KEMPEN “FUN FOR ALL” M&M’S® TAWAR KERIANGAN SEPANJANG TAHUN

Melalui kempen ini, M&M’S® mengukuhkan komitmennya untuk memastikan setiap individu merasa diri mereka adalah sebahagian daripada sesuatu yang istimewa.

Dengan legasi selama 80 tahun dalam mencipta detik-detik kebahagiaan melalui keseronokan, M&M’S® kekal komited untuk mengeratkan hubungan antara orang ramai dan memupuk kebersamaan.

Bagi peminat M&M’S®, anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal yang berlangsung dari 8 hingga 11 Ogos di Centre Court, Aras Bawah, Main Concourse, One Utama (berdekatan Cotton On).

Aktiviti-aktiviti ini menjanjikan pengalaman imersif yang seiring dengan tujuannya dalam mewujudkan dunia penuh keriangan.

Direka khas untuk rakyat Malaysia berinteraksi dalam suasana interaktif, M&M’S® bersedia untuk membawakan keriangan melalui pelbagai aktiviti menyeronokkan yang akan menguji kekuatan serta kebolehan mengatasi pihak lawan mereka, di samping mencipta memori bersama rakan-rakan dan ahli keluarga!

Antara permainan menarik yang menanti rakyat Malaysia termasuk “Candy Flip” untuk individu yang ingin beradu tenaga bersama rakan-rakan atau ahli keluarga dalam perlawanan 1 sama 1 atau 2 sama 2. Para pemenang berpeluang untuk menebus baucar bernilai sehingga RM8,000 dari jenama-jenama seperti JD Sports, Uniqlo, Watsons, Grab, Aeon dan banyak lagi.

Jika anda berjaya melengkapkan kesemua tiga permainan mini di zon Free-to-Play oleh M&M’S®, anda boleh mendapatkan pencuci mulut istimewa dalam bentuk ais krim atau coklat dari M&M’S®!*

*Nota: Sementara stok masih ada!

Kunjungi laman Facebook M&M’S® untuk maklumat terkini mengenai pengalaman fizikal eksklusif ini.

Peminat juga boleh membeli-belah di Kedai Shopee dan Lazada rasmi Mars Wrigley Malaysia dan kongsi detik-detik keseronokan harian mereka!

Leave a comment