
Kamya Fest telah diadakan pada 10 hingga 12 Februari lalu di Parkir A & B, Stadium Nasional Bukit Jalil merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman, fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga.

“Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 sehingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada. Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” kata Erna Elliyana (kiri), Pengasas Kamya sewaktu majlis pelancaran Kamya Fest dan produk terkini Kamya iaitu sabun kecantikan Kamya Soap.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh beliau sendiri bersama-sama barisan selebriti popular antaranya Shuib Sepahtu, Datin Alyah, Kak V, Eja, Ayie Floor 88, Dolla, Ameer Fourteen dan pendandan rambut terkenal Chez Hamdan.
Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, mengambil bahagian sebagai daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan.
Antaranya, Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol, Syura Badron, Nadia Brian dan ramai lagi.
KAMYA – KAMYA SOAP

Keluaran produk terbaharu Kamya, Kamya Soap mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu masalah kulit seperti Niacinamide, Glutathione, Arbuthnott, Vitamin, Aloe Vera, Madu dan Titanium.
Kamya Soap turut membekalkan pelbagai kebaikan kepada pengguna dari pelbagai jenis kulit seperti sensitif, kering, berminyak dan kombinasi.
Antara kelebihan Kamya Soap adalah:
- Dapat membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit
- Mengurangkan kemerahan dan kerengsaan
- Menanggalkan sel kulit mati
- Memperbaiki tekstur kulit
- Mengurangkan liang pori tersumbat
- Mencegah pertumbuhan jerawat
- Menyokong struktur kulit
- Memberikan penampilan yang lembut dan tampak lebih muda
Pengasas Kamya
Erna Elliyana Rosli, lahir pada 10 Ogos 1988 dan ibu kepada 4 orang cahaya mata memulakan jenama Kamya pada 2021. Objektif jenama ini sinonim dengan kualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya.
Kamya terus melakar kejayaan sehingga dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health and Beauty dalam sebuah acara yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 Februari 2022.
Promosi jualan produk juga diperluaskan dengan gabungan bersama Astro Go Shop. Dengan rezeki ilahi, Puan Erna telah diiktiraf anugerah Nona Superwoman 2022, kategori Nona Beauty and Health Business Award baru-baru ini.
Kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat dan penanda aras kemajuan buat Puan Erna dan Kamya.
Kejayaan ini turut terhasil kerana adanya team yang efisyen, tidak berkira masa, sentiasa membaiki diri dan berwibawa demi peningkatan Kamya Glow sebagai produk yang dapat membantu meningkatkan kesihatan dan imunisasi badan individu.
KAMYA – CANTIK ITU KAMU

KAMYA merupakan jenama di bawah naungan AlphaNeyaga Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Alphacapital (M) Berhad telah memulakan pengembaraan bersama pengasasnya, Erna Elliyana sejak 2020.
Bersama penjenamaan KAMYA, Erna membawa pengguna untuk menjelajah dengan beberapa rangkaian produk yang terdiri daripada makanan tambahan atau suplemen untuk tujuan kecantikan dan juga produk kosmetik.
Di awal pembabitan, KAMYA hadir dengan Kamya Glow iaitu minuman kesihatan yang direka khas untuk kecantikan dan kesihatan kulit dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.
Kamya Glow dilengkapi buah Delima, Epal, Strawberi dan Camu Camu, diperkaya dengan antioksidan Astaxanthin, Cerepron-F serta serta Kolagen Marin.
Suplemen ini, dihasilkan dalam kemasan sachet supaya mudah diminum dan di simpan serta boleh diambil pada bila-bila masa dan di mana jua.
Kelahiran Kamya Glow terdorong daripada minat Erna Elliyana sendiri yang telah mengamalkan pengambilan suplemen kecantikan sejak sekian lama.
Oleh kerana itu, beliau percaya dan yakin akan mampu mencipta serta membangun suplemen kecantikan di bawah naungannya sendiri.
Minuman botani Kamya Glow diperkaya dengan Cerepron-F dan Vitamin-C yang membantu mencerahkan kulit anda dan meningkatkan sistem imunisasi.
Bukan sahaja penjagaan dari dalam, KAMYA turut mengorak langkah dengan memperkenalkan koleksi pewarna bibir KAMYA X Bobo Cinta yang terdiri daripada Lipmatte, Lipgloss dan Lipbalm.
Lipmatte KAMYA hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Nude, Purple dan Orange yang mengandungi bahan terbaik untuk kesihatan bibir seperti minyak avokado, minyak badam, Vitamin E dan SPF 20 sebagai pelindung cahaya matahari.
Manakala Lipgloss KAMYA juga diperbuat daripada minyak avocado, vitamin E dan minyak badam sesuai untuk disempurnakan pada bibir wanita bagi melahirkan keyakinan yang lebih mempesona.
Sementara Lipbalm KAMYA, dihadirkan bukan sahaja untuk golongan wanita, malahan juga kaum Adam yang sekali gus membuktikan bahawa produk keluaran KAMYA sesuai untuk lelaki dan wanita.
KAMYA – KAMYA & CHEZKAMYA
Di bawah penjenamaan Kamya juga, lahirnya beberapa lagi produk suplemen untuk tujuan kecantikan dan kesihatan dalam bentuk tablet atau mudah dikunyah iaitu Sugeheir, Cleaskyn dan Whiteze.
SUGEHEIR diperkaya dengan Vitamin C, D Biotin, Vitamin E, Vitamin B12, Folic Acid Vitamin D3 dan Vitamin A.
Suplemen ini dikhususkan untuk kesihatan rambut secara keseluruhan dan telah diperkenalkan sempena pembukaan salun rambut ChezKamya Professional. Pengambilan Sugeheir secara konsisten dipercayai dapat menambah baik kesihatan rambut bermula dari akar dan merupakan bahan penting untuk pertumbuhan serta pembaikan tisu rambut.
Selain itu juga, produk dalam bentuk pil ini juga akan membantu bagi merangsang pertumbuhan rambut lama dan juga baru. Khasiat yang ada di dalamnya, akan membuatkan rambut jadi bersinar dan mengelakkan pertumbuhan uban pada usia muda. Benar, produk ini adalah jawapan bagi membantu peredaran darah pada kulit kepala yang sekali gus dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala.
Sementara Cleaskyn, produk dalam bentuk tablet yang dikhususkan untuk penjagaan tubuh badan sama ada dalaman mahupun luaran, Cleaskyn mengandungi khasiat terbaik antaranya Vitamin A, Selenium, Chromium, Zink, Nicotinic Acid, Pathothenic Acid, Pyridoxine dan Ascorbic Acid (Vitamin C). Ia membantu mengekalkan kesihatan kulit dan membantu dalam penghasilan tenaga dan pembentukan tisu.
Sebagai agen antioksidan, pengambilan produk ini dipercayai akan dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam badan selain mengurangkan kedutan, menstabilkan tekanan darah dan membantu mengurangkan kesan penuaan.
Satu lagi produk dari Kamya ialah Whiteze yang mengandungi 3 khasiat utama iaitu Ascorbic Acid, L Glutathione dan buah tomato. Dengan mengamalkannya, ia akan dapat mengekalkan kulit sihat, melembabkan kulit, mengurangkan masalah jerawat dan membantu mencantikkan kulit.
Sifatnya yang antioksidan dan berupaya menjadi sebagai agen anti-penuaan, juga dipercayai dapat mempercepatkan penyembuh luka, mengurangkan kesan-kesan penuaan dan menstabilkan tekanan darah.
Produk ini juga membantu pembentukan kolagen bagi kulit selain membantu sistem badan untuk meningkatkan metabolisme serta penyerapan nutrisi serta baik untuk kesihatan jantung.
KAMYA – MISI, VISI & KUALITI
Misi Kamya adalah untuk menjadi penyedia makanan tambahan yang halal serta pengeluar jenama kecantikan yang terkemuka dan diiktiraf di seluruh dunia.
Manakala visi, Kamya ialah untuk membangunkan dan mengeluarkan suplemen berkualiti tinggi yang mampu memberi manfaat kepada setiap kehidupan manusia supaya menjadi lebih sihat dan terpelihara.
Dasar kualiti standart Kamya adalah untuk menyediakan suplemen pemakanan berkualiti tinggi dengan menggabungkan inovasi termaju ke dalam penciptaan setiap produk menjadikannya berkesan, berdaya saing dan berfaedah dari segi sosial.
Agar estetika dan kesejahteraan peribadi berjalan seiring, Kamya mahu diiktiraf sebagai jenama yang menyokong kelestarian untuk mencapai keseimbangan ideal antara kedua-duanya.
Leave a Reply