
Restoran Jepun yang berkonsepkan Wagyu Yakiniku ‘upscale fun dining’ diusahakan oleh Encik Linchi Wong, anak jati Taman Tun Dr Ismail yang juga pemilik restoran bersama rakan perniagaannya. Encik Lin Chi memang tidak asing dalam bidang kulinari Jepun memandangkan beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang itu, maka dengan pengalaman yang ada, beliau membuka restoran Aburii Yakiniku yang menawarkan hidangan Jepun yang enak.

Aburii Yakiniku sememangnya pakar dalam pengkhususan Wagyu Yakiniku.
Maka tidak hairanlah daging Wagyu yang ditawarkan oleh restoran ini dari kategori A5 yang diimport khas dari Jepun iaitu di wilayah Miyazaki Prefecture, yang terkenal dalam penghasilan daging lembu yang terbaik di dunia.

Setiap potongan daging Wagyu perlu memenuhi dan mengikut piawaian yang sangat telus agar daging yang disediakan kepada pelanggan memenuhi kualiti, tekstur dan rasa. Aburii Yakiniku menawarkan daging Wagyu A5 dari BMS11 serta BMS12 yang diperakui Halal, diimport dua kali seminggu.

Cef Zeniq yang pakar dalam kulinari Jepun memimpin barisan tukang masak di Aburii Yakiniku dan dibantu oleh barisan Cef yang pakar dan mahir, menjadikan setiap hidangan yang disediakan oleh ‘air tangan’ Cef kepada pelanggan mempunyai keunikan cita rasa yang tersendiri.

Sempena bulan puasa, Aburii Yakiniku menawarkan set hidangan daging Wagyu pada harga RM388, sesuai untuk hidangan 4 orang. Set ini termasuk air bandung dan nasi.

Juga ditawarkan hidangan ala-carte.

Turut ditawarkan adalah menu Rendang daging Wagyu yang pastinya akan menjadi hidangan kegemaran kerana teksturnya yang lembut dan rasanya yang enak.

Selain daging Wagyu, Aburii Yakinku turut menawarkan hidangan laut segar, set kombo Wagyu (Shibuya 400g kombo dan Ginza 600g kombo), Wagyu A5 gyoza, Foie Gras Unagi Tempura dan Ayam Goreng Arang.
Aburii juga menyediakan kemudahan surau bagi pelanggannya.
Waktu Operasi:
- Selasa – Ahad, 6 – 11 Malam
- Sabtu – Ahad, 12 – 2:30 petang, 6 – 11 Malam
- Tutup pada hari Isnin
Alamat:
Aburii Yakiniku WAGYU Restoran
Alamat: TTDI, 5, Lorong Datuk Sulaiman 7,
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 010-910 0267
Layari:
- FB: Aburii
- IG: @aburiikl

Leave a comment