EISAI (MALAYSIA) LANCAR DAYVIGO YANG MEMBANTU MERAWAT INSOMNIA

Adakah anda salah seorang yang mengalami insomnia? Adakah ahli keluarga atau teman-teman yang mengalami masalah yang sama?

Dengan keazaman untuk membantu mereka yang mengalami masalah insomnia, Eisai (Malaysia) Sdn Bhd, telah melancarkan rawatan terbaharunya, Dayvigo.

Dengan pelancaran Dayvigo, Eisai Malaysia bertekad untuk merawat insomnia supaya mereka boleh menjalani kualiti kehidupan yang baik dan pada masa yang sama boleh mengelak penyakit-penyakit kronik lain yang mungkin timbul gara-gara kekurangan tidur.

Dianjurkan seiring dengan Hari Tidur Sedunia, Eisai Malaysia berharap untuk meningkatkan kesedaran tentang cara tidur yang sihat dengan menitikberatkan kepentingan untuk memberikan rawatan yang efektif untuk tidur pada waktu malam.

Saling berkongsi tujuan pentingnya tidur sihat di antara rakyat Malaysia, pelancaran tersebut telah menyaksikan penyertaan Prof Ng Chong Guan, Pakar Penasihat Psikiatri dan Bendahari Lembaga Psikiatrik Malaysia dan Dr Hazli Zakaria, Pengasas Alaminda Healthcare Berhad di mana mereka berdua telah berkongsi platform untuk saling memberi pendapat dan maklumat tentang masalah-masalah utama berkenaan insomnia.

Kam Ai Teng, Pengarah Urusan Eisai Malaysia berkongsi bahawa tidur itu penting terutamanya untuk badan kita supaya badan kita dapat berfungsi secara efektif setiap hari tetapi malangnya ramai orang masih mengendahkannya.

“Kami amat gembira untuk membawa masuk Dayvigo ke dalam pasaran, memberikan pilihan rawatan tambahan untuk pesakit insomnia. Insomnia ialah isu kesihatan yang parah dan jutaan orang di serata dunia merana kerananya. Kita gagal untuk menyedari betapa parahnya insomnia sehingga sudah terlambat, dan kini masyarakat seharusnya tahu bahawa insomnia boleh berlaku pada fasa-fasa berbeza dalam kitaran tidur dan mengakibatkan kesulitan pada siang hari seperti lesu, mengantuk di waktu siang, perubahan emosi, dan simptom-simptom yang lain.

Selepas kajian menyeluruh, pasukan penyelidik dan saintis kami telah bertungkus lumus bekerja untuk mencari cara yang efektif untuk membantu para individu yang menghadapi insomnia supaya mereka memperoleh tidur nyenyak yang diperlukan untuk menambah baik kesihatan mereka secara menyeluruh, dan kami yakin bahawa Dayvigo akan memberikan kesan yang positif kepada kehidupan mereka.”

Sebagai rawatan Dual Orexin Receptor Antagonist (DORA) di Malaysia, Dayvigo telah melalui siri ujian yang ketat dalam percubaan-percubaan klinikal dan didapati efektif dalam membantu para individu tidur cepat, dengan kesan yang minimal terhadap kesedaran serta fungsi pada keesokan harinya. Dayvigo merupakan rawatan kelas baharu yang belum pernah diketahui dan membantu para individu untuk tidur dengan menyekat kecenderungan mereka untuk berjaga.

“Di Eisai Malaysia, kami amat berbangga dalam membantu kesihatan seseorang secara positif. Komitmen kami menjangkau lebih daripada rawatan inovatif sahaja, malah kami juga memastikan masyarakat dapat memperoleh peluang sama rata dengan penuh manfaat daripada sumbangan kami. Sehubungan dengan Hari Tidur Sedunia ini, kami bertekad untuk membawa kesedaran tentang insomnia ini ke barisan hadapan pendidikan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia, dan kami akan terus mencari jalan alternatif dan bekerja keras bagi meningkatkan akses orang ramai kepada rawatan terbaharu untuk pelbagai kondisi kesihatan supaya masyarakat boleh hidup sejahtera,” ungkap Kam.

Sempena Hari Tidur Sedunia ini, ayuh kita semua bangkit untuk kesihatan tidur dan berjuang untuk kehidupan yang lebih sihat!

Untuk maklumat lanjut tentang komitmen syarikat untuk meningkatkan ekosistem penjagaan kesihatan, sila layari https://eisaimal.com.my/

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: