“SAYA & MAGGI® MESRA BERSAMA” RAI SAAT YANG MENYATUKAN RAKYAT MALAYSIA

Sepanjang karnival, rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat turut memeriahkan suasana. Keluarga, petani tempatan, usahawan makanan dan rakan komuniti hadir bersama personaliti terkenal termasuk Chef Naem Ramli, Ain Edruce, Kamal Adli, Aedy Ashraf, Nabila Razali, Fiza Sabjahan dan Emily Lim. Persembahan DOLLA dan Ruffedge menghangatkan pentas, disusuli oleh Datuk Ziana Zain dan Misha Omar yang mengakhiri sambutan karnival dengan persembahan yang penuh istimewa.

Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, berkata,

“Setiap rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri menikmati MAGGI®, dan setiap momen menjadi lebih bermakna dengan insan yang menjadi sebahagian daripadanya. Melalui Karnival Saya & MAGGI®, kami ingin meraikan saat-saat ini serta insan di sebaliknya, daripada keluarga yang berkongsi hidangan kegemaran hinggalah petani dan usahawan yang menyumbang kepada komuniti makanan tempatan. MAGGI® berkembang bersama rakyat Malaysia dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan di rumah serta masakan keluarga merentasi generasi. Karnival ini memberi kami peluang untuk meraikan hubungan yang terjalin sekian lama, menikmati cita rasa kegemaran dan mencipta kenangan baharu bersama,”

Sambutan untuk Semua, Bersama Rakyat Malaysia

Di ruang makanan Rasa-Rasa MAGGI®, usahawan makanan tempatan menyajikan pelbagai hidangan menggunakan produk MAGGI® berlandaskan empat tema. Pilihan Kegemaran Bersama MAGGI® menampilkan hidangan kegemaran ramai dengan sentuhan tersendiri setiap peniaga, manakala Kreasi Eksklusif Bersama MAGGI® mengetengahkan hidangan istimewa yang diolah khas untuk karnival ini.

Cita Rasa Negeri Bersama MAGGI® mengetengahkan cita rasa asli dari pelbagai negeri di Malaysia, manakala Kenali Potensi Diri: Program MAGGI® Wanita Cukup Berani memperkenalkan usahawan wanita yang berkongsi kisah dan keistimewaan masakan mereka.

Antara yang mengambil bahagian ialah Ida Faizura Binti Megat Muhaiyadin, lebih dikenali sebagai Jua daripada Jua’s Cook and Bake. Naib juara MAGGI® Wanita Cukup Berani Musim Ketiga ini turut memperkenalkan hidangan ciptaannya di ruang makanan tersebut.

Sokongan MAGGI® kepada wanita tidak terhenti di karnival. Melalui Kenali Potensi Diri: Program MAGGI® Wanita Cukup Berani, para wanita boleh mendaftar secara percuma untuk mengikuti empat modul latihan dalam talian yang merangkumi keyakinan diri, pendigitalan, pemakanan dan keusahawanan. Pengetahuan dan kemahiran ini boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian mahupun perniagaan.

Pengunjung turut berpeluang mengenali bahan-bahan dan insan di sebalik hidangan kegemaran mereka. Di Kari Kegemaran Malaysia, mereka menguji deria sambil mengenali 12 rempah ratus yang menghasilkan cita rasa MAGGI® Kari yang digemari rakyat Malaysia. Dari Ladang ke Hidangan Keluarga pula memperkenalkan hasil tanaman tempatan serta petani dan komuniti yang mengusahakannya.

Di Dapur MAGGI® Saya, pengunjung membawa pulang idea praktikal untuk menyediakan hidangan yang lazat dan seimbang di rumah. Sepanjang karnival, mereka juga berkongsi momen #SayaDanMAGGI masing-masing dan menebus barangan daripada koleksi eksklusif MAGGI®.

Untuk maklumat lanjut, layari:

Leave a comment