CADBURY Rai Hari Kemerdekaan Dengan Pengenalan Pada Coklat Perisa Durian

Admin suka perisa baharu ni sebab tak manis sangat malah bau durian pun tak terlalu kuat. Sedang-sedang orang kata..

Limited-Edition gift boxes Cadbury Dairy Milk Durian

Cadbury, jenama konfeksi kesukaan Malaysia di bawah jenama makanan ringan terkemuka Mondelēz International sekali lagi meraikan perisa Malaysia dengan pelancaran perisa edisi terhad tempatan keduanya, Cadbury Dairy Milk Durian eksklusif untuk pasaran Malaysia.

Tempo-19+(1)

Dalam usaha berterusan menghormati sambutan kebudayaan Malaysia, Cadbury Dairy Milk sekali lagi menjalin kolaborasi dengan kartunis ikonik Malaysia, Datul Lat, yang mana ilustrasinya akan dipaparkan pada bungkusan produk terpilih Cadbury Dairy Milk.

Konglomerat konfeksi berterusan membawa lebih banyak coklat lazat kepada pengguna Malaysia dengan memperkenalkan Cadbury Dairy Milk Durian yang sinonim dengan budaya Malaysia.

Bersama adunan enak perisa sebenar durian dan coklat susu yang lazat, produk terbaharu Cadbury Dairy Milk ini pasti menggamit nostalgia terhadap dua perisa yang rakyat Malaysia sudah kenali dari kecil dan menyukainya.

Pengalaman berjalan ke dusun durian adalah satu perkara yang ramai rakyat Malaysia kongsikan dengan ahli keluarga dan sahabat handai mereka dengan matlamat meluangkan masa berkualiti dan menikmati rasa tiada tolok bandingnya Raja Buah itu.

Dalam usaha mengembalikan semula kenangan pengalaman itu, Cadbury Dairy Milk telah mengelolakan acara hujung minggu bertema “Dusun di dalam Kota” di Sunway Pyramid dari 16-18 Ogos lalu yang memaparkan keadaan di dusun dan permainan kanak-kanak nostalgik seperti permainan gasing, dan bowling durian – yang diambil daripada boling kelapa – bagi membolehkan rakyat Malaysia mengenang dan menghidupkan kembali pengalaman sebenar rakyat negara ini.

Bercakap pada majlis pelancaran Cadbury Dairy Milk Durian, Rahul Mathur, Pengurus Kategori, Malaysia berkata,

“Tahun lalu terbukti merupakan kejayaan besar bagi kami yang memperkenalkan perisa tempatan pertama bagi mempamerkan penghargaan kami dan bersempena kehadiran kami yang teguh selama ini di Malaysia. Tahun ini, kami mahu mencipta perisa yang bukan sahaja meraikan perisa Malaysia tetapi juga yang benar-benar bergema ke seluruh negara. Rasa enak coklat ikonik Cadbury Dairy Milk digandingkan dengan rasa unik dan enak durian pastinya mencuit panca indera pengguna Malaysia yang membesar dengan menyukai perisa ini. Kami mengiktiraf kebanggaan rakyat Malaysia apabila menyentuh hal juadah tempatan dan menyasarkan untuk terus memberi kenikmatan kepada pengguna dengan perisa yang mereka boleh bangga bersama.”

Datuk Lat celebrating the flavours of Malaysia at Cadbury's Musang King Throne

Dengan barisan perisa edisi terhad terbaharu ini, perisa ikonik Cadbury Dairy Milk sekali lagi akan dibungkus dengan paparan lukisan tangan oleh ikon Malaysia, Datuk Lat. Ilustrasi itu memaparkan Lat, Budak Kampung di dalam tiga sinario berbeza – masyarakat yang bekerja secara harmoni membina jambatan, perhimpunan menjamu durian dan, Lat dan Epit bersama-sama menanam pokok durian. Lukisan itu tertumpu kepada tema semangat kebersamaan Malaysia untuk membantu antara satu sama lain di dalam persekitaran dusun.

“Saya teruja untuk terus bekerjasama dengan Cadbury Dairy Milk bagi kempen ini untuk tahun kedua berturut-turut. Saya lebih teruja apabila mengetahui mereka melancarkan perisa durian kerana itulah perisa yang saya sukai sejak kecil sebagai rakyat Malaysia. Perisa baharu ini membawa saya ke zaman di mana saya sering mengunjungi dusun durian bersama keluarga saya dan meluangkan masa bersama mereka menjamu selera Raja Buah ini. Ilustrasi saya sentiasa bermatlamat memaparkan cara kehidupan rakyat Malaysia dan kerja seni yang saya cipta untuk Cadbury Dairy Milk adalah menepati matlamat tersebut yang menampilkan nilai-nilai perkongsian dan kebersamaan rakyat Malaysia,’’ kata Datuk Lat.

Coklat Cadbury Dairy Milk Durian kini boleh diperoleh di Pasar Raya dan Pasar Raya Besar utama di seluruh negara dengan harga jualan dicadangan ialah RM8.50 untuk 165g bermula dari sekarang sehingga 30 September 2019. Kotak hadiah edisi terhad memaparkan ilustrasi Datuk Lat boleh dibeli secara eksklusif di Shopee berharga RM42.90.

Untuk maklumat lanjut mengenai perisa durian terkini Cadbury Dairy Milk, sila lawat halaman:

 

CADBURY Teruskan Usahasama Dengan Liga Perdana Inggeris

 

Mereka yang memenangi pertandingan anjuran Cadbury berpeluang menonton Liga Perdana di UK dengan trip berbayar sepenuhnya! 

Andrew Cole kicks off the launch of Cadbury's partnership with the Premier League in Malaysia

Cadbury dan Liga Perdana Inggeris (English Premier League) mempunyai persamaan yang ketara terutamanya dalam mencetus detik manis di antara teman – teman dan keluarga tersayang.

Cadbury, jenama konfeksi ternama di bawah Mondelēz International dan teraju bola sepak Liga Perdana, telah melanjutkan usahasama ini ke Malaysia.

Sempena usahasama ini, Cadbury telah menganjurkan sebuah pertandingan di mana 10 pemenang berserta seorang teman berpeluang memenangi tiket Hospitaliti Korporat dan trip berbayar sepenuhnya ke UK untuk menonton perlawanan Liga Perdana pilihan mereka. Pertandingan ini bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2018.

Langkah- langkah untuk menghantar entri adalah seperti berikut:

1. Beli sebarang product Cadbury dengan apa-apa nilai dari mana-mana kedai di seluruh negara
2. Hantar resit sebagai bukti pembelian melalui Whatsapp ke 016-6688576

Usahasama bersama Liga Perdana ini telah diumumkan buat pertama kalinya di UK pada tahun lepas, secara tidak langsung menambah kepada sejarah penglibatan Cadbury dengan sukan ikonik termasuk penajaannya bagi Sukan Olimpik London pada tahun 2012. Kolaborasi yang menyatukan dua jenama ikonik global ini ternyata mempunyai tempat yang unik dalam setiap budaya dan hati masyarakat di dunia.

Nikhil Nicholas, Pengurus Kategori Coklat, Mondelēz International berkata:

“Apa yang pihak kami cuba sampaikan melalui usahasama jangka-panjang ini , adalah untuk mencipta sebuah platform bagi jenama Cadbury untuk berkongsi kegembiraan melalui kepelbagaian agenda, dan ini merupakan sesuatu yang Mondelēz International ingin lakukan secara konsisten.”

Seperti yang sedia maklum, Malaysia ternyata sebuah negara yang mempunyai peminat yang besar terhadap sukan bola sepak. Saban malam, ramai yang mengambil peluang untuk berkumpul dengan teman dan keluarga tersayang di mamak atau pun di rumah sambil menonton perlawanan yang disiarkan. . Dengan usahasama ini, ianya diharapkan dapt menyatukan peminat produk Cadbury danpeminat setia bola sepak dan memberikan mereka pengalaman yang menyeronokkan dari perkongsiaan ini.

Sebagai syarikat konfeksi terbesar dunia, Cadbury telah berjaya mencipta nama di Malaysia selama lebih daripada empat dekad. dan telah mencipta rangkaian produk kegemaran seperti Cadbury Dairy Milk dan Zip serta variasi produk yang baharu dan mengujakan seperti Cadbury Dairy Milk Oreo, Cadbury 5 Star dan Marvellous Creations.

Dengan pertumbuhan pasaran coklat yang memberangsangkan di rantau Asia Tenggara, Cadbury telah memperlihatkan satu peralihan dalam pasaran sasaran utama. Pengguna generasi muda kini tidak hanya mencari produk yang berinovasi namun mereka cenderung memilih produk yang memberikan keunikan tersendiri sekaligus berupaya mencipta kegembiraan dalaman hasil daripada pengambilan coklat.

“Hari ini, pengguna meletakkan kesetiaan kepada kebolehan sesebuah jenama untuk mencipta pengalaman baharu dan dalam format yang mengujakan. Kami melihat usahasama strategik ini sebagai peluang besar bagi kami untuk mengukuhkan kesetiaan jenama dan penambahan kepada jumlah pelanggan untuk memastikan pertumbuhan bisnes yang mampan di Malaysia.” tambah Nikhil.

Menambah kepada keseronokan pengumuman usahasama tersebut, lagenda Liga Perdana Inggeris Andrew Cole atau lebih dikenali sebagai Andy Cole telah merasmikan usahasama ini dalam sebuah majlis semasa lawatan tiga hari beliau ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bekas pemain bola sepak Liga Inggeris ini amat dikenali semasa beliau di Manchester United, di mana beliau telah mengukuhkan status beliau sebagai ikon bola sepak yang prolifik bagi liga tersebut termasuklah sebagai penjaring gol yang konsisten semenjak pelancaran liga tersebut pada tahun 1992. Beliau merupakan penjaring gol ketiga tertinggi dalam sejarah Liga Perdana dengan 187 gol.

Berucap di majlis pelancaran, Andrew berkata,

“Saya berasa sangat rendah diri kerana terpilih untuk merasmikan usahasama mengujakan di antara Cadbury dan Liga Perdana ini. Saya pernah melawat Kuala Lumpur sebelum ini dan rakyat Malaysia ternyata mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak. Usahasama ini merupakan inisiatif yang hebat oleh syarikat terkenal seperti Cadbury yang mempunyai fokus yang sama seperti Liga Perdana dalam mencipta keseronokan kepada peminat setempat. Saya amat teruja bersama dengan Cadbury dan Liga Perdana dalam merayakan kehebatan bola sepak bersama dengan jenama coklat kegemaran dunia.”

Bagi maklumat lanjut tentang Cadbury FC, sila layari Facebook Cadbury di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

ATAU

layari http://www.Mondelēzinternational.com,  http://www.facebook.com/Mondelēzinternational & http://www.twitter.com/MDLZ