Restoran, hotel dan pengusaha dapur komersial Malaysia bakal menyaksikan secara langsung bagaimana robotik, automasi dan penyelesaian perkhidmatan makanan baharu dapat menambahbaik produktiviti, konsistensi dan operasi harian.

Ethan Choong, Ketua Pegawai Eksekutif Ping Edge Technology Berhad (Kitchen Arena), penaja utama TT360 2026, berkata,

“Pengusaha industri makanan dan minuman banyak mendengar tentang automasi, tetapi persoalan yang lebih penting adalah apakah yang ia boleh tawarkan untuk perniagaan mereka. Peralatan dapur yang canggih dan teknologi inovatif memainkan peranan yang penting dalam membantu pengusaha perkhidmatan makanan mencapai konsistensi, kualiti, dan pengeluaran skala besar yang lebih baik, di samping membantu isu kekurangan tenaga kerja, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja mahir dan menambahbaik keseluruhan produktiviti dapur.
Melalui TT360, kami ingin memperkenalkan penyelesaian dan teknologi dapur canggih yang lebih luas kepada cef, tukang masak, dan pengusaha restoran di Malaysia, di samping memberikan pengeluar, pengedar dan penyedia penyelesaian tempatan platform yang lebih kukuh untuk mempamerkan kebolehan mereka. Apabila teknologi robotik dan automasi mengambil alih tugas-tugas yang berulang, memakan masa dan mempunyai piawaian tinggi, tumpuan tenaga kerja manusia dapat diberikan kepada aspek yang memerlukan pertimbangan, kreativiti dan perkhidmatan yang memberi nilai tambah yang lebih tinggi. Secara keseluruhannya, TT360 bertujuan untuk memperkukuh operasi dapur melalui teknologi, kecekapan dan konsistensi”
Disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), TT360 2026 menyediakan peluang kepada perniagaan untuk mengalami teknologi baharu secara langsung, bersemuka dengan syarikat yang menerajuinya dan meneliti bagaimana penyelesaian ini dapat disesuaikan dengan pengoperasian mereka sendiri.
Dianjurkan oleh Brilliant Exhibitions Sdn Bhd, TT360 2026 bakal menumpukan perhatian kepada teknologi robotik dan automasi pada pameran pada tahun ini, menyerlahkan peningkatan kepentingan dalam menambahbaik produktiviti, konsistensi dan kecekapan di segenap dapur komersial.
Pengunjung bakal dapat menyaksikan secara langsung melalui Battle of the Bots: Culinary Edition 2026, pertandingan memasak robotik TT360 pada 6 November 2026. Pertandingan ini bakal menguji keupayaan robot memasak dalam konteks kebudayaan Malaysia tersendiri serta akan menampilkan X-Bot, sistem robot memasak yang dibangunkan oleh Gene Tech Sdn Bhd. Inisiatif ini merupakan kerjasama antara Gene Tech,
Ping Edge dan UOW Malaysia untuk meneroka bagaimana teknologi memasak automatik dapat diaplikasikan dalam persekitaran perkhidmatan makanan yang sebenar. Hidangan akan dinilai oleh pakar kulinari tempatan dengan pengalaman pertandingan antarabangsa, berdasarkan kriteria seperti rasa, kreativiti, kerumitan dan persembahan.
Untuk pemilik restoran, pengusaha hotel dan cef, pertandingan ini akan menjawab satu soalan praktikal: adakah teknologi memasak baharu mampu mengendali rasa, teknik dan keperluan operasi dapur Malaysia?
TT360 2026 bukan sahaja menumpukan kepada robotik semata-mata, malah akan menampilkan Trak Makanan EV, menunjukkan bagaimana kenderaan berkuasa bateri boleh menyokong operasi makanan dan minuman bergerak di samping berpotensi mengurangkan kebergantungan kepada penjana kuasa berasingan untuk pencahayaan dan peralatan terpilih di atas trak.
Secara keseluruhan, pameran-pameran ini merupakan sebahagian fokus utama TT360 yang lebih luas dalam memberi pendedahan praktikal kepada perniagaan makanan dan minuman mengenai teknologi, peralatan dan penyelesaian yang boleh mempengaruhi pengoperasian, perkembangan dan persaingan mereka di masa hadapan.
Taste & Trade 360 2026 akan berlangsung dari 5-7 November 2026 di Hall 1 dan 2, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Pendaftaran pengunjung Trade boleh didapati di :
Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook Taste & Trade 360 di @Taste & Trade 360.

Leave a Reply