ARIANI MUNCUL DENGAN KOLEKSI ARIANI LAYAR RAYA 2023

Dan,

menariknya, pertunjukan koleksi ARIANI Layar Raya 2023 dipersembahkan dengan cara yang unik iaitu dengan menampilkan artis profesional sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan.

Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Fatimah Taha, isteri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Pertunjukan fesyen Layar Raya ini juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally.

Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.

Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaharu diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.

Menurut Datin Farah Haryani, ARIANI juga mencipta sejarah baru kerana berjaya membuka House of ARIANI (HOA) pada 10 Mac 2023 lalu. Bangunan tersergam indah dengan keluasan 37,100 meter persegi menjadikan HOA sebagai gedung tudung & butik pakaian muslimah wanita terbesar di Malaysia yang mempunyai 4 aras dan menempatkan kesemua koleksi ARIANI di bawah satu bumbung.

Majlis fashion runway dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada petikan gitar professional oleh Man Kidal Bersama penyanyi Amir Masdi yang medendangkan lagu sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia ARIANI yang terus menyokong sepanjang jenama ini berada di pasaran.

Lebih daripada 30 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan tudung printed yang terdiri daripada voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, shawl bersulam, instant diperagakan.

Kesemua koleksi ini direka dengan menyuntik pengalaman perayaan penuh glamor dan warna-warni dalam helaian tudung yang selesa dan praktikal dengan sentuhan motif unsur alam, bunga-bungaan dan cetakan abstrak.

Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari ARIANI LUXE.

ARIANI LUXE adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif. ARIANI LUXE ditafsir sebagai sebuah jenama hijab premium yang mampu membangkitkan pesona dan personaliti wanita dalam berfesyen.

ARIANI berpaksikan dengan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan hijab pada harga terbaik dan berpatutan seiring dengan kualiti tudung yang dihasilkan, baik untuk pasaran butik fizikal juga untuk pasaran online. Kesemua koleksi tudung ARIANI LAYAR RAYA 2023 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.

Pada tahun ini juga ARIANI tampil kelainan apabila buat pertama kalinya melancarkan sub- brand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN. Bermula dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa, ARYAN adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan kelainan untuk bergaya di musim lebaran nanti. Koleksi ARYAN juga amat rapat dengan perwatakan lelaki di luar sana yang sukakan imej ringkas dan selesa. Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon & kurta ditampilkan buat pertama kalinya kepada para jemputan dan akan dijual secara eksklusif di House of Ariani.

ARIANI RTW menampilkan 109 koleksi lebaran sambil diiringi dengan persembahan Erni Zakri dan Syamel yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah. Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri.

Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan. Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL. Malah pada tahun ini juga, ARIANI RTW turut memperkenalkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.

Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad. Pertunjukan fesyen bagi segmen ini diserikan lagi dengan kehebatan paduan vokal pasangan Erni Zakri dan Syamel. Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: