Turut sama menyampaikan pain aiskrim di majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, serta pasukan Nestlé Ice Cream Malaysia yang diketuai oleh Pegawai Eksekutif Perniagaan, Teo Heng Keat.

Lebih daripada 2,000 keluarga telah menerima Nestlé LA CREMERIA Chocolate Brownie Fudge & Butter Cookies, dan kebanyakan mereka terdiri daripada keluarga B40.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé Malaysia Berhad, berkata,

“Sambil umat Islam semakin rancak membuat persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal, kami juga mahu menyantuni golongan yang memerlukan dan menyumbang kepada masyarakat demi menyebarkan semangat kemeriahan Raya. Justeru, kami berbesar hati untuk berkerjasama dengan Uncle Kentang dan Empire Project untuk membawakan detik-detik manis bersama aiskrim Nestlé LA CREMERIA menerusi kempen ini. Kami amat mengerti senyuman yang terukir di wajah insan ketika menikmati hidangan aiskrim yang lazat. Kami berharap sumbangan kecil ini akan menjadikan sambutan dan pertemuan keluarga sempena Hari Raya lebih bermakna lagi bagi golongan memerlukan.”
Aktivis sosial Kuan Chee Heng, aka Uncle Kentang menambah,
“Usaha ini merupakan satu inisiatif murni oleh Nestlé Ice Cream untuk berkongsi keriangan dan rezeki sempena sambutan Hari Raya. Pemberian kecil seperti ini amat bermakna, dan menunjukkan kepada golongan kurang bernasib baik bahawa kita prihatin tentang nasib mereka, sambil menyatukan masyarakat dan membawakan saat istimewa menikmati aiskrim yang lazat. Kami berharap sumbangan ini akan mendorong pihak-pihak lain untuk turut menabur budi pada musim perayaan dan membantu golongan memerlukan bersama-sama menikmati perayaan.”

Kempen Raya Together-gether Bersama Nestlé LA CREMERIA bertujuan membawa keseronokan dan keceriaan Raya kepada semua orang, seperti yang dirasai oleh semua penerima sumbangan.
Aiskrim lemak berkrim Nestlé LA CREMERIA Chocolate Brownie Fudge & Butter Cookies boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara. Pilihan terbaharu kepada rangkaian Nestlé LA CREMERIA ini membawakan nikmat kelazatan dan kemewahan penuh perisa untuk semua penggemar coklat.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia
Leave a Reply