Category: gaya hidup
-
ENAM USAHAWAN WANITA TERPILIH BAGI PROGRAM IBU NAKHODA HIDUP 2023

Dilancarkan pada 2015, program Ibu Nakhoda Hidup ini diperkenalkan untuk memacu pemerkasaan, menyediakan ibu usahawan yang berdaya saing dengan kelengkapan dan ilmu pengetahuan, dan keyakinan yang utuh untuk terus melangkah jauh di tengah-tengah landskap perniagaan yang sentiasa berkembang pesat. Inisiatif ini juga mampu meningkatkan taraf hidup keluarga mereka dan komuniti setempat.
-
PENULEN AIR TANPA TANGKI LAYAN DIRI LG PURICARE DILENGKAPI DENGAN TEKNOLOGI PENULENAN LUAR BIASA

LG Electronics Malaysia (LG Malaysia) memperkenalkan era baharu penulenan air yang melangkaui fungsi dengan pelancaran Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ Koleksi Objet pada 22 Ogos 2023. Dilengkapi teknologi penulenan yang termaju, produk inovatif ini menggabungkan estetika dan fungsi secara sempurna untuk meningkatkan lagi persekitaran kediaman.
-
#MEKDIBELANJARIDER TAWAR SET HIDANGAN PERCUMA KEPADA RIDER MALAYSIA

Sebanyak 65,000 rider tempatan diberi set hidangan percuma di 353 outlet McDonalds di seluruh negara bermula pukul 2 petang hingga 5 petang pada 17 Ogos 2023. Inisitif #MekdiBelanjaRider ini diadkaan adalah sebagai tanda penghargaan kepada rider-rider Malaysia yang gigih dan bekerja keras bagi memastikan permintaan pelanggan dipenuhi tidak kira masa dan lokasi.
-
MYDIN TAWAR PENJIMATAN & GANJARAN SEHINGGA RM6.6 JUTA SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-66

Tawaran dan penjimatan terhebat ini diadakan sempena penganjuran “Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI” dan Kempen “OHMYDIN! Meriah Bersama”. Kempen ini telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil di MYDIN Seremban 2, Negeri Sembilan pada 17 Ogoos 2023.
-
KERJASAMA ANTARA HEALTHPRO PHARMA, FIOR BIOSCIENCE & MEDI LIFESTYLE MEMANGKINKAN REVOLUSI PENJAGAAN KESIHATAN

Medi Lifestyle Limited (“Medi Lifestyle” atau “Kumpulan”), peneraju di dalam inovasi penjagaan kesihatan di Singapura mengumumkan kerjasama penting antara anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, HealthPro Pharma Pte Ltd ( “HPP”) dan Healthpro Marketing Sdn. Bhd (“HPM”), dengan FIOR Bioscience, LLC (“FIOR Bioscience”) dan Shine Bioscience, LLC (“SBS”).
-
AEON MALL SHAH ALAM JADI TUAN RUMAH PERTANDINGAN BRICK PARKOUR ASIAN TOUR 2023

Menariknya, pertandingan Brick Parkour 2023 ini adalah pertama seumpamanya diadakan di Asia dan pusat beli-belah Aeon Mall Shah Alam menjadi lokasi pertama bagi pertandingan tersebut.
-
DAIA ANJUR LARIAN SULUNG BERSAMA DUTA JENAMA, LISA SURIHANI

Dengan tema ‘Go Aktif dengan DAIA’, larian ini dianjurkan dengan tujuan menagajak orang ramai menyertai larian mesra ini bersama-sama keluarga secara tak langsung mencipta memori dalam suasana riang, gembira dan penuh kemesraan.
-
“ENTERPRISE TRADE HUB” TAWAR PEMBELAJARAN SECARA HANDS-ON BIDANG LOGISTIK & E-DAGANG

GW Group Berhad (“KGW” atau “Kumpulan”), penyedia perkhidmatan logistik termasuk perkhidmatan pengangkutan laut, pengangkutan udara dan penghantaran barang serta pergudangan dan pengedaran produk berkaitan penjagaan kesihatan dan peranti, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa anak syarikatnya, KGW Logistics (M) Sdn Bhd, telah bergabung tenaga dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (“UTHM”) untuk menubuhkan “Enterprise Trade Hub”.
-
AL-IKHSAN SPORTS JALIN KERJASAMA DENGAN COMEBY UNTUK TEKNOLOGI TERKINI DALAM MEMBELI-BELAH

Perkongsian strategik dengan ComeBy, platform analitik runcit yang terkemuka adalah untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah oleh pelanggan secara tak langsung meningkatkan prestasi kedai di seluruh negara. Penyediaan teknologi inovatif ini adalah sebagai sebahagian daripada komitmen Al-Ikhsan Sports dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa kepada pelanggan.
-
ALUNAN ZIKIR BAKAL BERGEMA DI ZEPP KL SEMPENA KONSERT MEGA ZIKIR TERAPI

Buat julung kalinya, alunan zikir berskala besar akan berkumandang di pentas Zepp Kuala Lumpur pada 16 September 2023. Berkonsepkan spiritual dan hiburan, konsert ini dianjurkan oleh Niyat serta mendapat sokongan Geran Dana Digital olehMyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi Digital (KKD).Konsert ini juga menerima tajaan utama iaitu Cinta Gaza Malaysia dan beberapa rakan strategik.