Dengan hidangan lebih daripada 100 aneka juadah berbuka puasa, pastinya menjadikan “The Grand Campbell Hotel” pilihan penggemar warga kota untuk menikmati juadah berbuka puasa pada harga yang berpatutan.

Harga pakej:
- RM78 untuk dewasa
- RM55 kanak-kanak

Dan,

yang paling menariknya, sepanjang bulan Ramadan ini, selebriti terkenal Cef Dee atau lebih dikenali dengan watak “Dee Jangan Ketawa” akan menghiburkan pengunjung sambil menikmati juadah berbuka di hotel.

Menginap + Sahur

Selain menikmati juadah berbuka puasa, pengunjung juga boleh menginap di “The Grand Campbell Hotel” sepanjang bulan Ramadan dengan Harga Promosi dari RM150.00 semalam untuk Bilik Superior (termasuk Sahur untuk 2 orang), sehingga RM300.00 semalam untuk Bilik Superior (termasuk Sahur dan Buffet Ramadan untuk 2 orang).
“The Grand Campbell Hotel” juga menyediakan Pakej Perkahwinan untuk bakal pengantin dengan kapasiti Dewan Utama yang boleh memuatkan 500 orang dalam satu masa, semestinya menjadi pilihan bakal-bakal pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka.
“The Grand Campbell Hotel” juga menawarkan sebanyak 153 buah bilik iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe, dan Bilik Eksekutif selain tiga bilik Seminar dan satu ruang majlis tertutup yang boleh memuatkan 100 orang. Di samping itu, hotel ini bakal memperkenalkan ruang majlis terbuka (open event space) yang boleh memuatkan sehingga 4,000 orang di Tingkat Empat, Kompleks Campbell.
Kedudukan lokasi hotel yang strategik di mana ia berhampiran dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Sogo menjadikan hotel ini tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan.
Sebarang maklumat lanjut mengenai siaran media ini boleh terus hubungi:
- Pn. Fadzlina Fadzilah di talian 012-497 1600 / 018-976 7177
- emel ke: sales@thegrandcampbellhotel.com
Leave a Reply