
Dalam acara itu, Nottingheels telah mempersembahkan koleksi Siri Songket Nottingheels, yang mana Songket Malaysia telah berjaya menarik perhatian mereka yang menghadiri acara tersebut.

Songket Malaysia yang dikenali sebagai warisan negara, dihasilkan dengan penuh ketelitian dan berseni menyerlahkan lagi keanggunan kraftangan negara di Perancis, secara tidak langsung menggalakkan mereka yang hadir di acara peragaan tersebut untuk berkunjung ke Malaysia.

Turut hadir memeriahkan acara peragaan adalah Pengasas yang juga Pengarah Kreatif Nottingheels, Amy Chiew, tetamu kehormat dari Kedutaan Malaysia di Perancis, TYT Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta, Encik Mohd Nizam Halimi, Kaunselor, Cik Aida Anum Aminuddin, Setiausaha Kedua dan Shahidanshakir Abdul Wahab, Pegawai manakala wakil dari Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di Perancis adalah Puan Zalina Ahmad (Pengarah) dan Encik Amizan Samsudin, (Timbalan Pengarah), wakil dari MATRADE Paris terdiri dari Encik Chan Yik Sing (Economic Counsellor / Trade Commissioner), Cik Nur Sumaiyah Mohamed Hamka (Assistant Trade Commissioner), Cik Nour Alaya (Trade Officer) dan Encik Abdelkrim (Pegawai).

Acara peragaan diteruskan dengan perasmian bersejarah ‘The Walk of Malaysia 2026, yang dirasmikan oleh Duta Malaysia di Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim bersama-sama Puan Amy Chiew di Restoran Oya Fusion pada pukul 9 hingga 10 malam.
Ia telah dihadiri oleh Clara Hulme, Pengasas Clume; Puan Zalina, Pengarah Tourism Malaysia; Encik Chan beserta pegawai MATRADE Paris; model dari Norway dan Mongolia, Soba dan Julia & Khristine.
Acara ‘The walk of Malaysia’ bakal diadakan di Langkawi pada 1 Ogos 2026.
Sebarang pertanyaan, hubungi +60125789459 & +60 14 8068 514

Leave a comment