PESTA CITARASA SAMBAL BAKAL PAMER 100 JENIS SAMBAL

Pesta Citarasa Sambal atau “Taste of Sambal Fiesta” (TOSFE) diadakan hasil kerjasama Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD) dan KL Gateway Mall.

Lebih daripada 100 jenis sambal akan ditawarkan kepada pecinta-pecinta sambal oleh usahawan-usahawan sambal yang akan menawarkan pelbagai produk mereka yang berasaskan sambal.

Selain sambal tempatan sebagai pempamer utama, mereka yang hadir ke TOSFE ini juga berpeluang merasai sambal keluaran negara Asia lain seperti Indonesia, Korea, Vietnam, Pakistan serta Thailand.

“Malaysia sangat terkenal dan kaya dengan kepelbagaian makanan. Antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah Sambal Belacan, sambal yang wajib menjadi Hero Menu di setiap hidangan di rumah mahupun di restoran-restoran di Malaysia. Memang tak boleh lari orang kata dari sambal ni kalau dah orang Malaysia, tidak kira sebagai sambal dalam masakan ataupun pencicah” kata Azmi Jaffry, Pengerusi PSWAD.

Maka, PSWAD bersama-sama rakan strategik mengambil inisiatif mengadakan satu fiesta atau Pesta Sambal, secara tak langsung TOSFE menjadi satu platform yang mempromosikan sambal sebagai salah satu tarikan produk pelancongan makanan dan juga platform memperkenalkan sambal-sambal Malaysia terutama sambal-sambal eksotik yang jarang dijumpai kepada masyarakat terutamanya golongan muda supaya ia tidak hilang ditelan zaman.

Antara rakan-rakan strategik yang akan bersama-sama adalah Sambal Mak Jenny, KL Gateway Mall, Product Ayu Damit Usahawan Cili, Seniman, PGDM, Chicken Royale, My Pentas, Benang Emas Bridal House, Sambal Mak Esah-Sharifah Shahirah dan Wan Det sebagai Penaja Streaming.

Sambal yang diiktiraf sebagai Sambal Warisan oleh Jabatan Warisan Negara bakal menjadi teraju utama di TOSFE antaranya Sambal Tumis, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Sambal Rong, Sambal Biji Getah, Sambal Hitam Ikan Bilis dan Sambal Taun.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan turut diadakan adalah Demo Masakan Sambal oleh Cef Selebriti, pertandingan makan sambal, pertandingan fesyen tradisional, cabutan bertuah, Award Menu Inovasi Sambal, Pertandingan Sambal Tik Tok, persembahan artis dan busking. Selain itu, bengkel-bengkel memperkasa usahawan sambal PKS seperti “Seminar Penjenamaan dan Media”, “Bengkel Digital Media”, sharing session bersama Ikon Sambal, peluang jaringan perniagaan di dalam dan luar negara juga akan diadakan di TOSFE.

Pihak PSWAD mengalu-alukan lebih ramai pihak swasta dan agensi kerajaan untuk turut sama menyertai dan memeriahkan TOSFE.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: