COSRY TAMPIL DENGAN KOLEKSI FESYEN RAYA READY-TO-WEAR 2023

Majlis pelancaran memperkenalkan koleksi busana tekstil terkenal bertaraf antara bangsa dan penjenamaan baharu COSRY telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Sri Hajah Nancy Shukri pada 25 Februari 2023.

Dalam ucapannya semasa di majlis tersebut, beliau berkata, kementeriannya sentiasa menyokong apa jua program yang bertujuan memartabatkan kaum wanita di negara ini termasuklah bidang keusahawanan tekstil.
Tambahnya, penjenamaan semula COSRY yang melibatkan konsep baru ‘Ready-To-Wear’ amat sesuai dengan perubahan ‘trend’ kehidupan masa kini yang memerlukan pergerakan serba pantas.

Datuk Sri Hajah Nancy turut menyentuh tentang elemen warisan rekaan COSRY dengan menyatakan bahawa ia inisiatif murni pasukan kerja COSRY untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam mengangkat nilai warisan seni dan budaya negara.

Majlis pelancaran dan penjenamaan baharu itu turut dihadiri oleh Pengarah dan rakan kongsi Butik COSRY, Datin Philomena Simeon, Pengasas Butik COSRY, Ariff Quasry Md Nor, Presiden ANNEMS LEADERSHIP, Datuk Faridah Hanim Aheron, Ketua Pegawai Eksekutif ANNEMS LEADERSHIP, Tuan Hanif Zaki,, Pengasas Chemilan Malaysia, Nasyrah Zainuddin, artis dan selebriti terkenal tanah air.

Koleksi raya COSRY Limited Edition

Satu pertunjukan fesyen telah diadakan dalam majlis pelancaran itu yang memperlihatkan busana raya COSRY yang terdiri daripada koleksi Ready To Wear dan Limited Edition.

Koleksi Ready To Wear ini adalah koleksi pakaian yang tersedia sepanjang masa yang disasarkan kepada golongan muda terutamanya.

Ia juga sesuai digayakan dalam apa jua majlis serta keraian.

“Untuk penjenaam semula ini, setiap rekaan adalah ilham dan sentuhan saya sendiri sepenuhnya tanpa ada lagi koleksi Putra. Bukan melupakan ‘magis’ Putra tetapi barangkali ia adalah penyebab untuk COSRY mengkaji semula pasaran dan cita rasa peminat fesyen,” kata Pengasas Butik COSRY, Ariff Quasry Md Nor.

Ariff menambah, COSRY akan keluar dengan rekaan baru yang ‘lebih kelihatan muda’ tanpa menumpukan semata-mata kepada golongan VIP dan atasan.

“Jika sebelum ini juga, rekaan COSRY lebih bersifat ‘mature’ tetapi untuk ‘babak baru’ ini, COSRY perlu mendekati dan mencari pelanggan baru yang berusia 25 tahun ke 35 tahun kerana mereka inilah yang akan menyemarakkan lagi industri fesyen tanah air. Dalam pada itu, COSRY masih terus bermain dengan elemen lace dan kebaya eksklusif kerana itu adalah DNA asal penubuhan COSRY yang begitu terkenal di kalangan pelanggan kami tetapi kini dengan cara dan ‘style’ saya sendiri.

Impian saya mahu melihat COSRY digayakan oleh seluruh lapisan masyarakat. Kami turut memperkenalkan rekaan ‘plus size’ dan tidak lagi hanya untuk mereka yang berukuran ‘pinggang secekak’,” katanya lagi.

Tambah Ariff, sebagai Pengarah Kreatif, kini segala keputusan berkaitan pemilihan kain, ‘material, warna dan rekaan akan ditentukannya.

“Pereka fesyen COSRY perlu merujuk kepada saya terlebih dulu dalam pemilihan material, rekaan dan sebagainya. Untuk koleksi Hari Raya yang diperagakan hari ini, terdapat 3O koleksi khusus untuk digayakan pada Aidilfitri ini.

Tema warna musim perayaan ini menjurus kepada warna pastel tanpa mengabaikan terus ‘warna-warna garang’ seperti ‘shocking pink’. Warna-warna garang masih diselitkan dalam rekaan ini kerana ada peminatnya,”

Dalam masa pelancaran itu juga, COSRY telah memperkenalkan laman sesawang iaitu www.cosry.com.

Datuk Sri Hajah Nancy kemudiannya telah dibawa melawat ke Pop-up stor COSRY yang terletak di Aras 2, Shoppes di Four Seasons Place, Jalan Ampang.

Beliau memuji hasrat COSRY untuk meneruskan Program Jahitan Manik Ibu Tunggal B40 yang berpotensi menjana pendapatan golongan itu sehingga mencecah RM5,000 hingga RM8,000 sebulan kerana ia seiring dengan sasaran KPWKM yang mahu meningkatkan penglibatan wanita secara produktif dalam bidang keusahawanan dan pasaran kerja.

Antara komitmen KPWKM ialah menerusi Program Keusahawanan Bangkit KPWKM anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN) baru-baru ini yang telah dilaksanakan di beberapa tempat di Sarawak.

Datuk Sri Hajah Nancy yakin usaha COSRY ini akan menjadi inspirasi kepada wanita di negara ini bukan sahaja untuk berkarya dalam bidang fesyen dan tekstil, malah memperbaiki taraf kehidupan yang lebih berpandangan jauh dan sempurna.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: