PESTA CITA RASA SAMBAL PROMOSI PELBAGAI PRODUK SAMBAL TEMPATAN

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata MOTAC menyambut baik program ini yang merupakan langkah aktif dan bersifat interaktif dalam mengembalikan martabat warisan bangsa dan disegarkan untuk lebih dihargai generasi pelapis.

Menurut beliau lagi, inisiatif penganjuran TOSFE adalah sejajar dengan objektif kementerian mempromosikan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia serta produk pelancongan sebagai pemangkin utama pertumbuhan sektor pelancongan dan kebudayaan negara.

Tambahnya, MOTAC kekal dengan visi untuk terus meneroka dan mengekalkan khazanah warisan bangsa ke arah pembentukan identiti dan jati diri di samping memberi pulangan ekonomi yang menyakinkan.

“Kerajaan melalui MOTAC sentiasa memberl ruang dan peluang melalui bantuan, sokongan kepada pihak pihak yang menggerakkan aktiviti yang berkaitan seni, budaya dan warisan seperti ini. Menterl MOTAC, YB Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan, 2023 merupakan tahun untuk MOTAC memainkan peranan penting dalam memulihkan kembali industri di bawah tanggungjawabnya. NGO boleh memainkan peranan melalui aktiviti atau program yang dapat menggalakkan pembangunan industri pelancongan, seni dan budaya tempatan.

Langkah proaktif daripada pengusaha sambal di Malaysia saya kira amat bagus kerana berupaya memberi pendapatan luar biasa kepada pengusaha, malah menyumbang serta menjana ekonomi negara dalam sektor kulinari (pemakanan). Justeru, saya melihat inisiatif Persatuan Seri Warisan Artistik Digital Malaysia bersama rakan-rakan strategik memperkenal dan mempromosikan pelbagai sambal merupakan usaha yang amat baik sekali kerana berupaya membantu Industri Kecil & Sederhana (IKS) memasarkan produk masing-masing,”

Beliau berkata sewaktu menyempurnakan pelancaran pesta sambal mega anjuran Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD) yang berlangsung di KL Gateway Mall mulai 10 hingga 12 Mac 2023.

YB Khairul Firdaus berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk terus memperkenalkan sambal Malaysia kepada pihak luar, khususnya pelancong, manakala dalam konteks warisan budaya, beliau bangga sambal telah diiktiraf dan tersenarai dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645)

“Antaranya sambal tumis (2012), sambal tempoyak daun kayu (2012), sambal rong (2012); sambal goreng (2012), sambal biji getah (2012), sambal hitam ikan bilis (2018) dan sambal tahun (2018). Mungkin ada lagi jenis sambal lain yang boleh dirujuk dengan Jabatan Warisan Negara. Malah pengisian aktiviti menarik seperti perkongsian ilmu keusahawanan, demo masakan, bual bicara dan aneka program lain sepanjang penganjuran TOSFE memeriahkan lagi Bandaraya Kuala Lumpur ‘Heart of Malaysia’,”

TOSFE yang meraih kehadiran lebih 2,000 pengunjung pada hari pertama dibuka di KL Gateway dirancang pula untuk diadakan di Sabah dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Pengerusi PSWAD, Azmi Jaffry berkata, selaku penganjur pihaknya berbesar hati apabila usaha mengangkat keunikan sajian penting masyarakat negara ini sebagai produk pelancongan meraih sokongan luar biasa pelbagai pihak termasuk MOTAC.

Katanya, misi bersama rakan strategik nahu membawa TOSFE menjelajah ke seluruh negara bakal menjadi kenyataan apabila sebagai permulaan Negeri Di Bawah Bayu akan menjadi destinasi pertama jelajah ini.

“Melihat sokongan ramai sejak pesta ini dibuka semalam membuatkan kami yakin misi mengangkat variasi sambal selaku ‘hero’ hidangan harian di setiap rumah selaku produk pelancongan mencapai matlamat. Kepentingan makanan yang menjadi antara asas kepada kehadiran pelancong ke sesebuah destinasi, tidak kira pengunjung domestik mahu pun masyarakat negara luar inilah membuatkan ia sangat istimewa.

“Selain menyemarakkan misi pelancongan dan berkongsi keunikan lebih 100 jenis sambal pilihan rakyat Malaysia serta negara jiran, hakikatnya TOSFE juga merapatkan hubungan sesama masyarakat menerusi perkongsian cita rasa. Menyedari hakikat itu, pihak kami berbesar hati mengadakan fiesta sama di beberapa destinasi lain selepas ini dengan Sabah sebagai permulaan dan jika agensi mahu pun syarikat korporat membawakan TOSFE ke negeri lain, ia sangat dialu-alukan,”

Seramai lebih 50 pengusaha makanan berasaskan sambal termasuk dari Pavillion Negara Asia seperti indonesia, Korea, Vietnam, Pakistan juga Thailand menyertai Pesta CIta Rasa Sambal itu.

Dalam TOSFE, pengelola pengundang penyedia perkhidmatan sokongan kepada usahawan termasuk bank, agensi kerajaan dan pengusaha cili menjadi nadi terhadap penganjuran fiesta yang julung kali dianjurkan ini,

Hasrat mengangkat lebih 100 jenis sambal ini turut direalisasikan bersama KL Gateway Mall, Sambal Mak Jenny, Product Ayu Damit usahawan cili, Seniman, PGDM, Chicken Royale, My Pentas, Benang Emas Bridal House , Sambal Mak EsahShahrifah Shahirah dan Wan Det sebagai penaja Streaming.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: