Dan,

Apa yang membezakan Rosyam Kambing Perap ini berbanding produk sedia ada adalah sosnya yang mengguna sos pedas Korea. Memang sedap rasa kambing perap ini apabila digandingkan bersama sos pedas Korea.
Menurut Rosyam yang juga pengasas produk terbaru keluarannya itu, kambing perap dengan sos pedas Korea adalah yang pertama di Malaysia dan beliau yakin ia bakal mendapat sambutan baik daripada pelanggan.
Majlis pelancaran itu turut hadiri oleh Dato Raymond Ho, Pengarah Urusan Delicious Western dan jga stokis serta ejen Raosyam Kambing Perap.
“Bukan saja Kpop menjadi fenomena di Malaysia, malah apa saja produk keluaran negara itu menjadi kegilaan ramai jadi kami inspirasikan sos pedas Korea yang digemari ini. Pelancaran kambing perap ini juga tepat pada masanya ketika umat Islam bakal menyambut Ramadan hanya berapa hari sahaja lagi. Justeru, kambing perap boleh menjadi antara juadah berbuka puasa buat seisi keluarga dan rasanya yang pedas pasti membuka selera,”

Ujar Rosyam lagi, kambing perap itu menggunakan bahan bermutu tinggi dan premium. Selain sos pedas Korea yang baharu dilancarkanpada hari ini, pelanggan juga boleh menikmatinya dengan sos BBQ.

Kambing perap dengan berat 600gm dengan tiga keping di dalamnya boleh didapati pada harga RM43.90. Khusus untuk bulan Ramadan ini, ia dijual pada harga promosi, iaitu hanya RM39.90 sahaja, bermula 1 Mac hingga 9 April.

Ia boleh dibeli melalui stokis-stokis dan ejen-ejen Rosyam Kambing Perap sekitar Selayang, Klang, Puchong, Petaling Jaya, Melaka dan di kawasan Johor, boleh didapati di Pasir Gudangdan Gelang Patah.
RKP juga boleh didapati di semua outlet ST ROSYAM MART dan SRI TERNAK. Rosyam Kambing Perap dikilangkan oleh Delicious western Sdn Bhd dengan sijil HALAL GMP HACCP MESTI serta diedarkan oleh Deliwest Marketing Sdn Bhd.
Jadi, dapatkan RKP sekarang juga dan nikmatinya bersama-sama keluarga.
Leave a Reply