HILTON KUALA LUMPUR TAWAR ‘BUFET BAZAR RAMADAN’ SEPANJANG BULAN PUASA

Bufet Bazar Ramadan ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Citarasa Serantau’ yang dianjurkan oleh rangkaian hotel Hilton seluruh Malaysia.

Ia diinspirasikan oleh keunikan budaya dan warisan tempatan.

Ia juga menonjolkan juadah kegemaran di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Yang menarik mengenai Bufet Bazar Ramadan ini adalah menu-menunya akan ditukar setiap minggu bagi mmeberi kelainan kepada pelanggan yang datang berbuka puasa di sini.

“Hotel kami sangat gembira dapat menawarkan pengalaman makan malam sepanjang bulan Ramadan kepada pelanggan-pealnggan kami. Konsep Bufet Bazar Ramadan adalah satu konsep yang memang dinanti-nantikan oleh pelanggan kami pada bulan Ramadan kerana pelbagai juadah menarik akan ditawarkan pada mereka. Di Hilton Kuala Lumpur, kami akan memastikan semua juadah disediakan mengguna bahan-bahan yang segar,berkualiti tinggi dan pastinya sesuai dengan citarasa pelanggan kami. Jadi kami mengalu-alukan kedatangan semua ke Vasco dan cipta memori Ramadan bersama-sama kami” kata Linda Pecoraro, Pengurus Besar Hilton Kuala Lumpur.

Vasco juga menawarkan juadah signature premium yang berbeza dengan hotel sedia ada.

Antara juadah premium itu adalah Laksa Goreng dengan New Zealand Mussel Meat, Udang Harimau Masak Sambal Nenas, Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pegaga dan Sauteed Chinese Chili Mud Crab.

Selain itu, Seekh Kebab, Steamed Baked Australian Whole Lamb ‘Kerutuk’ Spiced, Biryani dan Saffron Egg, Lamb Shank Mandi, Tauhu Begedil Sambal Rawit, Penne Seafood Belado Sauce, Roti John, Burger Meleleh Marble 8, Popia Soft Shell Crab dan Mushroom Mozzarella, Oden Thai Pedas dan banyak lagi juadah yang enak lagi menyelerakan.

Pelanggan juga pastinya akan tertarik dengan juadah pencuci mulut yang istimewa seperti Sticky Date Pudding dengan sos Karamel, Serawa Pulut Durian, Durian Goreng, Bomboloni and Red Velvet Doughnut, Buko, Mini Apam Pokedot, Durian Crepe dan Batik Cheese Indulgent.

Kesemua juadah signature di Vasco ini bukan sahaja diminati ramai malah disediakan dengan cermat untuk menambah pengalaman menikmati hidangan di Vasco.

Sambil makan, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung oleh busker yang akan mendendangkan lagu-lagu menarik. Selain itu, pelanggan juga akan ditemani oleh dua maskot yang comel, Abam dan Cik Ros yang pastinya menjadi tumpuan kanak-kanak.

Harga Bufet Bazar Ramadan bermula 22 Mac hingga 21 April 2023:

  • Dewasa-RM228 (bersih)
  • Kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun-RM114 (bersih)
  • Kanak-kanak bawah 5 tahun-Percuma
  • Harga istimewa bagi tempahan awal dan juga Buy Two Get One Free-bermula 22 Mac hingga 28 Mac & 15 April hingga 21 April

Tempahan perlu melalui:

  • TABLEAPP
  • eatdrinkhilton.com
  • +03 2264 2264
  • email KULHI_F&B_Sales@hilton.com
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: