NIKMATI ‘RESIPI KELUARGA ASLI’ DI TRADISI SEMARAK RASA KL CONVENTION CENTRE

Menu berbuka puasa tahun ini membawakan gabungan sajian tradisional dan moden.

Antara juadah yang terkenal adalah Ikan Keli Goreng Sira Cabai Hijau dan Ayam Masak Rendang Hitam.

Turut disediakan juadah Ramadan kegemaran ramai termasuk asam pedas daging tetel tulang rawan, gulai udang nangka muda bersama cendawan, hitam dan kacang mungai ayam bakar lengkuas cencaluk.

Sira ubi kayu, gulai daging tetel bersama rebung madu, ‘Bubu Ikan’ – ikan bakar bersama sos pilihan dan makanan iringan, dan banyak lagi juga disediakan untuk pengunjung.

Mengulas mengenai menu yang menambat selera, Cef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Jafaar, berkata,

“Pada bulan Ramadan kali ini, mereka yang menjamu selera di sini akan menikmati pengalaman yang pasti tidak dilupakan dengan masakan lazat yang disediakan khas oleh pasukan kulinari kreatif kami, yang datang dari seluruh pelosok negara dan berkongsi resipi masakan dari kampung masing-masing untuk menjadi pilihan juadah berbuka puasa kami pada tahun ini. Di samping pelbagai sajian nostalgia Ramadan, kami juga menyajikan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk pelanggan yang mahu menikmati kepelbagaian rasa dan sedikit kelainan.”

“Dengan dapur Pusat Konvensyen yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), para tetamu beragama Islam kami boleh menikmati hidangan mereka dengan fikiran yang tenang. Pada bulan Ramadan ini, kami terus mengukuhkan komitmen kami terhadap kelestarian dengan menggunakan 70% hasil dan ramuan tempatan. Kami juga berganding bahu dengan Yayasan Bantuan Makanan dan juga rakan-rakan kerjasama kami dalam usaha mengurangkan pembaziran dan akan memberikan makanan lebihan daripada bufet Ramadan kepada golongan yang menerima bantuan daripada organisasi tersebut.”

Dengan dua menu ‘Tradisi Semarak Rasa’ yang boleh diubah suai, syarikat-syarikat korporat juga boleh menambah pilihan makanan kegemaran tempatan di ‘Chef Action Station’, yang disediakan atas permintaan.

Para tetamu diberi jaminan kecemerlangan perkhidmatan dan kelazatan sajian 5 bintang di majlis berbuka puasa Pusat Konvensyen untuk orang ramai, yang ditawarkan pada harga termampu RM188 seorang dan boleh ditempah untuk tarikh dari 27 Mac dan 17 April 2023.

Pusat Konvensyen ini juga menawarkan harga terdiskaun bersih RM168 untuk semua tempahan awal berbuka puasa daripada orang ramai yang dibuat sebelum 22 Mac 2023. Pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kehampaan. Di samping itu, tawaran kumpulan juga disediakan sepanjang Ramadan dengan diskaun 10% diberikan untuk pembayaran bagi kumpulan lima orang.

Antara kemudahan yang disediakan oleh Pusat Konvensyen termasuk bilik solat, sejadah, selipar dan tempat mengambil wuduk, membolehkan umat Islam menunaikan kewajipan mereka selepas berbuka puasa.

Pada bulan Ramadan ini, Pusat Konvensyen juga bekerjasama dengan StarVendors, salah satu daripada jenama beli-belah terbesar di Malaysia untuk menganjurkan Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023, dari 13 hingga 17 April 2023.

Acara ini akan diadakan selama 100 jam berturut-turut dan memberi peluang kepada usahawan tempatan, termasuk ramai artis terkenal Malaysia, yang akan membuka ‘reruai’ untuk menjual produk mereka. Antara selebriti dan pempengaruh yang menyertai Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023 antara lain termasuk Ifa Raziah, Datuk Sri Vida, dan Dato Aliff Syukri.

Untuk berita dan maklumat terkini tentang Pusat Konvensyen, kunjungi Bilik Berita Pusat Konvensyen di:

  • http://www.klccconventioncentre.com
  • media sosial (Facebook – @klccconventioncentre, LinkedIn – Kuala Lumpur Convention Centre, Twitter – @klccconvention dan Instagram – @klccconventioncentre).
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: