ERGOWORKS UNTUK PENGURUSAN KESIHATAN TULANG BELAKANG & POSTUR YANG LEBIH BAIK

Ditubuhkan pada tahun 2005 di Singapura, Ergoworks sentiasa berusaha ke arah mengubah dan menerajui industri ergonomik holistik dan profesional.

Sejak penubuhannya, Ergoworkstelah diiktiraf sebagai salah satu daripada 500 PKS Berpotensi Terbaik di Singapura. Berazam untuk mengembangkan portfolionya dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan sokongan lumbar dan penjagaan postur, kedai flagship Ergoworks yang buat PERTAMA kalinya dilancarkan ini akan berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti yang menyediakan penyelesaian holistik kesihatan ergonomik dan postur bagi semua peringkat usia dengan produk dan perkhidmatan yang tiada tolok bandingannya.

“Kami gembira kerana dapat mengembangkan operasi kami ke pasaran Malaysia. Di Ergoworks, kami yakin dalam menyediakan sebuah syurga untuk para eksekutif dan pemilik rumah menjaga kesihatan tulang belakang dan postur mereka, dan kami berazam untuk menyediakan sebuah pusat sehenti penyelesaian holistik kesihatan ergonomik dan postur kepada rakyat Malaysia, yang boleh didapati mengikut keselesaan mereka sendiri. Dengan kehadiran Ergoworks di Malaysia, kami berhasrat untuk membuka jalan ke arah sokongan lumbar, kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur yang optimum di samping memperjuangkan keselesaan dalam melakukan aktiviti harian menerusi sains,” ujar Pengasas Ergoworks, Joseph Tan.

Sebagai jenama ergonomik terkemuka dan terawal di Asia, Ergoworks menawarkan rangkaian luas keperluan dan produk ergonomik yang menggalakkan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur lebih baik secara keseluruhannya. Yang mana kesemuanya telah mendapat pengiktirafan dan disyorkan secara profesional oleh Persatuan Kiropraktik (Singapura) dan Persatuan Fisioterapi Singapura. Menerusi produknya, Ergoworks menyasarkan untuk membantu semua rakyat Malaysia mempunyai pengalaman yang lebih sihat dan selesa dalam melakukan aktiviti seharian mereka.

Bagi meraikan pelancaran kedai flagship pertama mereka, Ergoworks telah menganjurkan majlis perasmian besar-besaran yang dihadiri oleh, Joseph Tan, Pengasas Ergoworks bersama tetamu kehormat, Rennie Pan, pengasas bersama Ergoworks dan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh.

Wakil media semasa dan digital dan pemimpin pendapat utama (KOL) terpilih juga dijemput ke majlis pelancaran tersebut bagi menjadi antara yang pertama melihat secara eksklusif produk terkini Ergoworks dan berpeluang melawat kedai baharu itu bersama-sama pengasas Ergoworks, Joseph Tan bagi mempelajari lebih lanjut mengenai jenama itu.

Dengan beberapa produk baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk datang sendiri ke Ergoworks di Pavilion Bukit Jalil atau IOI City Mall dan serahkan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur anda kepada mereka yang pakar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ergoworks dan pelbagai produk yang ditawarkan, sila kunjungi laman sesawang di https://ergoworks.com.my.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: