
Projek mega Ramadhan ini telahpun bermula pada 25 Mac lalu dan bakal berakhir pada 20 April 2023 nanti di Dewan C, MAEPS Serdang bermula pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam.

Menyediakan lebih 200 jenis juadah setiap haridengan 20 reruai jualan live cooking yang terdiri daripada masakan tradional kampung, Barat, pencuci mulut, aneka kuih-muih dan banyak lagi.
Yang menariknya juga di MAHA BUFFET ini, disediakan satu ruang khas iaitu Kids Food Station yang menyediakan pelbagai juadah ringan untuk kanak-kanak. Berdekatan dengan station ini, disediakan kawasan permainan untuk mereka bermain.

Dengan tagline “Family Friendly Buffet”, di sini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga sebelum dan selepas waktu berbuka seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Setiap hari, waktu berbuka akan diserikan dengan persembahan secara langsung dari LIVE Band, persembahan nasyid, perkongsian dari penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadhan.

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti memberi keselesaan kepada pengunjung yang berbuka puasa di sini selain menyediakan kemudahn surau yang juga luas, ruang parki yang banyak dan percuma, dan juga menyediakan Al-Quran bagi yang ingin menggunakannya.

Jangan risau, setiap makanan yang dihidangkan memang sedap dan enak, memang sesuai dengan cita rasa anda.

Harga yang ditawarkan adalah:
- Dewasa-RM89.90
- Kanak-kanak/ OKU/Warga emas-RM49.90
- Kanak-kanak bawah umur 4 tahun-PERCUMA
Leave a Reply