PENGERING RAMBUT NANOETM EH-NA98 TAMPIL DENGAN WARNA BAHARU LAGI BERGAYA

Pengering Rambut nanoeTM yang menyepadukan teknologi dan dipatenkan oleh Panasonic telah meraih pengiktirafan tinggi untuk rambut dan kulit kepala yang menawan.

Hasilnya, Pengering Rambut nanoeTM telah mencapai jumlah jualan terkumpul sebanyak 20,000,000 unit di seluruh dunia pada tahun 2022. Tidak hairanlah kerana nanoeTM Pengering Rambut EH-NA98 merupakan pengering rambut premium teratas yang merealisasikan penjagaan menyeluruh rambut, kulit kepala dan kulit muka, fungsi tambahannya sebagai pengering rambut.

nanoe™ Melembapkan dan Melicinkan Rambut

nanoe™ ultra-halus unik Panasonic mengandungi kira-kira 1,000 kali ganda kelembapan ion. nanoe™ meresap ke dalam rambut dan melaraskan keseimbangan air, menjadikan rambut berkilat dan licin. Ia menangani elektrik statik untuk mengawal rambut kusut, menjadikannya mudah diurus. Pada masa yang sama, nanoe™ melembapkan kulit kepala untuk memastikan ia sihat serta mencegah kekeringan yang menyebabkan kerosakan pada rambut.

  • Nilai relatif ditentukan daripada jumlahnya

nanoe™ & Double Mineral*

Apa yang menjadikan EH-NA98 istimewa ialah ia membekalkan ion Mineral Berganda sebagai tambahan kepada nanoe™. Dengan sinergi yang luar biasa, nanoe™ dan Double Mineral mengetatkan kutikula dengan kuat dan menghasilkan rambut yang cantik dan tahan rosak. Dengan meningkatkan kelekatan kutikula, ia mengurangkan kerosakan geseran daripada menyikat serta kerosakan daripada rangsangan luar seperti sinaran ultraungu.

  • Mineral berganda bermaksud ion mineral yang dihasilkan oleh dua elektrod zink.

Kaedah Ujian:
Segumpal rambut telah dibasuh dan dikeringkan dengan pengering (selama sekitar 90 saat), kemudian disikat sekitar 1,000 kali dalam ujian pecutan. Keadaan hujung rambut apabila nanoe™ & Mineral Berganda tidak digunakan dan bagi hujung rambut apabila ia digunakan seperti ditunjukkan.

Pelbagai Mod untuk Rambut, Kulit Kepala dan Kulit

  • Mod Penjagaan Kulit Kepala
    Dalam mod ini, pengering perlahan-lahan mengeringkan kulit kepala dengan set udara hangat pada kira-kira 50°C.* nanoe™ menambahkan kelembapan dan mengurangkan kekeringan yang menyumbang kepada tekanan kulit, seterusnya menghasilkan kulit kepala yang lebih sihat: Apabila suhu ambien ialah 23˚C
  • Mod Penjagaan Kulit
    Gunakan mod ini pada akhir sesi pengeringan anda selama kira-kira satu minit. Kulit menjadi lembap kerana nanoe™ membantu ia mengekalkan kelembapannya.
  • Mod Alternatif Panas/Sejuk Mod Alternatif Panas/Sejuk telah dibangunkan untuk menukar aliran udara secara automatik antara udara panas dan sejuk. Jurang suhu ini akan mengurangkan gelombang, menyelaraskan permukaan rambut dan memantulkan cahaya untuk menjadikan rambut lebih berkilau kira-kira 40%*.

    Kaedah Ujian
    Selepas segenggam rambut dikeringkan dengan pengering semasa ia disikat, tahap kilauannya diukur semasa ia dipegang dalam kedudukan melengkung. Ini adalah perbandingan masa pengering rambut nanoe™ digunakan dengan dan tanpa Mod Altenatif Panas/Sejuk. Keberkesanan mungkin berbeza bagi setiap individu.
  • Mod Kawalan Suhu Pintar
    Sensor suhu ambien binaan dalaman mengukur suhu udara sekeliling dengan tepat dan melaraskan aliran udara kepada suhu yang terkawal untuk pengeringan dalam mana-mana musim.
  • Keringan Pantas
    Muncung Cepat Kering Panasonic yang unik menjana aliran udara yang kuat dan lembut untuk membantu memisahkan helaian rambut, meningkatkan kawasan permukaan terdedah untuk pengeringan pantas. Selain cara udara ditiup, isipadu udara, suhu udara dan tekanan udara, semuanya adalah penting. Pengering rambut nanoe™ Panasonic mencapai keseimbangan terbaik antara empat elemen ini untuk membolehkan anda mengeringkan rambut dengan cepat, lembut dan cantik.

Direka untuk Penggunaan Mudah dan Selesa

Lengkap dengan ciri mesra pengguna untuk memastikan pengeringan rambut harian tanpa tekanan

Penapis kalis habuk ini boleh dilap dengan mudah dengan tisu.

  • Pelbagai Mod
    Dengan satu sentuhan butang, anda boleh memilih mana-mana daripada pelbagai mod suhu udara dengan mudah.
  • Suis gelongsor
    Suis gelongsor yang licin mengurangkan tekanan pada jari dan kuku, membolehkan anda melaraskan isipadu udara dengan sentuhan ringan.
  • Pemegang boleh lipat
    Pemegang boleh dilipat supaya pengering boleh disimpan dengan mudah dan padat apabila tidak digunakan.

Panasonic sememangnya komited untuk mempromosikan kecantikan lebih pantas dan memperkasakan kehidupan orang ramai dengan memperkenalkan rangkaian produk kediaman yang meluas yang direka dan dibangunkan di bawah kawalan kualiti dan keselamatan yang ketat.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: