Hasil keras semakin menampak hasil dan kini produk keluaran Sweet Home Candied Products Sdn Bhd, muncul sebagai pengeluar utama gula batu di Malaysia dan Asia Tenggara.

Pengarah Urusannya, Vincent Teh Chun Hwa berkata, perniagaan keluarga itu dimulakan dengan cara yang sangat sederhana oleh bapanya, Teh Sey Meng di Jinjang, Kepong pada tahun 1974.
Awalnya syarikat dinamakan dengan nama Teh Sey Ming Candied Melon Factory (TSM) dan sejajar dengan perkembangan perniagaan, pada tahun 2000 nama syarikat ditukar baru kepada Sweet Home Candied Products Sdn Bhd (Sweet Home).
Perniagaan gula batu yang diusahakan mula tersebar dari mulut ke mulut dan berlandaskan reputasi cemerlang yang ditunjukkan oleh syarikat, perniagaan Sweet Home terus berkembang dengan cepat.

“Pada tahun 2010, kami berpindah ke kawasan perindustrian Rawang yang menempatkan pejabat lebih besar dan dilengkapi peralatan perkilangan yang lebih moden untuk meningkatkan lagi pengeluaran gula batu. Sejak syarikat ini diasaskan oleh bapa saya, kami sangat mengutamakan kualiti pengeluaran produk. Ia bukan saja menjadi pelengkap kepada minuman dan makanan lain namun dijamin memuaskan hati pengguna.
Selama 40 tahun kami bekerja tanpa jemu untuk mengeluarkan gula batu yang bermutu tinggi. Berserta pengalaman berpuluh tahun itu, kami kini adalan pakar dalam bidang pengeluaran gula batu yang berjaya menguasai pasaran di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara,” kata Brian Teh, Pengarah Pemasaran Sweet Home.

Sementara itu, wakil Pemasaran Sweet Home, Amirul Ashraf (kiri) berkata, kejayaan syarikat kerana percaya adalah penting untuk memenuhi piawaian tinggi yang diperlukan oleh Industri Makanan Malaysia dan tiada kompromi dalam soal kualiti.

Sehubungan itu, dengan segala ketelitian dan kerja keras, Sweet Home berjaya mendapatkan sijil GMP, HACCP, HALAL dan FSSC22000.
“Kenapa gula batu berbeza daripada gula halus biasa kerana ia memberikan rasa dan tekstur yang lebih baik apabila kita menggunakannya berbanding gula halus. Ia juga melalui proses penghabluran selama 168 jam (tujuh hari). Gula batu bukan saja lebih bagus untuk kesihatan daripada gula biasa tetapi ia juga menambahkan lagi keenakan kepada kesemua jenis juadah kerana keunikan rasanya.
Berbanding pesaing, gula batu yang dihasilkan oleh Sweet Home mendapat sijil pengilangan gula batu yang disahkan FSSC22000 di Malaysia dan kami juga merupakan pengeluar gula batu pertama disahkan halal oleh JAKIM,” katanya.
Selain gula batu, Sweet Home turut mengeluarkan minuman Longan dan Halia serta Rock Sugar, Brown Sugar, Yellow Rock Sugar dan Honeycomb Sugar.
Sweet Home menggunakan amalan pengurusan yang terbukti dan terbaik pada setiap langkah proses pengeluaran untuk memastikan keselamatan produk.
“Kami adalah peneraju dalam keselamatan dan kualiti makanan. Pasukan Keselamatan Makanan dan Jaminan Kualiti kami terdiri daripada sekumpulan pakar dari setiap bidang keselamatan makanan, yang dilatih secara tetap dalam amalan terbaik. Falsafah keselamatan makanan kami ialah, jika kami tidak yakin dengan produk kami, kami tidak akan menjualnya kepada pengguna.
“Kami mempunyai sistem yang ketat yang diikuti dengan teliti dengan mengawasi pengauditan pematuhan, membantu dengan pelbagai pensijilan keselamatan makanan dan berinteraksi dengan semua agensi kawal selia untuk memastikan kami memenuhi keperluan kawal selia standard tinggi,” kata Vincent lagi.
Michael Ang Duta Sweet Home

Buat pertama kalinya, Sweet Home telah melantik Penerbit, Pengarah dan Cef Michael Ang sebagai dutanya.
Sempena musim perayaan ini, Michael terlibat di dalam video raya Sweet Home “Gula dari Surga” dan turut menghasilkan program masakan sebanyak lapan episod yang sedang dalam pembikinan dan bakal disiarkan di saluran Youtube selepas Aidil Fitri ini.
Cooking Show With Michael Ang itu ditaja oleh Sweet Home yang akan mengetengahkan sajian yang enak dan mudah dimasak menggunakan gula batu Sweet Home.
Tahniah Micheal Ang atas perlantikan sebagai Duta Sweet Home.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.sweet-home.my
Leave a Reply