Sajian Ramadan ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Citarasa Serantau’ oleh rangkaian hotel Hilton di Malaysia yang diinspirasikan oleh keunikan budaya dan warisan kulinari turun-temurun lanya.

Tema ‘Citarasa Serantau’ mengajak semua pakar makanan merasai citarasa yang menjadi warisan budaya negeri-negeri di Malaysia malah juga dari negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Semua hidangan ‘Citarasa Serantau’ ini boleh didapati di Paya Serai yang merupakan ikon hotel di mana lebih daripada 10 gerai akan menawarkan aneka juadah yang menarik.

Menu bufet di sini akan ditukar setiap minggu bagi memberi citarasa berlainan pada pelanggan yang berbuka puasa di hotel ini.

Antara sajian yang menjadi tumpuan pastinya Sup Gear Box, Kambing Golek bersama Nasi Mandy, Ayam Guling Panggang Berempah dengan Nasi Briyani, Rusuk Lembu Direneh dengan Assam Pedas, Gulai kawah Daging dengan Umbut Pisang.

Menu lain lagi adalah Ikan Sembilang Salai Masak Lemak Cili Padi, Daging Bakar dengan Air Assam Utara, Ikan Merah Seekor Bakar Sambal Petai, Sup Ketam Nipah dengan Lada Hitam, Bubur Lambuk Special dengan Ekor Lembu dan Nasi Kandar Lauk Kawah Berlima.

Kesemua sajian di atas memang menjadi tumpuan ramai sepanjang bulan Ramadan kerana rasanya yang enak mengimbau kembali nostalgia lama.

“Ramadan adalah masa untuk menginsafi diri, membuat perubahan dan masa bersama-sama dengan yang tersayang. Hotel kami sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan Ramadan tahun ini dan kami berbangga dapat menyediakan pengalaman berbuka puasa bersama-sama dengan pelanggan. Jadi, kami galakkan orang ramai berbuka puasa bersama kami tahun ini”, kata Craig Bonor, Pengurus Besar Hilton Petaling Jaya.

Bagi yang ingin kelainan sewaktu berbuka puasa, Genji menawarkan Bento istimewa pada harga RM399 untuk 2 yang termasuk kuih-kuih Melayu, Ebi Furai, Unagi Kabayaki, Wagyu Enoki Aspara Roll Teri, Yasai Itame, Salmon Potato Roll, Serunding Uramaki dan Oso Maki. Selain itu, satu set bento lagi meliputi kuih-kuih Melayu, Prawn Teppanyaki, Cod Teppanyaki, Wagyu Enoki Aspara Roll Tepp, Assorted Mushrooms, Scallop Teppanyaki dan Chicken Teppanyaki.
Bagi pelanggan yang membuat tempahan di Paya Serai Private Rooms boleh menikmati menu istimewa Set Talam yang dihasilkan oleh Cef Ridzuan Malek, Cef Eksekutif Hilton PJ pada harga RM268 bersih untuk orang dewasa dan RM138 bersih untuk kanak-kanak.

Set Talam ini terdiri daripada 6 jenis pembuka selera, 8 menu utama dan pemanis mulut. Pelanggan boleh menikmati Kambing Bakar Special Bersama Sos Lada Hitam, Satay Ayam dan Daging, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Siput Sedut Masak Pedas ,Udang Masak Mentega, Slipper Lobster Rendang dan banyak lagi.

Sajian Ramadan di Hujung Kampung:
- Tempoh sajian: 23 Mac hingga 21 April 2023
- Harga promosi 30% diskaun untuk tempahan awal melalui eatdrinkhilton.com pada tarikh 23-27 Mac serta 17-21 April
- Harga:
- RM198 bersih-Dewasa
- RM98 bersih-Kanak-kanak
- Tempahan melalui talian +603 7955 9122, email PETHI_FB@hilton.com atau layari http://www.eatdrinkhilton.com
Leave a Reply