TAK PERLU PERGI PULAU PINANG. MM BISTRO PENANG NASI KANDAR KINI BUKA CAWANGAN DI PUNCAK ALAM

Majlis pembukaan MM Bistro Penang Nasi Kandar telah diadakan pada 18 Mac lalu dan dihadiri oleh Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Dato’ Mohamad Yaacob Dato’ Ismail, Tuan Haji Yunus Tasim, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Dato’ Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Tuan Abbas Salimmi Azmi, Pegawai Kanan Yang Berhormat Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Tuan Zainal, OCS IPD Kuala Selangor.

Dalam majis pembukaan yang dihadiri lebih daripada 700 tetamu jemputan ini, Datuk Wan Noor Rizal Ali, Pemilik Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar turut memperkenalkan set Menu Rahmah bernilai RM5.90 yang meliputi:

  • Satu pinggan nasi putih
  • Ayam goreng
  • Sayur bendi
  • Kuah kari
  • Air sirap

Menurut Datuk Wan Noor Rizal Ali, idea tercetusnya menu Rahmah ini adalah melalui inisiatif beliau sendiri yang mendukung usaha kerajaan dan juga hasrat beliau yang ingin berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan apatah lagi melihat kepada lokasi restoran yang terletak berhampiran dengan pusat pendidikan UITM dan kawasan perumahan yang mana penduduknya berpurata pendapatan pertengahan dan ke bawah.

Dalam masa sama, MM Bistro Penang Nasi Kandar ingin mengekalkan konsep Mamak Penang meskipun kini berada di Lembah Klang sekali gus mempromosikan budaya restoran mamak Muslim yang sebenar kepada orang ramai.

MM Bistro Penang Nasi Kandar juga menawarkan kelainan yang berbeza daripada restoran-restoran mamak sedia ada iaitu Teh Tariknya mengguna serbuk teh istimewa yang dibawa khas dari Pulau Pinang, nasi Dalca yang disediakan juga tiada di tempat lain, roti canai terbang juga adalah satu keunikan yang tiada tandingan berbanding restoran lain. Rempah-ratus yang digunakan dalam setiap juadah juga dibawa khas dari Pulau Pinang.

Meskipun baharu dibuka, namun Datuk Wan Noor Rizal sudah menyediakan pelbagai perancangan masa depan bagi restoran itu antaranya menyasarkan 20 cawangan akan ditambah dalam tempoh 6 bulan di sekitar Lembah Klang. Menu Rahmah pula akan ditambah sedikit demi sikit bagi memberi pilihan kepada pelanggan yang datang membeli menu tersebut.

Selamat maju jaya diucapkan kepada MM Bistro Penang Nasi Kandar dalam usaha membantu golongan yang terkesan dengan menyediakan Menu Rahmah ini.

MMbistro786 #MMbistroPuncakAlam #MenuRahmah #MMbistroMenuRahmah #MalaysiaMadani

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: