Pack (50g)
- Thai Dried Guava Mini Pack (50g)
- Thai Dried Mango Mini Pack (50g)
Untuk mendapatkan goodie bag, anda perlu berdaftar di kaunter penebusan dan akan menerima satu beg Tastefully secara percuma yang mengandungi produk-produk peniaga-peniaga yang terlibat dalam ekspo dan Signature Market seperti;
- Omega-3 Trail Mix (25g) / Low Carb Mix (25g) / Classic Nut Mix (25g) [pilihan secara rawak]
- baucer 20% diskaun untuk pembelian di signaturemarket.co
- Beli 1 Percuma 1 baucer di See Cafe
Hadiah dengan pembelian:
- Buat pembelian minima RM300 di Ekspo Tastefully Food untuk mencabut satu angpaw dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan hadiah bernilai sehingga RM38,888
Lucky Draw
⦁Buat pembelian minima RM100 di Ekspo Tastefully Food dan anda berpeluang menjadi salah seorang peserta lucky draw memenangi hadiah berupa:
⦁ Plant Origins Aromatherapy Diffuser (550ml) dengan Remote bernilai RM180
⦁ Multiflora Raw Honey (560g) bernilai RM49.90
Leave a Reply