Sebagai meraikan perlantikan Duta Jenama buat pertama kalinya oleh BCF ini, satu majlis “Ambassador Signing Ceremony” telah diadakan di White Sand Cafe Empire Damansara pada 12 Januari 2023 lalu.

Majlis yang cukup sederhana tetapi meriah ini bukan sahaja dihadiri oleh agen serta reseller malah wakil media serta penulis blog turut diundang sama bagi mewar-warkan perlantikan Ummi Nazeera sebagai duta terbaharu jenama BCF.
Menurut Puan Che Nurul Hafizah, Pengasas BCF, pemilihan Ummi Nazeera sebagai Duta adalah disebabkan personaliti figura ini yang sememangnya menepati konsep jenama BCF iaitu bersahaja, bersederhana, merendah diri, autentik dan mematuhi syariah.

Dengan perlantikan Ummi Nazeera sebagai Duta, BCF telahpun merangka perancangan pemasaran dengan mengadakan pelbagai kempen bagi memperkenalkan jenama tudung BCF kepada semua peringkat lapisan masyarakat.

Antara kempen yang bakal dilaksanakan pada masa terdekat adalah kempen ‘Buat Duit Raya Bersama BCF‘. Kempen ini memfokuskan kepada pendedahan bagi komuniti Reseller BCF untuk menarik lebih ramai wanita mendapatkan tudung BCF. Selain itu menerusi kempen ini juga diharapkan lebih ramai wanita di luar sana daripada perlbagai peringkat umur merebut peluang menjana pendapatan bersama jenama BCF.
Ummi Nazeera Bergaya Dengan Koleksi Tudung By Chefiza (BCF)

Untuk makluman semua, Ummi Nazeera telah mengenakan koleksi tudung BCF di sepanjang penggambaran drama terbarunya yang bakal ditayangkan di sepanjang bulan ramadhan nanti. Ini juga adalah salah satu usaha promosi duta dalam memperkenalkan koleksi tudung BCF yang sememangnya cukup praktikal dan selesa dipakai malah mudah digayakan.
Perancangan Pemasaran
Selain itu beberapa aktiviti pemasaran sedang giat dirancangkan antaranya menggunakan strategi ‘Go to Market’ yang bukan sahaja membuat penjualan melalui atas talian bahkan ke pasaran fizikal seperti pembukaan booth di pasar malam dan sebagainya. Ini adalah salah satu strategi yang efektif bagi mendekatkan lagi dengan pegguna serta bakal pengguna jenama tudung By Chefiza.
Sepanjang tahun 2023 jug, jenama BCF akan menyertai program-program di televisyen dan ‘Award dinner’ bakal diadakan pada awal Febuari tahun ini.
Pengenalan kepada Produk dan Jenama By Chefiza (BCF)

Ia diasaskan oleh Che Nurul Hafizah Che Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Puan Chefiza dan suaminya Muhammad Fikri Abdul Razak, sebagai selaku pengasas bersama.
By Chefiza adalah jenama dibawah syarikat By Chefiza Sdn Bhd, yang diperkenalkan pada 14 Jun 2019. Jenama ini mempunyai kilang sendiri di Pengkalan Chepa Kelantan dan mempunyai 60 tukang jahit bagi memenuhi permintaan stok bagi hampir 11,000 ejen di seluruh Malaysia.
Semua produk dibawah jenama By Chefiza akan menjalani penyelidikan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan kepada orang ramai. Pemilihan material terbaik dan berkualiti, rekaan kemas dan rapi antara kunci utama penghasilan produk dibawah jenama ini.
Produk terawal By Chefiza pernah viral suatu masa dahulu iaitu ‘Snowcap Berhantu’ dengan hanya modal yang sederhana tetapi berjaya terjual lebih dari 1 000,0000 helai. Kejayaan penjualan produk ini adalah penanda aras impian jenama By Chefiza untuk melebarkan lagi sayapnya dengan memperkenalkan produk-produk muslimah yang bukan sahaja berkualiti bahkan mampu milik.
Antara produk By Chefiza (BCF) adalah seperti:-

Tudung
- The Souk Classic
- The Souk Premium
- The Souk Luxe
- The Souk Primadona
- The Souk Modish
- The Souk Harameen
- The Souk Printed
- Bawal Souk Lofty
- Mini Souk
- Shawl Souk

Stokin
- Soukin Straight Cut
- Soukin V-Toe Cut
Handsoc
- Handsouk

Inner neck
- Inner Neatneck
- Inner Neattie
Snowcap
- Snowcap Kid
- Snowcap Dewasa
Biarpun jenama BCF ini mempunyai butik, namun kaedah utama yang digunakan oleh jenama ini adalah 99% reseller. Ini bagi memudahkan pelanggan dari seluruh Malaysia tidak kira di mana sahaja boleh mendapatkan koleksi ini dari agen dan reseller bertauliah yang dilantik.
Semoga dengan pelantikan Ummi Nazeera sebagai Duta Jenama By Chefiza dapat membantu lagi memperkenalkan lagi jenama ini bukan sahaja di Malaysia bahkan ke seluruh Asia Tenggara.
Leave a Reply